Patutkah Membantu?

Salam. Saya sekarang ini sangat keliru. Jadi saya harap sangat yang admin approve confession saya ini.

Saya bekerja sebagai seorang peguam di KL. Punya beberapa orang staff dibawah pengawasan saya. Dan kami semuanya adalah Melayu dan Islam termasuklah bos.

Seperti orang lain, hari2 bekerja saya ada yang menarik dan ada yang tidak. Tapi saya bersyukur punya pekerjaan. Namun, semalam, seorang despatch telah berkata sesuatu membuatkan hati saya mula keliru.

Kami mempunyai 2 orang despatch. Seorang untuk menghantar surat dan seorang lagi untuk buat urusan di pejabat tanah dan mahkamah.

Mereka ini tidak mempunyai gaji yang tinggi tetapi boleh claim bila mereka ini pergi hantar dokumen atau pergi pejabat tanah/mahkamah mengikut jarak kawasan.

Masalah terjadi pabila pihak atasan yakni bos saya, pada bulan ini telah memotong claim bagi mereka ini. Terutamanya bagi despatch yang pergi ke pejabat tanah/mahkamah.

Sebagai contoh, sekiranya despatch ini pergi ke shah alam dan klang, maka dia boleh claim untuk kedua2 tempat ini.

Namun itu sebelum ini, maka, sekarang ini, hanya salah satu tempat yang dibenarkan claim. Adalah tidak adil bukan? Lagipun client telah bayar sejumlah duit untuk transport. Dan saya tak rasa akan ada masalah untuk claim.

Bukan itu sahaja, despatch itu merungut, last week dia pergi ke pejabat tanah di seremban dan hantar dokumen di port dickson. Claim yang dia terima hanyalah untuk pergi ke seremban. Alasan bos, dalam laluan yang sama. Kenapa perlu claim berlainan.

Jika hantar dokumen di dalam KL, tak dibenarkan claim. Jika hantar dokumen ke Setia Alam, jumlah claim hanyalah RM10. sAya yang dengar pun tahu tidak berpatutan.

Pihak akaun ada suggest supaya despatch ini laporkan pada bos tentang ini semua. Tapi, kami semua kenal bos, bos akan cakap, “awak nak kerja di sini lagi atau tidak? Masih ada ramai lagi yang mahu bekerja di sini”.

Sekarang ekonomi tengah runcing, makin susah nak cari kerja, hal itu telah buatkan despatch ini enggan berjumpa sendiri dengan bos.

Malahan pihak akaun pun tidak mampu membantu beliau kerana bos saya adalah seorang yang sangat cerewet dan garang. Maka dia cerita kan pada saya.

Jadi, adakah patut saya membantu dia dengan membawa isu ini ke bos? Berbincang dengan bos?

Oh ya, kali terakhir travelling claim di opis kami dikemaskini adalah pada tahun 2006. Saya ingin membantu. Tapi bagaimana?

Mengenali bos saya ini, dia seolah2 seperti seorang hakim. Kau haruslah menyediakan paperwork, research secara menyeluruh dan bersiap sedia untuk di attack dengan pelbagai soalan dalam pada masa yang sama saya harus defend staff saya agar hak mereka dapat dipertahankan.

Saya sendiri sibuk dengan kerja. Masa yang ada di opis pun rasa macam tak mencukupi. Kalau saya tak tolong, rasa tak sampai hati.

Saya tahu susahnya menjadi despatch, terutama ketika berurusan di pejabat2 kerajaan. Lagipun, dengan ekonomi sekarang adalah tidak wajar bagi bos untuk sewenang-wenangnya memotong claim bagi despatch. Mereka juga ada anak isteri yang perlu diberi makan minum.

Maka hati ini berbelah bahagi. Adakah perlu saya mengorbankan masa saya? Tetapi mampukah saya hanya melihat dan membiarkan staff saya dinafikan haknya?

Harap ada yang beri sokongan dan pendapat…

– Orang Bawahan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jika awk ingin membantu despatch di opis awk ni, mngkin ada beberapa cadangan.. Pertamanya, adakah awk salah seorang kakitangan ‘admin’ atau HR di pejabat awk..? Sebaik2nya ketua bhg. Admin atau HR yg boleh kemukakan perkara ini utk dibincangkn bersama bos..
    Keduanya, adakah garispanduan yg boleh dirujuk spt peraturan pejabat or “general orders” atau ‘surat pekeliling’ spt di pejabat kerajaan.. klaw ada, bole rujuk bgamana tatacara yg dibuat sbelom ini..
    ketiganya, klau awk nk ‘bincang’ dgn bos, make sure segala details dan ‘hujah’ awk tu lengkap & dicatit mngikut ‘points’ yg ingin awk kemukakan, cth : berapa jarak dari ofis ke tempat yg dituju, e.g Klang, Shah Alam, Seremban n PD, lagi bagis klaw ada ‘map’ yg tunjuk jarak yg dilalui..
    Keempat dan akhir sekali : faktor kemanusiaan.. gaji seorang despatch bukanlah tinggi sangat, dan krja yg dibuat agak ‘sukar’ dan berisiko, cth: terpaksa bawa motor (or kenderaan) di tgh2 panas & hujan, nk tengok waze lg, faktor keselamatan juga main peranan, di dlm ‘jln jammed’ lg.., dgn keadaan ekonomi yg x mnentu, byak kperluan yg mereka juga kna tanggung dgn gaji yg kecil..
    Dengan beberapa ‘points’ yg awk dah bersedia, mngkin bos boleh pertimbangkn, yg penting ianya ‘rasional’ & bkn hanya ‘bias’ kpd despatch(s) tersebut.. walau bgaimana pon, jika bos masih ‘angkuh’ dgn kputusan nya n nk tnya s/ada diorang nk brenti atau terima je syarat x adil yg diorang dah tetapkan, brenti tawakal je la.. d tempat kerja lama saya dlu, ada seorang “office boy” yg telah diberhentikan kerja kerana slalu dtg lambat or xdtg, sbb uruskan anaknya yg sakit, mmg agak sukar bagi dia sbg ‘bapa tunggal’, tp kmdn dia telah dpt isteri yg bole mnjaga anaknya, n dpt krja sbg jurujual kenderaan, n slepas beberapa tahun, dia telah dtg mwlawat kmi d opis, dan percaya atau tidak dia telah berusaha keras n menjadi jurujual yg paling berjaya d syrikat tempat dia bkerja n telah dinaikkan pangkat, dan ‘komisyen’ bulanan yg dia dpt hasil jualan kereta sykt nya mngkin melebihi gaji bos d opis kami, rezeki orang x siapa yg tahu.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *