Untuk part I, (https://iiumc.com/patutkah-pertahankan-perkahwinan/).
Salam. Terima kasih pada yang respon pada luahan aku tempoh hari, sama ada negatif mahupun positif.
Disebabkan ada yang kata saya hide untuk tunjuk kebaikan diri dan menjemput nitizen menghentam isteri saya secara berjemaah, maka elok lah kiranya saya perjelaskan beberapa perkara.
1. Confessor yang reply kepada confession saya tu bukan isteri saya. Maaf, sis. Semoga awak tabah.
(https://iiumc.com/reply-untuk-j-patutkah-pertahankan-perkahwinan/)
Saya sebagai nitizen juga menasihati sis untuk angkat kaki dah walk away. Saya memahami apa yang sis lalui.
2. Apa tujuan saya tulis confession tu?
Pertama, saya nak meluahkan apa yang terbuku. Hal rumah tangga, takkan saya nak luahkan pada ibu bapa, adik beradik?
Jadi, daripada terbuku sendiri, saya ambil pendekatan untuk luahkan di sini. Maaf sekiranya mengganggu ruang hidup kalian.
3. Ada yang kata isteri saya masculine dan dominant. Sebenarnya, tidak juga. Mungkin sedikit tapi tidak sepenuhnya.
Apa yang saya tertinggal untuk cerita adalah kami berdua mengalami depression atas sebab tertentu (disahkan oleh pakar). Jadi, kami tak boleh confront each other.
Sekiranya ada yang saya luahkan mengecilkan hati dia, dia takkan boleh move on dan be happy lagi. Rasa kecil hati tu tak boleh hilang.
Saya tekankan part ni ya, TAK BOLEH, bukan tak nak. Itulah apa yang depression fighter rasa dan lalui. Siapa yang alaminya saja faham. Maaf saya tertinggal part ini.
4. Ada yang kata saya nak salahkan isteri. Sebab tu awal-awal saya sudah bilang, saya tahu dan sedar kesalahan saya. Saya struggle untuk improve tapi masih gagal.
5. Akhir sekali, saya buat confession tu sebab betul-betul buntu. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan.
Nak berkeras, nak jadi dominant, nak pacu bahtera tu, sangat susah sebab tiada ruang yang saya boleh lakukan sesuatu disebabkan masalah mental kami ni.
Dan bagi saya, saya punca masalah mental bagi isteri saya dan saya rasa dia lebih derita bila bersama saya.
Tapi, pada masa yang sama dia perlukan saya. Dia tak ada keluarga. Saya sahaja lah terpat bergantung nya. Ini membuatkan saya betul-betul buntu.
Sekali lagi, maafkan saya sekiranya mengganggu ruang hidup anda. Mungkin ini luahan saya yang terakhir. Terima kasih.
– Jamadil Awwal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit