Patutkah PKP Ditamatkan Awal

Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua warga Malaysia.

Hari ni aku sebagai rakyat marhaen bukan retis mahupun instafamous nak membuka minda tentang PKP.

Kitakan semua warga Malaysia yang baik hati, bersatu padu, sayang-menyayangi antara satu sama lain tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh dll

Aku nak berikan pandangan aku dari sudut yang aku ni pernah bekerja di gomen, swasta, bisnes owner dan rakyat marhaen. Kira aku ni sekarang kerja kais pagi makan esok pun boleh lagi, tapi aku pernah berada di situasi kais pagi makan pagi.

Apa akan jadi jika PKP ditamatkan lepas 15 April ni?

Bagi aku, dalam situasi genting macam ni, terlalu awal untuk ditamatkan PKP.

Eh kenapa terlalu awal pulak? Bisnes kitorang ni dah parah tahap berdarah tak berhenti, nazak tahu tak? Tahu tak berapa ramai susah nak makan, hilang kerja, saham merudum, owner bisnes tak boleh bayar gaji, makan nasi dengan ikan kering aje kat rumah?

Ya, aku faham dan aku tahu. Memang segalanya susah SEKARANG, tapi aku tak mahu SUSAH SEKARANG DAN AKAN DATANG.

Ehem, kau tahu kan, dengan keadaan warga Malaysia yang saling sayang menyayangi nih, lepas je PKP ditamatkan, berduyun-duyun orang yang dah lama tak balik kampung kan balik ke kampung masing-masing sebelum start kerja. Rindu kot, dah sebulan dua tak jumpa mak ayah adik beradik.

Haa, kat sinilah PERTAMBAHAN KES COVID BARU akan berlaku.

Lepas tu pulak, kau keluar rumah, eh nampak makcik Kiah, bertepuk tampar menyembang membawang sampai ke petang.

Ye la, kau kan lama tak dengar dia cerita update pasal Kak Leha Janda belakang rumah kau tuh. Lepas tu bangga pulak PM sebut nama dia dalam perutusan hari tu. Bukan kau ambik pedulik pun dia PUI ke tak, close contact ke hape. Mask memang dah terbang ke mana la kan? Nah, COVID BERANAK lagi.

Pagi esok pergi pasar macam biasa, ye la dah jakun sebulan tak dapat ke pasar. Lama jugak tak makan kuih beronok dengan apom lenggang. Tup tup jumpa pulak adik beradik mak cik sebelah ayah, Mak cik Jenab yang suka belanja kau makan, tak kira berapa kali jumpa kau.

Berpeluk bagai lahai, takde dah nak sanitize bagai. Terpecik air liur makcik bercerita, dengan kaki tangan naik habis cerita dia tak puas hati kenapa Dalgona coffee dia tak jadi walaupun dah 10 minit kacau sampai nak tercabut tangan.

Nampak tak, nampak tak, walaupun takde kepentingan di situ, tapi COVID ada je dok sebelah kau memerati nak melompat ke arah kau.

Pastu, kau masuk kerja dengan hati berbunga riang. Alhamdulillah, dapat kerja macam biasa sebab duit dah makin kurang, tambah pulak pagi-pagi sebelum masuk keje, boleh drive thru McD dulu, beli ice latte. Takpun paling kurang boleh say Hi kat awek McD.

Tu pu dah kira lepas bebanan otak tepu kat rumah masa PKP hari tu. Masuk je opis, confirm cerita kesusahan hidup tak dapat pegi lepak mamak makan roti canai, tak dapat main futsal tiap-tiap malam sampai kaki krem jem sampai ke kepala otak.

Bukan kau nak duduk jarak 1 meter pun kan dengan opismet? Nah, beberapa minggu lagi, BERTAMBAH LA KES COVID kat carta KKM yang kau dok hadap hari-hari masa PKP dulu.

Dah dah, kalau nak kira, banyak lagi tempat yang kau pergi, banyak tempat COVID BERANAK.

What will happen sebulan lagi lepas ni? Mak bapak kau kat kampung yang uzur tu pun tiba-tiba batuk sesak napas, kena masuk hospital.

Katanya lepas jumpa Mak cik Jenab yang belanja kau makan hari tu. Dia singgah rumah lepas menyembang dengan kau, sambung cerita jeles nama dia tak kena sebut kat PM hari tu kat rumah mak bapak kau pulak.

Kau pulak dah kat rumah mak bapak berapa hari balik bercuti, kira close contact la kan?

Tak kira lagi kau dah bawak COVID melancong free ke merata-rata, lompat sana-sini. Status kau pun belum tentu kan? Itu baru kau sorang. Ni ber engkau-engkau rakyat Malaysia yang sopan santun, prihatin dan saling bekerjasama, macam mana tu?

PERTAMBAHAN KES COVID 19, berpuluh ribu, akhirnya beratus ribu, meninggal sampai berpuluh ribu, temasuk mak bapak kau yang uzur tadi. Nauzubillah.

Bila dah sampai berpuluh ribu, kau tak kesian ke dekat staff KKM, misi yang dok jaga kau kat hospital masa eksiden langgar kambing hari tu? Dengan angka 3K ++sekarang pun diorang dah penat.

Penat mental dan emosi. Rasa macam berperang dengan musuh invisible. Pakai baju berlapis-lapis, panas, risau, nak kencing berak kena tahan dulu sebab malas nak bukak dan pakai balik, nak berjimat PPE lagi.

Mereka lagi seronok jika mereka dapat pergi kerja, balik kerja dengan takde RISIKO JANGKITAN di mana-mana, tak payah fikir banyak kali nak peluk Naufal dengan Haris kat rumah, boleh layan Doraemon kat astro Ceria sama-sama.

Sebab tu gomen buat PKP kan? Tapi selagi kes tiada penurunan, tak dapat flat curve or under control macam Jepun, wajarkah PKP di tamatkan lebih awal?

Kau ghase aku suka ke PKP?

TAK sebab aku rindu serindu-rindunya nak keluar bebas macam burung di awan, TAPI aku lagi TAK SUKA kalau lepas ni aku tak boleh hidup tanpa mak ayah, adik-beradik, jiran sedara mara yang banyak terkorban akibat wabak Covid.

Senang cerita, mampu ke kita nak buat kawalan pergerakan, maintain sanitized dan pakai mask lepas ni?

Berkorban jiwa dulu gais, KITA PASTI MENANG!

– Makcik Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *