Patutkah Rumah Jadi Isu?

Saya seorang isteri dan mak kepada seorang anak perempuan. Bekerja sebagai pegawai penjawat awam. Suami pula seorang eksekutif di sebuah syarikat MNC.

Kehidupan kami cukup selesa walaupun ada liku-liku yang pernah kami lalui. Biasa la kan hidup.

Tapi baru-baru ni ada perkara yang mengganggu fikiran saya iaitu tentang rumah. Mungkin ada sesetengah pembaca fikir ni perkara remeh sahaja, tapi saya terima. Saya cuma nak dapatkan pandangan orang.

Nak ditanya pada mak dan bapak saya, pastinya mereka menyebelahi saya. Silap-silap mereka marah suami sebab mak dan bapak saya jenis terlampau sayangkan anaknya.

Nak ditanya pada kawan-kawan, tak nak pula mereka tahu tentang isu rumahtangga. Jadi saya pilih untuk bercerita di sini.

Suami ada beli sebuah rumah di utara Malaysia. Kami pula menyewa di selangor sebabkan dua-dua bekerja di sini.

Suami jenis yang bertanggungjawab terhadap keluarga kami dan keluarga dia. Nafkah tak pernah culas RM100 setiap bulan, beli barang rumah, bayar duit sewa separuh dan daycare separuh.

Meskipun gajinya RM5000 tetapi dia masih ada komitmen iaitu rumah di utara, kereta perodua myvi dan beri duit untuk ibunya sebab ibunya tiada pencen atau simpanan epf.

Saya pun sama juga, cuma komitmen hanya pada kereta, sewa rumah, duit mak bapak dan daycare sahaja.

Suami juga rajin buat kerja rumah sebab dia masih lagi 50% WFH. Urusan ambil anak dia yang jalankan sebab dia ada di rumah.

Ibu mertua aku pula seorang yang baik. Banyak membantu, tak banyak merungut dan seorang ibu tunggal yang duduk dengan adik ipar berusia 24 tahun yang belum bekerja.

Ibu mertua duduk di rumah yang suami beli dan bayar bulanan sebab arwah bapa mertua tidak meninggalkan rumah.

Duit sara hidup memang bergantung pada anak-anak terutamanya suami sebab selain daripada menjadi bread winner kami, dia juga menjadi ketua keluarga adik-beradik dan ibunya.

Kadang kala barang dapur keluarganya pun dia beli meskipun duit bulanan dah diberikan.

Sejujurnya saya tak kisah. Cuma kadang kala saya lihat anak kecil saya, terfikir juga apa akan jadi kalau bapanya tiada. Adakah kami akan jadi senasib seperti ibu mertua.

Bila ditanya pada suami berkenaan rumah tu, suami jawab rumah tu diletakkan dua nama iaitu namanya dan nama ibu mertua. Kecewa juga bila dengar.

Jadi slow-slow aku bagi hint untuk dia berfikir nasib anak dan saya sekiranya dia tiada. Dia jawab InshaAllah perkara tu tak akan terjadi.

Kena percaya pada Tuhan. Sebabkan saya jenis tak suka conflict dan argument, saya diamkan sahaja.

Saya rancang juga nak beli rumah sendiri di bawah Rumah Selangorku tapi syaratnya suami dan isteri belum ada rumah. Nak beli ikut lain, takut tak termampu untuk bayar dan komitmen akan datang.

Ditanya pandangan suami, dia pula minta saya hold dulu. Tapi hold sampai bila saya pun tak pasti.

Dengan banyak kes penceraian dan kematian suami mengakibatkan isteri dan anak susah, menjadikan saya lebih overthink, haha.

Kalau saya masih belum ada anak, mungkin saya tak overthink sebab saya boleh survive sendiri. Patut ke aku jadi lebih tegas dengan suami atau tak bergantung pada dia untuk buat keputusan?

Mohon pendapat kalian. InsyaaAllah saya terima dengan hati terbuka.

– Seri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit