Hai korang. Terima kasih iium confession kerana menyiarkan confession aku. Sebelum aku teruskan, izinkan aku untuk perkenalkan diri. Aku seorang wanita yang baru mencecah 25 tahun (2018). Aku grad dari sebuah IPTA dalam bidang sains pada tahun 2016. Jadi aku ni adalah graduate yang dah tak berapa fresh dah kot.
Perjalanan karier aku tidaklah semudah orang lain. Pekerjaan full time aku yang pertama adalah sebagai seorang barista di sebuah syarikat yang tidak ternama dengan gaji sebanyak RM1300. Pada masa ni aku sudah menganggur 3 bulan selepas hari konvokesyen. Aku dah bosan duduk rumah jadi aku tak nak memilih dan grab sahaja peluang kerja yang ada. Kerja sangat best sebab kawan aku semua sporting manager pun baik2.
Selepas 6 bulan kerja di situ, aku telah mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah international bank sebagai call centre customer service dengan gaji sekitar RM2000. So basically, kerja aku adalah layan orang. Environment kerja adalah sangat stress sampai aku rasa nak pitam setiap kali lepas habis kerja. Stress lepas tu kau nak kena multi task. Sambil mendengar apa customer cakap, tangan bergerak untuk ambil detail customer & mata hadap pc lepas tu hadam masalah customer. Kau bayangkan kau perlu gunakan semua panca indera kau sekali gus dalam satu masa yang sama. Gila stresss oii. Aku sebagai seorang eanita yang lemah, dah berapa kali menangis sebelum, semasa & selepas waktu kerja sebab tak tahan & stress bila fikir pasal kerja. Tapi aku cuba bertahan dan sambil2 tu cari kerja lain. Aku tak nak berhenti dulu lepas tu baru cari kerja. Aku kata pada diri aku yang aku perlu kan back up plan.
So selepas kira-kira 7 bulan bekerja di bank, aku dah boleh manage stress aku & aku telah dapat tawaran kerja di sebuah syarikat telco yang ternama. Syarikat ni offer aku kerja bahagian back end and offer gaji yang so-so tapi ofis hour and yang paling penting, aku tak payah hadap lagi customer. Aku dah tak payah lagi tahan telinga kena maki dari customer. Tapi downside company telco, aku kena start jadi pekerja kontrak lagi & aku tak tau sama ada peluang untuk jadi permanent tu ada atau tak.
Aku tau kalau aku stay dengan bank ni, aku tak kan kena buang sebab diorang memang nak pakai orang. Budak baru pun ramai masuk tapi ramai jugak yang keluar sebab tak tahan. Aku tengah tunggu masa je nak jadi permanent dekat bank ni. Kalau dapat permanent, gaji aku akan jauh beza dari sekarang & lagi tinggi dari syarikat telco tu offer aku. Tapi aku sayang nak tolak offer dari company telco tu. Apa yang patut aku buat ya?
Kumpul pengalaman kat bank dalam 2 tahun++ atau berambus je dari bank & kejarlah ofis hour dalam bekerja.
– Graduan Dilema
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit