Assalamualaikum hai semua. Aku Tulip, umur 30an, alhamdulillah dah kahwin 6 tahun. Sini aku just nak share pengalaman aku.
Untuk yang tak tahu PCOS ni apa, so aku boleh bagitau secara ringkas PCOS ni (Polycystic Ovary Syndrome) atau bahasa kampung senang nak faham, hormon wanita yang tak stabil.
Kebanyakan PCOS akan jadi haid tak teratur sama ada terlalu panjang, atau tak datang2. Aku memang Allah pilih untuk uji macam ni.
Aku dulu pernah haid panjang sampai 6-7 tahun. Tak berhenti. Dan setiap hari adalah ‘heavy period’ macam hari pertama ke 3 hari period banyak nya.
Memang sangat2 tak selesa sebab kita still lagi kena solat tapi dalam keadaan ‘berdarah’. Kena banyak mujahadah nya. Seingat aku, duit biasiswa sekolah dulu banyak habis beli pad je kot. Haha.
Selepas aku berkahwin, alhamdulillah makin ok. Tapi dia tukar pattern pulak jadi skip2 kadang 3 bulan datang, 4 bulan tak datang begitu lah.
Apa yang buat aku agak down bila kebelakangan ni pattern dia jadi macam dulu semula. Heavy dan tak henti2.
Kadang tu dah lebih 15 hari waktu period tapi aku masih ‘berdarah’ dan kadang sampai satu tahap, rasa cramp perut dan keluar ketul2, tapi dalam tempoh suci.
Aku dah pernah jumpa doktor, berubat kampung, tradisional melayu, cina semua tapi ye lah, Allah belum izin.
Sekarang yang buat aku down adalah, sebagai isteri kita tak dapat nak ‘layan’ suami dengan baik dalam keadaan macam ni.
Memang ikut hukum dibolehkan, tapi kalau dah sampai heavy macam tu siapa je yang selesa, kan.
Apa pun aku bersyukur Allah kurniakan aku suami dan mertua yang sangat baik. Tak pernah isu kan pun soal zuriat.
Alhamdulillah masyaAllah suami aku baik, walaupun aku tak sihat, layanan dia tetap sama. Semoga Allah kurniakan syurga tertinggi untuk dia.
So, aku doakan yang masih menanti cahaya mata dan mungkin ada masalah sama macam aku, semoga Allah sembuhkan,
Allah pandang usaha dan susah payah kita tetap nak jaga ibadah walaupun dalam keadaan yang tak selesa, Allah jaga rumahtangga dan satu hari nanti Allah kurniakan zuriat penyejuk mata dan hati.
Doakan aku jugak ya semua orang baik. Terima kasih.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, sy pun PCOS. Tp issue sy, period tak menentu. Ada masa, 2 bulan dia tak dtg. Ada masa 2 mggu skali dia dtg. Cumanya, syukur setiap kali period sy tak pernah period pain. Sy tak pernah ambik serious isu tu cuma lps kawen baru tergerak nk pegi check sbb tgk member kawen lambat tp dh beranak dulu. Sy pegi jmp pakar kat HUKM. Makan ubat pastu ikut apa nasihat doc. mungkin PCOS sy tak severe, alhamdulillah sy pregnant dan melahirkan 2x. but then lps beranak dia jd balik. period tak menentu.
sy doakan sis jumpa rawatan sesuai, lps tu Allah izinkan kesembuhan dan pregnant. Amin. Kuat ye sis.
Hai Tulip. nak share kisah sy juga.. Sy pun pcos juga.. itupun lepas dpt 2 anak baru doktor sahkan sy pcos.. doktor ckp sangat jarang berlaku pesakit pcos dpt conceive.. masa anak 1st, period x dtg 4 bulan, tau2 dah preggy 2 bulan.. anak kedua pun sama juga… apa2 pun sy bersyukur sgt2 seadanya..
lepas bersalin sampai la skrg, period sy masih sama pattern, setahun 2-3 kali.. dulu masa kat uni, ada juga pernah 6 bulan xdtg period, 9 bulan xdtg period.. sampai doktor bagi ubat metformin walaupun sy xde diabetes.. utk kurangkan selera makan katanya.. tapi sy makan sebulan je sbb rasa mcm nak mampuih badan rasa x selesa mcm nak demam tapi x demam..
sampai la setahun yg lepas, sy amalkan makan minyak primrose setiap hari 3 biji/hari plus bersenam seminggu 3-4 kali.. daripada 3 bulan sekali period, slowly skrg hampir sebulan sekali period.. sy bukan seller ya.. sy cuma nak share kisah sy je.. semoga awak cepat2 sembuh dan dikurniakan cahaya mata..