PCOS: Tips untuk Hamil

Saya seorang PCOS, (http://www.myhealth.gov.my/sindrom-ovari-polisistik-pcos/).

Alhamdulillah.. setelah lama mencuba akhirnya saya berjaya mendapatkan zuriat. Dan saya telah berniat untuk kongsikan rutin dan usaha untuk hamil setelah selamat melahirkan anak kedua ini.

Saya mula mengetahui mengenai PCOS secara pembacaan sewaktu remaja. Semua simptom pcos memang ada cuma masih tidak mendapat diagnosis dari doktor ketika itu.

Sejak berkahwin, saya memberi masa dua tahun kepada diri untuk cubaan conceive. Selepas 2tahun, barulah saya berjumpa doktor.

Hasil perbincangan dengan doktor memang disahkan saya PCOS tegar.

Berjurai air mata bila doktor kata chance nak hamil secara natural sangat tipis dan perlukan proses iui atau ivf. It was my turning point dalam hidup.. keesokkan hari, saya start diet.

Saya mengandung anak pertama setelah genap setahun mencuba (selepas perjumpaan dengan doktor) dengan pelbagai rutin yang strict.. anak kedua saya conceive setelah 4 bulan mengamalkan rutin yang sama.

Saya cuba ringkaskan supaya lebih mudah untuk diamalkan kerana itu niat utama saya.. berkongsi cara untuk mengandung bagi PCOS secara natural (semuanya tergantung pada keizinan Allah).

1. Change lifestyle.

Untuk PCOS ni memang tak boleh elak dari melakukan pengorbanan dengan mengubah cara hidup dan pemakanan.

Saranan doktor untuk menurunkan sekurang-kurangnya 10% dari berat badan. Anak pertama saya turun 18kg.. manakala anak kedua hanya 5kg sebelum berjaya hamil.

2. Bersenam.

Walaupun dengan penurunan berat badan, saya sentiasa monitor keadaan badan terutama ovulation dan haid.

Tanpa bersenam, ovulasi saya tidak hadir namun selepas saya bersenam barulah eggwhite hadir dengan meriah. Senaman boleh dengan berbasikal, zumba, berjalan atau hanya aerobic.

Untuk kenalpasti ovulasi, boleh gunakan opk strip dan merekod suhu badan.

3. Pemakanan mengikut kitar haid.

Ramai yang salah konsep mengenai cara mengira kitar haid terutama bagi kitar haid yang panjang dan tidak teratur seperti yang dialami pcoser.

Contohnya kitar haid saya adalah 45hari dan ovulasi berlaku 14 hari sebelum next period. Maka ovulasi saya berlaku pada hari ke 31 (CD31).

Saya mulakan pemakanan dengan makan nenas pada hari kedua hingga ke 4 period (CD 2-CD4) untuk melawaskan period.

Kemudian beberapa hari sebelum ovulasi CD31 saya akan mula makan kiwi dan telur untuk membesarkan ovum atau telur wanita.

Selepas ovulasi saya akan makan makanan berwarna ungu seperti anggur dan terung sehingga DPO14.. sekiranya tidak period pada DPO14, saya akan check UPT.

Dan sepanjang kitar 45 hari itu, saya akan minum lemon suam pada waktu pagi atau malam untuk clearkan tube (petua dari doktor).

Bagi PCOSer, yang memang menghadapi insulin resistant, makanlah peria untuk mengawal gula dalam darah..

4. Amalan kerohanian.

Apalah makna usaha tanpa doa dan tawakal. Berdoa banyak2 kepada Allah dan selitkan nama ibu ayah supaya lebih makbul.

Banyakkan sedekah terutama selesai solat subuh, letak satu tabung dan selepas solat subuh masukkan seringit dan niatkan untuk mudah dapat zuriat.

Kumpulkan sehingga sebulan atau 3 4 bulan kemudian salurkan sedekah tu ke tempat yang dihajati.

Solat sunat selepas subuh fadilatnya lebih baik dari dunia dan segala isinya, dirikan solat sunat subuh dan doa lah agar dapat zuriat.

Sewaktu berbuka, sewaktu tahajud, atau semasa mendengar cerita orang yang sedang cuba hamil, terus doakan semoga dipermudahkan urusannya untuk hamil. Semoga berbalik doa yang baik2 kepada kita.

Mohon orang tua, makcik2 bawang yang rajin bertanya dan kanak2 kecil yang masih tiada dosa untuk doakan kepada kita. Bersangka baik pada ujian Allah.

5. Nazar.

Nazarkan la yang memberi manfaat. Contohnya sedekah sejumlah wang kepada anak yatim. Semoga Allah izinkan hajat kita tercapai asbab untuk kebaikan penerima nazar kita itu.

6. Perkara di atas semua saya buat untuk hamil kedua2 anak tapi ada yang selain dari perkara di atas, saya ada tambahan usaha untuk anak pertama.

Antaranya, minum air rendaman kayu manis.. air rendaman halba, air kelapa dibakar dengan serai dan lada hitam, minum air rebusan buah zuriat dan sebagainya.

Cukup buat masa ini. Maafkan saya yang berkongsi ilmu tanpa tiket/ lesen sebagai pengamal perubatan.

Anggaplah ia sebagai petua dan semoga menjadi asbab kejayaan untuk hamil kepada semua wanita yang menunggu cahaya mata.

Maafkan kerana tak pandai mengarang ayat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Doakan yang baik2 untuk saya.

– Kasmadewanis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *