PDPR: Berhenti Salahkan Orang Lain

Assalamualaikum. Saya ibu kepada 4 orang anak. 3 orang PdPr, seorang lagi masih dalam pantang.

Saya tiada pembantu rumah. Semua dibantu suami, Alhamdulillah dia sangat ringan tulang. Tu pun bila die cuti laaa..

Saya terbaca luahan seorang ibu mengenai PdPr. Dan saya membaca hampir semua komen, (https://iiumc.com/pdpr-oh-pdpr/).

Ada yang menyalahkan guru-guru. Ada guru yang ambil ringan, ambil video rakaman cikgu lain, bagi link tanpa mengajar, macam-macam luahan mengenai guru.

Ada pula yang menyalahkan anak-anak. Anak-anak pemalas, susah bangun pagi, tak fokus.. bagi phone untuk pdpr akhirnya main game. Ada juga yang menyalahkan ibu bapa, langsung tak ambil peduli pdpr anak-anak.

Saya juga menghadapi masalah yang sama. Saya ambil masa yang sangat lama untuk adapt suasana baru.

Daripada saya alahan teruk masa mengandung, (sehari muntah 7-9 kali) sampailah dalam pantang sekarang, saya masih lagi belajar untuk handle pdpr dengan suasana berbeza.

Dulu takde baby, sekarang ada baby. Sama macam orang lain, saya penat, fed up, stress dan semestinya saya menjerit hampir setiap hari. Saya dah tak kisah bila anak-anak gelar saya singa. Tak terkejar masa rasanya.

Rasa nak terojon bangunan kome!! Saya bukanlah ibu yang berpelajaran tinggi, sudahlah tak pandai, kena mengajar pulak benda yang saya tak pandai tu. Buta IT lagi.

Dulu saya keep blaming orang tu, orang ni, blame KPM, blame cikgu, anak-anak, semua tak kena. Pdpr menyusahkan!!

Akhirnya saya sedar, semua ada problem. Bukan saya sorang. Baik cikgu, parents atau anak-anak. Ini benda baru, pdpr sesuatu yang tak pernah kita jangka, takde siapa pun yang bersedia sepenuhnya. Semua masih mencari ‘tune’.

Saya berubah selepas mengikuti fb Dr Shukri Abdullah. Saya baru sedar yang cikgu, parents dan anak-anak masing-masing ada masalah menghadapi pdpr. So stop blaming each other. Try to put yourself in other’s shoes.

Saya perhatikan seorang cikgu mengajar 2-3 subjek. 1 subjek pula ada 2-3 kelas. 1 kelas pula ada lebih kurang 30 murid. Saya anggarkan seorang cikgu kena handle 200-300 murid.

Ada yang join pdpr, ada yang tak pernah nampak muka. Yang tak join, cikgu kena tanya pulak apa masalah, kalau tak nanti pihak atasan persoal. Report kena hantar, jumlah murid hadir pdpr kena updates. Mungkin masuk KPI.

Kadang² saya perhatikan tengah malam baru cikgu semak kerja pdpr anak2 saya. Pernah saya wsp cikgu, tak tidur lagi ke? Kebetulan saya bangun jam 1 pagi susukan baby.

Cikgu jawab, baru ada masa sebab lepas pdpr murid, handle pdpr anak-anak sendiri pula. Malam hantar report dan buat persediaan untuk lesson next day.

Tengah malam baru sempat check. Sdgkan saya dah settle pdpr anak-anak siang2 lagi. Kesian cikgu, tu belum lagi nak hadap parents yang marah2 sebab cikgu sambil lewa la apa bagai.. ambik video rakaman cikgu lain pun ada parents marah tau.

Dulu saya sibuk jerit kat anak-anak sebab susah bangun pagi, tak fokus, time pdpr boleh pulak tidur. Rasa nak tunjei tunjei kepala deme.

Akhirnya saya sendiri cari motivasi. Saya follow live Dr Shukri. Beliau kata pastikan anak-anak tidur awal, bangun pagi solat subuh, mandi.

Saya pula sediakan sarapan berkhasiat dan pastikan anak2 lakukan senaman ringan sebelum pdpr. Daripada saya menyinga tak tentu hala, akhirnya saya menyinga suruh anak-anak tidur awal, bangun awal solat sekian2.

Alhamdulillah. Memang anak-anak bersemangat. Saya juga guna duit raya anak-anak (dengan izin dorang) untuk beli meja n kerusi belajar.

Saya set up ruang belajar yang selesa sama seperti sekolah untuk menaikkan semangat anak-anak. Saya hias mengikut citarasa anak-anak.

Saya tetap ‘singa’ seperti dulu cuma bezanya kali ni saya ‘hadir’ dalam pdpr bersama anak2.

Saya juga salute dengan parents yang tak banyak kerenah. Ada yang frontliner, doktor, polis, nurse.. even tak dapat join gm sebab kena pergi kerja, tapi masing2 komited. Balik kerja terus hadap pdpr anak-anak.

Dari jam 9 malam hingga 12 malam group telegram pdpr anak berbunyi tak henti2 sebab parents yang bekerja mula hantar kerja anak masing2. Malu la kalau saya parents yang di rumah tak boleh buat.

So saya dah mula stop blaming cikgu atau anak-anak. Semua orang ada masalah dalam pdpr yang kita sendiri tak tahu.

Anak-anak tetap dengan perangai masing-masing, kalau bukan kita siapa lagi nak tegur atau ubah dorang. Jangan bagi phone lepas tu serahkan bulat2.

Memang kelaut dalam la jawabnya. Ini semua Dr Shukri Abdullah yang sedarkan saya melalui fb beliau. Terima kasih Dr. Saya usaha bangun 5 pagi, siap segala kerja rumah, jam 7.30 pagi saya dah siap masak lunch.

Lantakkan situ… nak buat macam mana. Saya memang hadap anak-anak pdpr dari awal sampai habis sebab mengenangkan makpak yang kerja pun boleh submit kerja pdpr anak2, apsal saya nak bagi macam2 alasan??

Instead of kita blame each other, baik kita sendiri ubah diri sendiri dan buat sehabis baik untuk pdpr. Anak-anak tanggungjawab kita.

Mana2 subjek yang saya bodoh tak pandai ajar, saya direct wsp cikgu. ‘Cikgu saya tak pandai sains, ustazah saya tak belajor Bahasa Arab, boleh bagi idea nak ajor anak?’

Kalau cikgu tak layan, saya cari saja jawapan kat youtube, Google. Tak kuasa saya nak marah cikgu. Ada saja cikgu yang tak pernah cek kerja anak saya.

Dah la mengajar PJK, suruh buat senaman gitu gini, saya dengan perut buncit ajar anak buat senaman tengah2 panas siap record sudahnya blue tick pun tidak. Geram bukan tak geram. 10 kerja, 1 pun tak cek. Aje penat.

Tapi kesah pulak aku? Janji saya dah buat yang terbaik untuk pdpr anak-anak walaupun cuma PJK. Cikgu cek ke tidak, ikutlah. Saya pun tak tahu apa masalah cikgu tu.. May God Bless You saja lah ucapannya.

Kesimpulannya, stop blaming each other. Pdpr ni ujian buat semua. Be the best part in pdpr, be the best of yourself in pdpr, be the best parents in pdpr. yang cikgu sambil lewa biarkan dia, die bagi kerja kita ajar, die tak bagi kita goyang kaki.

Anak-anak tanggungjawab kita. yang degil, yang tak fokus, yang bangun lambat tu, anak kita jugak. Anak2 ibarat kertas lukisan, kita yang mencorakkan. Dah kalau corak tu comot, kenapa nak salahkan kertas lukisan?

Dulu hantar anak sekolah nak cikgu ajar. Sejak musim kobid ni, anak-anak dah ‘dipulangkan’ semula kepada ibu bapa. Nak tak nak, makpak kene take part.

Cikgu n parents kena kerjasama, play role masing2, 50-50. Biasalah ada parents sambil lewa, ada cikgu sambil lewa. Asalkan yang sambil lewa tu bukan kita. Ok bai.

– Nur Singa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *