Saya seorang guru dan pada masa yang sama saya ada anak² yang berPdPR juga. Saya bersetuju dengan ibu yang membuat confession bertajuk PdPR oh PdPR, (https://iiumc.com/pdpr-oh-pdpr/).
Tak dinafikan ada guru yang komited dan ada guru yang hanya sekadar memberi link, ataupun tugasan tanpa mengajar. Begitu juga guru² di sekolah anak saya.
Anak saya bersekolah di sekolah yang sama saya mengajar. Saya highlightkan dulu guru² yang komited sepanjang PdPR. Disebabkan sekolah saya adalah sekolah kampung yang agak jauh ke dalam, line telefon memang sering kacau bilau.
Disebabkan ini guru² tidak dapat mengajar melalui google meet, zoom, telegram. Hanya melalui medium whatsapp dan modul sahaja.
Guru² yang komited memang berikan penerangan secara voice, dikukuhkan dengan aktiviti soal jawab, kuiz dan akhir sekali barulah sesi tutorial, membuat latihan.
Biasanya mengambil masa 40-45 jam sesi voice/ typing whatsapp untuk sesi pengajaran guru. Selepas tu barulah murid² disuruh membuat latihan sewajarnya. Terima kasih dan syabas pada guru² yang komited ini.
Tempoh diberikan kepada murid² untuk siapkan semua tugasan adalah 1 minggu namun biasanya hanya 1/3 sahaja murid² yang hantar. Murid² online bersoal jawab bersama guru hanya 3-6 orang. Lainnya hanya krik².
Rasanya semua guru pernah alami murid² langsung tidak respon. Jujur saya pernah nangis sampai teresak² tunggu respon dari murid. Tapi itu tak pernah melunturkan semangat saya untuk mengajar seperti biasa.
Seperti biasa saya teruskan dengan pengajaran, aktiviti dan tutorial sebab saya tahu ada murid² yang dahagakan ilmu. Apatah lagi difikirkan setiap sen gaji gaji dan setiap saat waktu mengajar saya adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan nanti.
Sepertimana kelas anak² saya, ada juga guru2 yang semangat untuk mengajar. Tapi ada juga yang hanya sambil lewa. Tapi saya tetap pastikan anak² saya online dan respon pada guru.
Cuma satu benda yang saya sesak sangat² bila melalui whatsapp ni guru² suruh copy paste nama murid yang hadir untuk setiap subjek masing².
Pernah saya suarakan gunakan medium lain untuk collect kehadiran tapi setakat itu saja. Saya ada sedikit OCD yang sangat² tak boleh tolerant dengan benda² serabut macam ni. Terus saya rasa agak tertekan.
Tak cukup dengan copy paste kehadiran, ditambah pula disuruh copy paste skor yang diperolehi, ditambah campur lagi dengan copy paste murid² yang dah siap tugasan. Sangat menyesakkan minda.
Seriously, saya sangat² terganggu bila aktiviti copy paste ni masuk secara tiba² dan mengganggu konsentrasi murid.
Mungkin guru tersebut tak kisah. Tapi akan jadi kesusahan buat ibu bapa yang bekerja nak scroll cari semula tugasan² anak² mereka. Walaupun suruh diberi amaran kepada ibu bapa untuk copy paste pada waktu subjek itu sahaja.
Apabila waktu subjek itu berakhir dah tak boleh isi kehadiran. Tapi memang ada ibu bapa yang masih akan copy paste kehadiran anak masing² sewaktu subjek lain berlangsung. Ini sgt² membebankan guru pada waktu itu.
Hanya ada beberapa guru sahaja, boleh dikira sebelah tangan, yang tidak collect data kehadiran murid² melalui copy paste dan gunakan medium lain yang lebih praktical seperti google form, termasuklah saya sendiri.
Entahlah, saya pun tak tahu. Sekarang semuanya di hujung jari. Bagi saya benda basic mengenai IT harus dikuasai oleh guru. Antara mahu dan tidak mahu sahaja. Maaf guru²
Satu lagi yang menyebabkan saya agak ralat dengan PdPR anak² apabila guru² hanya memilih yang online tetapi hasil kerja kemas sahaja diberikan hadiah.
Pernah anak saya tanya kenapa dia tak dapat hadiah dari guru walaupun dia online, aktif menjawab dan siapkan tugasan pada waktu itu juga.
Bukan hadiah yang diharapkan, cuma guru tersebut perlulah adil memberi penghargaan. Sekurang²nya murid² akan seronok dan cuba kekalkan momentum untuk belajar.
Saya tak kisah sebab guru dah bagi ilmu, bab hadiah saya memang akan belikan pada anak² sebagai penghargaan susah payah yang anak² hadapi sepanjang pdpr dan juga pkp ini.
Lain ralat bagi saya subjek² seperti muzik, pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan janganlah hanya salin dari buku semata. Saya yang tua pun dah bosan apatah lagi anak².
Ye saya tau melalui salin, pemahaman murid dan kosa kata akan berkembang tapi dek tekanan PdPR ini ketepikanlah sekejap aktiviti salin menyalin.
Begitu juga subjek² lain. Kalau boleh print bagila murid tu print dan baca saja. Asyik suruh disalin hingga 2-3 muka surat disambung pulak dengan latihan lebih dari 2-3 muka surat mau muka anak² dah tak manis.
Janganlah samakan PdPR dengan kelas bersemuka. Yang penting sekarang cara nak kekalkan momentum murid² untuk belajar. Kalau asyik macam ni memang malap cahaya mementum belajar itu.
Terakhir, ya memang ada guru yang hanya bagi link, arahan dan latihan (diprint sendiri atau disalin oleh murid²) tanpa sebarang penerangan.
Sudahnya ibu bapa terpaksa belajar dahulu sebelum ajarkan anak² mereka. Murid² tahap 2 mungkin tiada masalah sebab mereka boleh baca dan fahami sendiri.
Tapi tak semua. Anak saya tahap 2 pun tak mampu nak faham sangat tambah² subjek math yang silibusnya ala² peringkat sek menengah. Mahu tak mahu saya kena masterkan diri saya dalam math barulah dapat ajar anak.
1 lagi lembaran² yang diberi tak perlulah setebal 100 muka surat. Hujungnya tak habis guna ataupun diskip². Pembaziran pada kertas.
Bagi guru² tahap 1 guru² gunakanlah buku aktiviti yang sudah diberi oleh sekolah. Tak perlu tambah lembaran luar.
Ya saya tahu buku aktiviti tu tak menarik, jadi pelbagaikan aktiviti soal jawab, banyak sangat latihan interaktif online ataupun boleh create sendiri menggunakan lembaran² cikgu itu naik ke talian.
Kalau nak buat modul cukuplah modul penerangan sahaja. Latihan terus buat dari buku aktiviti yang dibekalkan. Kecualilah jika tiada buku aktiviti seperti PJPK, bolehlah diberi lembaran kerja/ modul.
Percayalah ibu bapa lebih suka anak² mereka membuat latihan pada buku aktiviti yang diberi.
Kepada guru² saya mohon maaf sekiranya confession ini melukakan hati² guru. Saya juga tidak sempurna dan saya hanya suarakan pendapat dan perasaan saya sebagai ibu bapa dan guru.
Harapan saya buatlah yang terbaik kerana ada anak² yang mengharapkan kita menyampaikan ilmu, bukan hanya memberi link, arahan semata.
Ingatlah setiap amanah yang diberi, setiap gaji yang kita makan, setiap saat bermulanya kelas kita itulah yang akan dipersoalkan kelak.
– Guru Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit