Pecah Rahsia

Salam semua! Aku nak pecah rahsia Gen Z. Lately aku banyak baca cerita tentang remaja dan dewasa yang buat hubungan haram.

Aku nak cerita kisah aku, internet lah puncanya. Harap dijadikan pengajaran, terutama kepada ibu bapa yang suka bagi anak gadget.

Dulu aku mak ayah bagi main social media sekolah rendah walaupun ada limit. Umur aku 20an sekarang. Aku ada ig, twitter, facebook.

Aku anak sulung, tak pernah tahu tentang porno, seks dan sebagainya. Aku dapat tahu atas kerana rasa ingin tahu seorang budak sekolah.

Aku suka tengok meme dekat ig di page lawak, suatu hari ada yang post lawak double meaning. Aku tak faham. Aku baca komen.

Banyak yang buat lawak tentang double meaning terutamanya orang dewasa mentioning website tak senonoh. Aku masih tak faham. Aku search google dan kau tau apa yang aku jumpa.

Sejak itu aku faham lawak double meaning yang orang tua borak. Selain tu, music video macam ladygaga yang banyak tunjukkan aksi2 ghairah.

Pada usia sangat muda, dan aku belajar pasal delete history browser dan incognito. Dan kalau nak tahu, sangat mudah nak akses konten 18+ di setiap platform tak kira ig, twitter, fb.

Kadang muncul di page, sebagai budak kita tak tahu. Kami cuma tahu ada rasa best gegar2 bawah, macam kawan aku pernah cerita.

Aku nak pecah rahsia, aku sekarang di universiti tengok kawan check in, pegang tangan, yang lelaki kongsi kesedapan merasa awek sendiri, share gambar dalam group,

Yang lelaki islam minum, mula dari lepak di mamak je, kemudian kawan ajak ke club, yang perempuan ikut laki, hisap mushroom, bawak ganja ke asrama dan banyak cerita macam tu dan lebih lagi.

Lagi dasyat kawan tu depan family budak baik, mak ayah dia taktau anak dia tu setan.

Tak lupa jugak, video porno yang aku jumpa dalam phone pakcik aku dan video2 youtube yang suka buat lawak lucah, mencarut dan sebagainya.

Risau juga sebab aku sekarang mengajar budak2, tak sedikit yang gurau lucah, dan carut “f” buat postur badan lucah seperti twerking dsb.

Saja nak share, sebab geram orang tua cakap senang jaga nafsu, dorang taktau macam mana kami dah kena expose dari kecik benda begini.

Macam orang diet lah, kau nak diet tapi tu makanan favourite kau. Makan ke ko tinggal? Mesti ada yang tak tahan, kalau tak makan habis mesti kau rasa sikit2 untuk lepas gian kan?

– 676 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

2 Comments

  1. Kau tak bosan kah?
    Porno bodoh tuh dok ulang tayang sama ja. Tak kesah berapa ratus body count dan posisi dan kamu dan benda. Tapi sama ja porno tuh keluar masuk sedap sesaat DERITA SELAMANYA.
    SUPERFICIAL. Faham???????

    Haram dan hanat imaginasi merosakan minda. Patot gen Z dan gen alpha rasa bosan dan lali. Dah benda porno gituh hujung pangkal nafsu haram dan kosong.

    Tapi cinta sejati. Cinta suci. ITU yang bawah ke mati SELAMA LAMANYA.

    Pornography tuh kau tengok sebab nak tahu. Dah tahu kau nak layan masturbating buat apa?????? Esok mati pucuk KAH KAH KAH KAH KAH Pastu dah takdak nikmat kepada halal.

    Nak tunggu sakit HIV AIDS penyakit kelamin kena baru nak sesal sedih?

    Tengok apa apa GUNA OTAK dan AKAL . Kau tahu aku tengok cuma kagum KECANTIKAN manusia. Bukan tengok dengan pandangan nafsu. FILTER OTAK KENA ON SAMPAI MATI deknon.

    Orang buat content porno tuh sebenarnya tuh ja level otak depa mampu buat duit. Benak.

    Halal dan cinta sejati tuh yang MAHAL. Yang patot kau kejar cari mahu.

    Orang suci hanya akan dipertemukan sama orang suci. Kau MATI esok cinta halal suami isteri anak adik beradik keluarga kau yang doa…. Baik kau sedar diri sebelum MAMPOS!!!!!!!

    Bukan porno bodoh sedap sesaat tapi DERITA SELAMANYA. SAKIT KELAMIN. SAKIT MENTAL EMOSI SELAMANYA SEBAB HIDUP DAH ROSAK. ITU kau nak???????????

    Cinta halal dan MAHAL ITU yang hebat… Kau tak boleh beli. Kau tak boleh bayar. Tapi hati dan hidup kau kena suci baru jumpa.

  2. Lagi satu, kat page discover mana2 social media ada unsur 18sx walaupun kita 1st time user dan xde akaun. Manalah x kotor otak2 budak zaman skrg ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *