Terima kasih confession kerana sudi membaca kisah aku.
Masih ingat kah dahulu aku berkongsi kisah abg long aku yang robot cop tu. Yang kaki dangdut yang suka kemas rumah ikut piawan dia tu. Boleh baca dekat sini, https://iiumc.com/abang-aku-robot/
Lama aku tak membawang pasal dia sebab sibuk dengan kerja, urus rumah tangga dan alahan mengandung.
Baik lah straight to the point. Si robot tu ikutkan umur sudah pun 30an dan tak kahwin lagi.
Semasa dia cuti dalam tugas aku ada bertanya bila nak rumah tangga. Dia hanya diam sahaja. Macam biasa lah di rumah dia menjadi bibik dari ke dapur hingga lipat baju dan semua lah.
Masa dia sedang santai sambil melayan dangdut dia tu di ruang tamu aku ada tanya soalan tapi dia selalu mengelak.
Habis sahaja cuti dia kena balik kem, aku beranikan diri masuk bilik dia yang sangat teratur seperti hotel 5 bintang.
Sebenarnya masa tu aku hanya nak tumpang letak baju je dan nak pinjam pewangi lavender dia tu
Dan di atas meja dia tu ada satu buku diari. Aku berani selak rupanya dia ada simpan gambar dia tamat rekrut. Gambar dia operasi dan gambar zaman belajar.
Di situ ada lah luahan kisah dia suka someone orang sabah dia kenal orang sabah tu masa zaman belajar.
Dekat situ ada lah catatan dia jatuh hati pada sumandak ni tapi dia takut dan kurang keyakinan diri. Sambil senyum2 aku baca. Tak sangka romantik jugak si robot ni.
Helaian akhir tu dia ada lah nukilan seperti kecewa. Aku copy paste lah ek.
“Hari terakhir tahun akhir aku cuba luahkan isi hati aku sudah lama berbunga. Tapi dia hanya diam seribu bahasa. Aku memberi nombor telefon ku dengan harapan dia hantar pesanan. Teringat merah padan wajahnya yang manis itu sewaktu aku lafazkan cinta. “
(helaian lain)
“Akhirnya dia hantar chat dekat aku. Dunia ni seperti aku yang punya. Aku bertanya adakah dia menerima cinta ku. Dia berkata kerja lah dahulu dia sudi menunggu”
(helaian lain)
“Dia suruh pinang segera tetapi aku masih berusaha mencari kerja. Dia mengugut kalau aku lambat dia akan di terima orang lain. Tuhan aku takut sekarang tolong lah daku”
(helaian lain)
“Hari ini di pinang orang lain. Mana janji dia dahulu yang dia kata nak tunggu aku. Kenapa dia hanya ingin melihat hasil tidak ingin melihat usaha? Hancur hati aku.
Dahulu waktu kuliah dia berkata dia tidak suka pada sape2 dia kata hanya fokus pada belajar dia kata dia tidak percaya pada lelaki tapi dia kembali semula bekas kekasih”
(helaian lain)
“Rupanya selama ini dia chat aku hanya untuk hilang bosan dan mengisi kekosongan dia. Rupanya selama ini dia menipu aku katanya dia sanggup tunggu dia terima kekurangan aku. Hakikatnya dia lebih tertarik pada lelaki yang ada rupa ada kedudukan. Sampai hati kau arifah”
(helaian lain)
“Biar lah dia pergi bahagia. Anggap sahaja aku tak ada jodoh dengan dia. Cinta pertama ku dalam dia sudah menjadi milik orang. Selepas ini aku tidak akan jatuh cinta lagi. Selepas ini aku akan pergi jauh. Jika dia datang mencari aku, tidak akan aku terima. Aku berikan cinta aku pada yang layak.”
(helaian lain)
“Tujuan ku masuk tentera kerana aku ingin abdi pada negara. Aku serah nyawa aku pada negara kisah perasaan cinta aku dalam diam akan ku padam. Nukilan kisah dia dan aku akan di bakar biar menjadi abu”
Ok stop. Tak sangka jiwang jugak mamat ni. Patut lah masa suami aku masuk meminang dia permudahkan aku. Rupanya dia ada cinta pertama dia tak kesampaian. Tak sangka dia ni penakut nak cakap suka.
Betul lah sejak aku kahwin aku mula rindu bebelan dia. Rindu air tangan dia. Rupanya dia masuk askar ni sebab dia frust. Aku harap akan ada lah seseorang yang cuba ubat hati dia.
Patut lah dulu aku perasan dia ni pendiam rupanya dia tengah frust. Patut lah dia selalu cakap dekat laki aku jaga elok2 aku ni sabar dengan karenah aku.
Selalu lah jugak dia tazkirah laki aku pasal bahagia. Jangan sia2 kasih syang yang tuhan bagi. Rupanya hati dia tu terluka.
Begitu lah lelaki. Walaupun dia ada sikap ego tinggi tetap dia cair.
Aku berani tulis di sini sebab dia ni tak suka page ni. Selain itu dia ni jenis tak minat nak baca pasal orang. Fb pun dia tak aktif. Dia selalu layan dangdut rhoma irama dia tu lah. Dia ada Thread IG itu je lah.
Btw semua thanks sebab sudi baca perkongsian ini…
– Ezah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Beruntung jodoh abg sis nnti.. mesti dia akan jaga elok2 punya