Pedih Si Ibu Tiri

Terima kasih sudi menyiarkan rasa hati ini. Aku perkenalkan diri sebagai Fia si ibu tiri punyai anak tiri sepasang lelaki 9 tahun dan perempuan 5 tahun.

Pada awal perkahwinan aku bersama ayah mereka, aku rasakan akulah bibik untuk mereka di rumah. Kerja aku tak putus putus siang malam pagi petang ialah tukang basuh pinggan.

Suami aku suka memasak, jadi kebiasaannya selepas memasak akan penuh singki dengan semua peralatan memasak yang kotor dan ditambah dengan pinggan mangkuk cawan semua orang.

Aku semakin lama jadi meluat dan mula suarakan semua itu pada suami aku. Alhamdulillah, suami mula berubah dan menegur anak lelakinya untuk belajar basuh pinggannya dan si adik.

Pada suatu hari aku terbaca luahan ibu tiri berkenaan yang sama macam aku lalui.

Salah seorang ustazah terkemuka memberikan cadangan untuk menyimpan semua pinggan dan gelas yang tidak diperlukan dan aku ikut saranan tersebut on the spot.

Kini rumah kami hanya ada 4 pinggan makan, 2 mangkuk dan 2 gelas sahaja. Anak anak tiri aku, aku latih mereka untuk menggunakan botol minuman sendiri untuk semua aktiviti dalam rumah atau luar rumah.

Ya, sekelip mata semuanya berubah aku bukan lagi bibik kepada anak-anak tiriku.

Tapi kini yang semakin aku mula terasa hati bila si anak perempuan sering membandingkan suasana rumah kami berbanding rumah ibunya.

Ya, anak-anak dibawah jagaan bapa kerana ibunya memilih untuk bersuamikan teman lama selepas 6 tahun melayar bahtera perkahwinan.

Setiap kali anak-anak tiri aku bermalam di rumah ibunya, pasti aku rasa tak seronok. Aku tahu bila kembali sahaja anak-anak nanti ke rumah, si adik pasti mula bertutur macam-macam.

Sepanjang cuti sekolah, hujung minggu akulah yang mengajar anak-anak di rumah. Aku pastikan anak-anak sudah menguasai pembelajaran lepas supaya tidak ketinggalan di sekolah nanti.

Bagi aku, aku tiada masalah langsung dengan anak tiri lelaki aku.

Tetapi setiap kali mereka pulang dari rumah ibu kandung mereka, mereka sudah mula bawa sikap malas belajar, tidak mahu dengar cakap dan mula membandingkan kehidupan di sana.

Hakikatnya, aku dan suami telah menyuruh berkali-kali anak-anak supaya terus tinggal dengan ibu mereka,

Tetapi si abang tidak mahu kerana pada usianya 6 tahun sudah mengerti episod ibu halau ayah dari rumah dengan mencampakkan beg kepada ayah di hadapan matanya.

Kini aku mula rasakan malas untuk mendidik anak tiri dan mula rasakan aku patut rasa pentingkan diri sendiri. Sebab aku dapat rasakan sebaik manapun aku didik anak-anak ini, aku tetap si ibu tiri.

Aku sedar suatu hari nanti, anak-anak ini akan menjangkau dewasa pasti akan kembali ke ibu kandung mereka. Untuk apa aku beriya-riya mendidik anak-anak ini sehingga berjaya, kalau nanti si Sapi itu yang dapat nama?

Ya memang aku marah, pedih dan sedih. Sebab ibu kandung mereka langsung tidak mengambil tanggungjawab mendidik langsung. Sedangkan mengajar anak 5 tahun ABC pun tak pernah.

Aku tahu ramai yang akan suruh aku teruskan didik anak-anak ini sampai berjaya,

Tapi sejujurnya hati aku sakit bila memikirkan yang akan datang claim ‘anak aku pandai’ itu ialah sang ibu yang tak menyumbang langsung dalam mendidik anak-anak ini.

Apa perasaan kalian bila segala usaha keras kalian lakukan dan akhirnya orang lain yang akan dapat nama? Bagi aku kini, cukuplah aku lengkapkan tugas sebagai isteri buat suami aku.

Anak-anak ini sekiranya mereka ingin belajar, akan aku ajarkan. Sekiranya tidak, aku hanya akan berdiam. Itu sahaja yang dapat aku luahkan.

– Fia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *