Pedophile

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Aku ada terbaca confession hal pedophile sebelum ni. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/aku-mangsa-pedo/). Dan sangat terpanggil untuk tulis confession aku sendiri.

Cerita ni terjadi, entah lah. Mungkin sejak aku baby? Mungkin sejak aku tiada akal lagi untuk berfikir? Tapi yang aku pasti, sejak aku boleh ingat dan ada akal berfikir (4-5 tahun) umur, aku dah mula boleh ceritakan apa yang terjadi.

Pada awalnya memanglah tak tahu yang perkara itu atau ini salah. Sebab orang yang menjadikan aku mangsa ialah ayah aku sendiri. Orang yang cakap, ‘Jangan sentuh lelaki, berdosa’ , ‘Jom baca quran, ayah ajar’ , ‘Harini ayah ajar bacaan dalam solat ya’. Lelaki yang paling aku percaya dalam hidup. Ajar aku kebaikan dan masa yang sama, menjadi mimpi ngeri aku sendiri.

Awalnya perkara ni terjadi sebab mak dan ayah aku yang tinggal jarak jauh. Dan ayah adalah orang yang akan menjaga aku. Ibu sambung belajar. Jadi, memang mustahil untuk bawa aku bersama. Ada malam yang aku tersedar, tanpa seluar. Ada malam aku tengok tv bersama ayah, dia akan minta aku pegang2 anunya.

Malam bulan puasa bukan pengecualian. Dalam tandas ketika mandikan aku. Ini semua tempat2 yang berlakunya perkara2 itu semua. Sampai satu tahap umurku 8 tahun, masih lagi dicuba2. Menangis, tak tahu nak cerita pada siapa?

Sudah diberi amaran ini rahsia antara kami. Jangan bagi ibumu sedih. Aku anak sulung. Adik berderet lagi. Ibuku seorang saja yang bekerja dan bertungkus lumus pastikan kami anak2 cukup makan pakai. Nak harapkan bapaku, jauh sekali. Tak boleh diharap. Tersepit aku disini. Bayangkan anak kecil yang dimomok sebegitu.

Memang setiap hari aku ke sekolah, merasa diri ini sangat malang. Sangat hina. Sangat kotor. Kawan2 sangat bahagia bila sekolah habis awal. Tak sabar nak pulang ke rumah. Aku.. aku takut. Malu. Benci.

Rumah itu bukanlah tempat yang mahu aku tuju. Aku menangis lagi. Tapi tiada siapa pun yang tahu. Malu sungguh. Self esteem memang tiada langsung. Sampai aku jalan pun berbongkok. Tak nampak seri remaja di wajahku ketika itu.

Sampai satu masa. Dah cukup lama aku pendam, aku menangis. Aku sudah berkahwin. Suamiku seorang yang sangat baik hati. Alhamdulillah. Tapi waktu ini, setiap malam termimpikan apa yang jadi, sampai merasakan aku patut berjumpa dengan psychiatrist.

Aku kumpul juga kekuatan untuk luahkan pada ibuku. Dengan harapan ada pembelaan. Tak kiralah dari segi undang-undang atau apa pun. Aku berserah. Namun jawapan ibuku sangat mengecewakan. Dalam tangisnya, hanya menyatakan apa saja lah yang patut dilakukan. Dapat malu sahaja kalau dijadikan kes polis. Cerai? Itu bukan penyelesaian katanya.

Aku angguk sahaja dan terus memendam. Walaupun dah injak usia pertengahan 20-an, aku masih ingat, fobia. Dan akan terus menangis selagi aku tidak dapat pengadilan yang sepatutnya. Hari ini, aku masih terpaksa melihat wajah orang yang merosakkan zaman kanak-kanakku, dan berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.

Allah maha besar. Allah maha adil. Sesungguhnya aku berserah padaMu.

Sekian…

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *