Peer Pressure Untuk Fully Breastfeeding

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya terfikir nak share confession saya selepas membaca sebuah artikel di info ibu hamil mengenai kematian bayinya kerana hidrasi disebabkan si ibu ditekan pihak2 tertentu utk breastfeed. Selain takdir Allah, salah satu faktor yang membawa tragedi ini adalah apabila si ibu terikut dengan trend ‘ fully breastfeed’ . Almaklumlah, Fully BF yang semakin popular sehinggakan formula-fed dikecam habis2 habisan oleh sekumpulan ibu2 dan pihak profesional.

Jadi, saya berkongsi kisah saya mengalami peer pressure utk fully breastfeeding sejak kelahiran anak pertama saya tahun ini. Semoga pembaca boleh menerima kisah saya dengan hati terbuka.

Alkisahnya…Pada awal2 kelahiran anak… memang feeling down bila susu tak keluar mcm dalam artikel sy baca tu. Sewaktu hari pertama di hospital tak tido malam sebab seluruh malam anak nangis nak susu. Nurse kerap nasihatkan sentiasa nyusukan anak dan susu akan keluar nnti jadi diri ini berlawan mata menghadap si comel yang kerap kelaparan. Hari esoknya discharge, masuk malam ke-2 memang tak tahan air mata saya bercurah2 jatuh ke pipi bila anak nangis macam tak puas nyusu. Bibir kering. Atas nasihat mak, suruh suami belikan susu formula jenama karihome di farmasi untuk kenyangkan dia… Alhamdulillah. Malam kedua anak lebih nyenyak tidur. Tapi setiap 1 atau 2 jam kerap bangunkan untuk cuba nyusukan badan juga walaupun fah cuba perah tangan tak keluar walau setitik. Sampai hari ke-4, anak dimasukkan wad kerana jaundis tinggi. Susu saya belum meriah jdi byk bergantung pada susu formula tdi.

Hari ke-4 hingga ke-19, 15 hari berlawan sakit luka jahitan dan letih berpantang melawat anak di wad Hospital setiap hari kerana jaundis dan jangkitan kuman. Bersama-sama suami berulang alik dari rumah mak di 30km dr hospital setiap pagi dan malam.
Alhamdulillah time ni, susu mula meriah sebab sempat berurut tapi sekadar dapat breastfeed sekejap di bilik menyusu wad bayi dan pam sedikit dan diberikan pada nurse untuk bagi kpd anak kerana di Hospital ibu2 tak dapat bermalam bersama anak2 kecil di wad bayi (kecuali yang case kritikal). Kalau tak cukup, nurse topup dengan susu formula. Bila sy thok ibu2 dapat beri berbotol2 susu perahan sedangkan saya cuma dpt bg sebotol. Sy terkilan tpi saya fikir masatu asalkan dpt bagi. Sewaktu anak di wad lebih 2 minggu? Emosi sgt terganggu memikirkan nasib anak dan diri tak rasa macam berpantang pun sbb tak dapat rehat yang secukupnya. Stok susu makin merundum..

Alhamdulillah… selepas anak sihat dan dapat pulang ke pangkuan bermula episod diri melawan peer pressure Fully BF mummy. Disebabkan di Hospital anak disuapkan susu melalui cawan, bila dirumah, anak mengamuk tolak menyusu badan. (Maybe due to Nipple confusion dan dah biasa fast flow) jadi, mencari idea untuk kasi anak susu ibu melalui botol. Knon2 nak exclusive pumping. Haha. Tapi, azam tersebut terbantut dalam masa dua hari selepas nipple sore kerana terlalu kerap pumping sebab nak supply anak susu perahan tapi Malangnya hasil pam tak cukup dengan demand anak waktu tu.. cuba direct feeding, masih tolak. Sedih masa tu rasa bila anak tolak badan kita taknak nyusu. Sambil tersedu2 nangis pegang baby. macam2 saya fikir, “Anak tak suka aku.. anak benci aku” … dan mati2 saya nak sumbat formula jer nak give up BF… tapi at the same time, rasa bersalah dengan bayi kalau tak breastfeed. Rasa malu kalau kawan2 sekerja yang fully BF tahu kita bagi formula jer… rugi sebab dah beli pam mahal.

Berlawan peer pressure dgn diri sendiri nak full BF macam ibu2 lain. Nak susu byk mcam iklan testimoni milk booster yang slalu nampak kat FB wall. Nak geng ibu2 yang azam nak fully BF. Taknak kena kecam sbb bagi susu formula…

Kesedihan dan stress ni memakan diri dan emosi saya ketika pantang sampaikan rasa benci dgn anak… ya Allah.. alhamdulillah… nasib baik ada suami dan keluarga yang sentiasa nasihat utk beristirgfar dan dekatkan diri pada Allah.Saya murung dan menghadpi mild atau pre postpartum depression kerana pantang tak cukup rehat,stress menjaga anak pertama dengan ilmu kosong didada. Stress mwnyelubungi diri … tapi.. saya syukur sangat2 saya ingat Allah. Syukur ada suami yang membantu sedaya mungkin beri semangat walaupun dia pun 2kali5 macam saya blur ilmu nak jaga anak. Syukur ada ibu bapa dan mertua yang banyk bagi support n jaga saya sebaik mungkin time pantang. Saya dapat rawat depression saya secara sendiri dengan dekatkan diri pada Allah.

Namun begitu, disebabkan peer pressure zaman kini memomokkan ibu2 untuk BF lebih bagus dari bg susu formula… “post2 kawan yang nak full bf, hak anak, sunnah, sirah nabi, ayat2 quran tentang perintah Allah untuk menyusu” bertepek2 kat wall FB saya dan group ibu2 ngandung… saya nak juga breastfeed anak saya secara direct.

So, utk selesaikan masalah anak taknak Direct Feeding (DF). Saya boikot botol selama seminggu. nangis melalak nak botol saya kentalkan diri buat2 pekak tak layan tangisan anak, tonyoh puting badan kat baby… suami yang kesian tgok anak melalak taknak DF suruh bagi botol. saya keraskan hati cakap nak DF jugak. Saya fikir, kita yang bentukkan anak, bukan anak bentukkan kita. Alhamdulillah. Bila lapar dia nak juga DF. Dan stakat ini sampai skrg dah boleh DF dan botol at the same time.

Tapi… oh no.. peer pressure blum habis lagi… dah anak boleh DF. Masalah susu tak semeriah ibu2 lain yang ditontonkan di wall FB dan iklan milk booster tuh jadi diri stress balik. Diri jadi risau meliau fikir cmna nak wat supply susu utk baby lepas dah naik kerja? Tanya pengalaman akak2 workmate dan kenalan, follow FB brestfeed consultant, baca web2… mcm2 saya buat.
Minum air 3liter keatas smpai terkencing2.
Makan banyak2 yg khasiat. Okayla bab ni.
Terjebak beli milk booster jenama tuttt. Duit melayang.
Beli supplement acah2 milk booster jenama S yang popular dgn tong soya tu. Duit lagi.
Pum setiap 2-3 jam.
Hasilnya? Satu oz atau kurang sekali pam. Sebab stress kot.
Since I am a first time mummy… rasa stress sgt sebab terikat dgn benda camni. Breastfeeding jdi tak seronok bg saya… stress kerana diri ni asyik NAK IKUT trend ibu2 fully BF. Saya makin jadi murung. Jaga anak jadi satu kerja yang memenatkan.

Ini berlaku pada saya dalam tempoh 2 bulan pertama anak saya dilahirkan…

SO… apa jadi dengan saya sekarang?
Alhamdulillah. Kini saya happy dan bahagia.. kini saya dah tak kisah psl peer pressure tu dah. Sebab kini saya lebih tenang lebih happy bila saya campur BF dan formula…
Di rumah saya DF susu ibu… di luar contoh pergi ke kedai tempat public, saya berikn susu formula kerana tak mahu susahkn diri cari bilik menyusu utk susukan anak. Dan apabila di rumah pengasuh, saya tak risau nak bagi berpa byk stok susu sbb saya tambah formula jika stok susu saya hbis sewktu dlm jagaan pengasuh. Proses buat stok jadi lebih relax.

kenapa saya pilih cara ni?
Bila saya telitikan surah Al-Baqarah, ayat 233, yang selalu mummy2 sebarkan utk fully BF, Yes. Allah menyarankan ibu2 menggenapkan penyusuan anak hingga 2tahun. Tapi dalam ayat yang sama, Allah kata, Dia tidak bebani hambanya untuk menyusukan anak. Means, tak salah kalau ibu2 yang tak mampu atau tak dapat menyusukan anak bagi formula. Dont be guilty feeding your baby formula if you could not do it. At the same time, ibu2 yang ada susu tpi stress dan rasa terbeban nak nyusukan, Allah tak paksa. Itu yang saya fahami dari ayat tersebut. Mohon maaf jika saya salah tafsir. Tpi, yang saya betul2 faham dari ayat tersebut, Allah memerintahkan ibu dan ayah Jalankan tanggungjawab mereka menjaga anak semampu yang mereka boleh.

Jadi… saya terus muhasabah diri… saya nak breastfeed anak saya tpi saya taknak stress taknak rasa menyusukan anak jadi satu beban atau Benda yang susah. Saya nak rasa happy nyusukan anak tnpa fikir terlalu banyak psl stok, psl cukup tak cukup dari hari ke hari.

Orang nak cakap kebaikan fully BF. Saya masih diberi rezeki Allah untuk bagi kebaikan susu ibu pada anak saya..
Org kata bagi formula susah, anak kembung, kena pantau najis dia sihat, leceh tak bagus. Saya cakap Sama juga kalau BF ad pantang larang makan elakkan anak kembung. Leceh juga.
Dan alhamdulillah, stakat ini susu formula yang saya beri pada anak saya serasi dengan dia.

KINI, sebab saya dah tak terperuk dalam tekanan trend full BF. Saya menjadi lebih bahagia. Hasil saya pam saya nikmati dan syukuri walaupun 1oz sekali pun. Dan Alhamdulillah, semakin hari semakin meriah susu saya sebab saya masih pam secara konsisten. Waktu2 yang dulu saya melayan stress saya, saya dapat gantikan dengan masa berkualiti bersama anak comel saya. Kasih sayang bertambah mekar pada si anak kecil bila saya dapat nikmati senyuman dia. Main acah2 dengan dia. Ya Allah… syukur.

Moral of my longggg story adalah untuk first-time ibu2 macam saya yang stress, rasa bersalah tak full BF. Jangan khuatir. Sbb saya one of you.

Ambil masa lama berperang dgn diri sendiri nak lawan peer pressure trend fully BF. Saya tak kisah org nak cakap saya selfish, manja… Insya Allah, jika ada rezeki susu saya makin meriah, I’ll try full BF. But for now… i am content.

Ibu2, ummi2, mama, mummy, ma di luar sana.
Do you. Don’t do others.. pastikan diri anda gembira dulu! Kerana ibu yang bahagia, insya Allah dapat mendidik anak yang bahagia. A happy mum will have a happy baby.

Kepada IBU2 YANG FULLY BF, saya SALUTE anda semua. Keep up the good work!! Sila lakukan fully BF dengan gembira ya. Haha. Tapi, JANGANlah KECAM pula ibu2 yang mix feeding atau fully formula…

Saya akhiri confession/story saya dengan doa supaya semua ibu2 yang baca ini gembira di samping anak yang ceria dan sihat. Aamiin.

-Happy Mum-

– Happy Mum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit