Assalamualaikum. Kisah yang saya ingin kongsikan ialah sambungan dari kisah “PEGANGAN BAHARU” yang sebelum ini pernah saya kongsikan di page IIUM.
Jadi saya sudah berpindah ke rumah ibu saya, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tapi dalam kegembiraan pasti akan ada kedukaan.. Rupa- rupanya saudara mara sebelah ibu saya tidak menyukai saya bertukar agama malahan ada yang mengatakan saya tidak hormat ibu saya. Mereka cakap, saya telah lupa diri dan telah menghina agama nenek moyang kami. Saya tak sangka sampai macam ini mereka fikirkan, Salahkah saya menentukan hala tuju kehidupan saya sendiri?
Jadi Ibu saya nasihatkan buat masa ini, saya tak boleh nak melawat rumah nenek saya untuk biarkan suasana beransur pulih dahulu.. Tapi saya sangat rindukan nenek, sudah lebih 10 tahun saya tidak jumpa dia.. Tapi beberapa hari yang lepas, saudara ibu saya datang ke rumah, saya sangat gembira dengan kedatangan mereka, Tapi sebaliknya yang terjadi, bila mereka memarahi saya dan melemparkan bermacam- macam cacian.. Saya hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mampu melawan mereka dan takut dikatakan kurang ajar. Ibu pula tiada di rumah untuk membela saya.. Apa yang menyedihkan bila mereka cakap, yang saya tak boleh nak jejakkan kaki saya lagi ke rumah mereka melainkan saya kembali ke agama asal..
Dan semalam berlangsungnya perkahwinan sepupu rapat saya dan malangnya ibu saya sahaja di jemput untuk pergi ke sana. Sepupu ada menelefon dan cakap sebenarnya dia nak saya datang tapi keluarga dia tak bagi jemput saya jadi dia hanya mampu menurut..
Sejak kebelakangan ini, saya sangat tertekan dan banyak menangis seorang diri. Saya tidak mahu hubungan dengan saudara mara saya berpecah belah hanya disebabkan saya bertukar agama.. Jadi saya banyakkan beribadah dan alhamdulilah ia mampu menenangkan saya.. Nenek ada telefon dan dia bersependapat seperti ibu saya dengan menyokong apa2 sahaja keputusan saya. Katanya, kita hidup hanya sekali jadi buatlah apa- apa sahaja yang mampu memuaskan hati kita bukannya puaskan hati orang lain sebab sampai bila pun mereka takkan puas… Katanya lagi, biarpun aku sudah bertukar agama ini tidak bermaksud aku memutuskan hubungan dengan keluarga atau saudara yang lain tetapi ini perihal pilihan aku yang semua orang harus hormati. Pedulikan kata mereka, saudara mara ibarat air yang dicincang takkan putus jadi walaupun sekarang mereka menyimpan perasaan marah yang menggunung terhadap aku tapi lambat laun mereka akan terima hakikatnya bahawa aku berhak menentukan kehidupan aku sendiri.
Apa yang dapat saya simpulkan ialah untuk menjadi seorang yang beragama itu tidak senang. Jika iman senipis bawang maka sekejap sahaja akan jatuh. Jadi banyakkan beribadah untuk meningkatkan iman kita.. Dan biarpun aku sudah bertukar agama ini tidak bermaksud aku akan melupakan adat atau asal usul aku.. Kerana agama Islam turut mengajar untuk menghormati agama yang lain.. Tak perlu marah atau hina yang aku perlukan hanya hormat sahaja.. Maka dunia yang sementara ini akan aman. Dunia ini hanya satu tapi penghuninya pelbagai- bagai andai semua saling bertoleransi dan hormat menghormati, bukankah ia lebih indah?
Terima kasih… Jangan lupa berikan sedikit pendapat ya :)
– zara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit