Pegawai Awam Yang Mencipta Bahana Dalam Perkhidmatan Awam

Saya sudah berkhidmat hampir 20 tahun sebagai penjawat awam. Dari serendah-rendah jawatan bermula perkhidmatan saya boleh berbangga saya kini seorang pegawai. Saya telah bertukar lebih dari 5 Kementerian dan Agensi Kerajaan.

Apa yang saya hendak ceritakan disini adalah betapa pegawai awam (biasanya pegawai dari skim M, skim kesayangan JPA) yang suka mencorakkan suasana, peraturan ikut nafsu dan kepentingan diri. Aku tujukan kepada mereka yang terlibat, bukan semua.

Ada sahaja yang baik-baik. Tapi aku cerita sisi lain kerana bagi aku Perkhidmatan Awam cemerlang kerana wayang sahaja, kerana kredit diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya, penghargaan diberikan hanya kepada “kesayangan bos dan itu skim kita, junior”

Ketika aku di agensi kerajaan keadaan ini tidaklah terasa. Kerana agensilah yang banyak peranan dan merupakan wakil kerajaan yang terus berhubung dengan rakyat.

Aku ambil contoh JKM, JPS, JBA, JPN, JPJ, PDRM, yang mana tugas dan perkhidmatan mereka adalah langsung kepada rakyat.

Mereka bukan sahaja melaksana, tetapi mereka juga bertindak mencatur segala proses dan pelaksanaan. PTD jangan sembang la merekalah yang perah segala otak untuk draf itu ini.

Jika tidak kerana maklumat-maklumat penting dari agensi, PTD yang bersemayam dengan penuh selesa di Kementerian tak kan mampu buat apa jua draf untuk dasar!.

Agensi Kerajaan? dah la mereka melaksana dan mereka jualah data kena kumpul. Kementerian? emel last minit minta data. Emel segera minta data.

Kadang-kadang minta report ikut format, and than sampai ke tangan Kementerian, touch up tepi-tepi pastu claim hasil titik peluh sendiri.

Setelah lama aku berkhidmat dibeberapa agensi, aku mula ingin mencuba berada di Kementerian. Putrajaya, penuh dengan tersegam indah.

Lawa-lawa banggunan dan keindahan landskap. Tetapi semua itu wayang sahaja!. Ya wayang. Betapa perit dan siksanya nak parking di Putrajaya? Kompleks E yang terkenal kerana kes lori hari tu, Kompleks D, C.

Kalau nak parking, parkinglah ditempat berbayar akan penuh pada jam 8.30 pagi. ya, 8.30 parking berbayar sudah penuh. Tetapi mujur aku pegawai, jadi Kementerian sediakan aku parking.

Disitu aku pelik, bagaimana bukan pegawai? Ini jawapan mereka,”Diorang parking kat tepi-tepi ini. Kalau tak pergi parking kat tempat berbayar. Adalah sekitar RM4-8 sehari. Kalau diorang keluar ambil anak tengah hari, nasib la bayar double!” Angkuh sungguh jawapan Gred 48 tersebut.

Kalau diorang parking tepi, nasibla, kena saman atau tidak. So saya bertanya” Tak kan PPJ tak buat apa-apa?”..Tiada jawapan. Sebab? Mudah sahaja, mereka dah dapat parking, so mereka tidak ambil peduli soal yang tidak dapat parking. Aku mula berasa seram bekerja disini.

Maka bermulalah episod diktator pegawai Putrajaya. Aku cerita disebuah kementerian A ni. Kementerian tempat aku ni tidaklah semengah mana, peranan pun biasa sahaja untuk rakyat. Dengan jawatan staff pun kita boleh tahu level peranan kementerian tersebut.

Staff ramai, maka kita boleh predict memang berat peranan dan tanggungjawab kementerian tersebut. So, kementerian aku ni sekitar kurang 5 ratus staff. sikit sahaja. Itu pun dah termasuk agensi mereka. Jadi yang benar-benar di kementerian, hanya sekitar 3 ratus.

Aku lapor diri hari pertama, aku terus dihandle oleh Unit Servis. Aku dibiarkan oleh mereka dibilik bincang dengan harapan kejap lagi ada pegawai kanan PSM datang menyapa. Sama pegawaikan? jadi Pegawai Kanan Sumber Manusia sekor pun tak datang.

Aku hanya berinteraksi dengan staff sokongan. Satu hari aku bertanya, kenapa Unit Servis yang dahulu entertain saya? bukan ke Unit Perjawatan? Mukanya seperti bersalah.

Aku cuba untuk memberikanya keberanian untuk bercerita dengan aku sengaja mereka-reka cerita betapa aku pelik. Dan aku pun sengaja mereka-reka cerita tempat lamaku dahulu seperti ini. Maka bermulalah episod aku perasan betapa diktatornya pegawai-pegawai awam ini.

Staff tersebut mula buka cerita. Ceritanya bermula, apabila KPSU 48 tidak mahu membuat kerja-kerja yang dia rasa tak nak buat. Jadi disebabkan SUB 54 lebih sukakanya, maka kerja-kerja perjawatan tersebut diCAMPAK ke Servis.

Tahu tak jika kerja perjawatan di campak ke servis, maka data dan maklumat organisasi dan perjawatan akan kelam kabut dan tak update!.

Aku terkejut. Aku tanya kenapa KPSU Servis terima? Jawabnya mudah sahaja ” Barangkali dia bodek bos jugak. tapi kami la penat.

dah la penat, pandang pun tidak, terima kasih pun tidak”. Sebagai tanda terima kasih kepada staff tersebut, aku zahirkan sokongan aku kepada mereka. Aku katakan bahawa aku sokong mereka. Kemudia, bertambahlah cerita mereka lagi.

Cerita 1 : Disebabkan susunan tugas tidak mengikut carta fungsi bahagian, maka banyaklah berlaku kerja tidak siap,kerja tidak update.

Sebab? bila masuk meeting, KPSU2 ni jawab ” sedang, akan, sedang, akan”. Sedangkan kerja-kerja tersebut boleh selesai jika tugasan diberikan mengikut fail meja atau myportfolio masing-masing.

Sebab apa tidak berlaku? Boss 48/54 kalau tak minat B, maka B itu akan dibiarkan dengan dunia goyang kakinya walaupun B itu gred kanan,32/36. Siapa mangsa kena buat kerja B? owh Si A, maybe CC atau PT gred 19/22. Sebab?

Mudah sahaja, mereka ini tidak pandai melawan, jika melawan mereka pada esok akan digerakkan ke bahagian lain. Hanya kerana satu unit, habis tempiasnya kepada semua unit.

SUB tak nampakkah? SUB buta. buta dengan keselesaan bilik, sehingga sebagai SUB SUmber Manusia sendiri tak kenal anak buah.

Bertegur tidak. jadi bagaimana SUB nak uruskan manusia? memang bye, bye la..Jadi kerana itu, SUB akan memilik KPSU yang sekepala dengan dia.

Aku secara personal tidak bersetuju keadaan ini, kerana sebagai sumber manusia, orang -orangnya bermula SUB sampai kebawah perlu mempunyai karekter pengurus sumber manusia yang bagus!

Ko dah jadi HR, tapi perangai macam kera sumbang, jangan jaga HR la. Disitu aku tengok betapa HR/PSM di Kementerian itu pincang.

Pincang kerana gagal membawa karekter sebagai pengurus sumber manusia.

Cerita 2 : Aku diceritakan bahawa Kementerian ini suka gerakkan staff ikut suka. Maybe dalam setahun kalau staff tersebut jenis lembut, maka merasalah 2-3 bahagian ditempatkan. Kerana apa? Kerana dia akan menjadi mangsa “kambing hitam” untuk masalah staff sorang dua sahaja.

Atau menjadi kambing hitam masalah bahagian lain. Begitu cara HR uruskan? Ya, tidak mahu berfikir, tidak mahu selesai masalah. Jadi kambing hitamkan staff yang tidak akan melawan.

Ada pula kes, hanya kerana sorang bermasalah, HR dengan pantas buat keputusan pindahkan ke bahagian lain sahaja. swap sahaja.

Tanpa, tanpa HR selidik masalah dan sebagainya.

Kelemahan ketara yang aku lihat, kemalasan ketara yang aku lihat disini adalah Pegawai HR sini tidak buat pemerhatian, penyelidikan, inteview dengan staff untuk lebih mengenal karektar staff bagi mereka senang untuk tempatkan mereka dimana.

Mana mungkin alasan “penajawat awam perlu bersedia bila-bila masa” digunakan untuk orang lain, sedangkan untuk diri mereka sebagai pegawai HR, mereka biarkan kedudukan mereka tidak diusik di HR.

Hebatkan? pegawai dan staff lain baru 2-3 tahun di kementerian telah digerakkan berkali-kali.

Sedangkan pegawai di HR bermula SUB lebih 4/5 tahun disitu membatukan diri. Kerana apa? kerana meraka tidak mahu ke Dasar atau

Pembangunan yang membuat kerja-kerja kor business Kementerian. Kerja HR dan Pengurusan kebanyakkan dilaksanakan oleh staff sokongan sahaja. Pegawai tak ramai tak apa, sebab hampir kebanyakkan diperingkat sokongan.

Cuba tengok Hospital, beribu-ribu staff dalam satu hospital HR, Finance, Admin banyak orang kewangan. Tetapi di Kementerian aku ini, Pegawai sama banyak. Buat apa ramai-ramai? ntah lah. Nak katakan mereka buat kerja dasar, tidak. Sebab?

HR dan Pengurusan tidak akan banyak berfikir buat kerja dasar sebab dasar-dasar PSM, JPA dah buat. Follow je…Kewangan? dah ada WP.

Follow je. Admin? sama sahaja. Tetapi di Dasar dan Pembangunan, semuanya kosong. Jadi merekalah akan mula create dahulu. Jadi merekalah sebenarnya perlukan pegawai yang ramai.

Kenapa jadi begitu? Kerana bermula dari SUBK Pengurusan, SUB HR, SUB Kewangan, semuanya mereka yang tiada passion dalam bidang dan bahagian mereka. Kita selalu dimomokkan dengan Skim PTD dicipta untuk bersedia mengetuai apa sahaja bahagian.

Pong Pang Pong Pang. Malangnya di kementerian ini, mimpi sahajalah. Mereka lebih selesa bergelar PTD yang dijamin kenaikan gred pada tempoh pendek berbanding skim lain, terutama sokongan. PTD jugalah jika rasa malas nak kerja, boleh sambung belajar ikut pintu HLP.

Mudahnya mereka ini kerana skim PTD ini diberikan istimewa untuk sambung apa jua bidang. Berbanding pilihan kepada skim lain yang terhad.

Sokongan? peluang untuk sambung belajar hanya datang bertahun-tahun sekali dengan syarat yang ketat. Malah, sokongan tak boleh nak sambung hingga ke Sarjana dan PHD.

Kerana mereka sokongan. Persoalanya adakah mereka tidak layak? ya, layak…mana tahun selepas mereka sambung PHD mereka dapat kerja dan jawatan yang lebih baik. Disini aku katakan bahawa PTD ini skim kesayangan JPA termasuk aku!.

Bila engkau sebagai Pegawai dan ketua tidak ada passion mengetuai bahagian tersbut, maka engkau tidak akan bertindak dengan sepatutnya. Maybe engkau akan hanya tahu “order, order, order” Nak cepat, engkau akan jual nama KSU, KSU…

Cerita 3 : Keburukkan PSM disini bukan hanya kerana pegawai suka menempatkan staff sesuka hati, tetapi lebih kepada kepentingan diri dan dendam.

Anda perform macam mana sekalipun, melepasi KPI yang diletakkan, jika anda selalu komplen berkenaan bahagian anda sendiri (PSM) anda kena tendang keluar.

Jika anda buat kerja tidak campur, anda akan selamat dan sebenarnya anda adalah kambing hitam yang akan dilepaskan bila dah tidak berguna.

Jika anda seorang yang malas, tidak berotak tetapi kuat mengipas dan yess boss, menyokong bos, bawa cerita staff lain, tempat anda dijamin selamat selamanya dan anda dijamin akan mendapat APC!!!!..

Malah APC akan diberikan kepada orang seperti ini. Staff lain perform kuat mana pun, jika dalam sejarah pernah dapat, maka lupakanlah.

Disini aku bertambah sangat tidak setuju dengan cara PSM.

APC adalah untuk mereka cemerlang, bukan untuk mereka yang tidak pernah dapat, bukan untuk mereka yang paling kanan, senior, paling lama, tetapi adalah untuk yang paling cemerlang. cemerlang dalam perkhidmatan tahun tersebut.!!..

malangnya PSM disini pilih bulu, jika ada 2 kouta, maka 1 staff 1 pegawai walaupun pegawai tak ramai mana..mudahkan? Jadi staff-staff yang bertungkus lumus, yang buat kerja-kerja orang lain, hanya merenung nasib dan makan hati.

Mereka bukanlah tergila-gilakan APC, tetapi tujuan APC itu adalah untuk yang cemerlang. Bagi aku APC ini adalah tanda terima kasih atau bukti bos2 terima kasih atas usaha kita pada tahun tersebut.

Cerita 4 : Aku ada ceriata lebih menarik lagi.

Aku sambung bahagian lain pula. Sebelum aku akhirinya, aku nak terangkan betapa aku terpaksa menggunakan medium ini kerana di perkhidmatan awam, korang tak kan jumpa medium yang telus, adil dan selamat untuk aduan, cadangan bagi hal-hal masalah dalaman.

Percayalah, tiada. Jika ada, lebih pada dusta atau lepas tu ko dah tak selamat dah.

– PEGAWAI YANG KESIANKAN STAFF (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *