Dulu aku belajar farmasi ni dengan niat nak tolong orang. Sumpah. Niat tu masih ada sampai sekarang.
Belajar degree 4 tahun tu macam naik roller coaster. Contohnya minggu ni ada quiz, minggu depan ada presentation, minggu lagi satu nak kena hantar assignment. Tu baru satu subject. Setiap sem, average subject ada 7-8 subjects. Setiap minggu ada je benda nak kena buat.
Kalau masuk musim exam, routine harian dengan notes je. Notes punya tebal dah boleh jadi textbook. Paper plak selang 1-3 hari je. Benda nak kena hafal nauzubillah banyak. Tu belum masuk part kena hafal chemical structure lagi.
Dah masuk kerja, Alhamdulillah, dah boleh berbakti Kepada masyarakat. Rasa bangga sangat bila makcik pakcik faham bila kita terangkan pasal ubat. Lagi best kalau pakcik makcik tu siap tanya soalan. Rasa macam function sangat.
Lepasan university yang baru masuk kerja government ni kita panggil provisional registered pharmacist (PRP). Ala sama macam houseman officer (HO) doctor korang tu. Oleh kerana kita ni prp, mestilaa ada logbook, so that orang boleh evaluate kerja kita. Lagi-lagi status kontrak ni, logbook tu macam salah satu nyawa kitorang.
Logbook ni plak yang bagi markahnya adalah ketua unit dan ketua pharmacist. Bila melibatkan pemarkahan macam ni, kita boleh imagine yang setiap fasiliti kesihatan tu, pemarkahan dia berbeza.
Kalau dapat boss baik, tak kedekut markah, Alhamdulillah dapat markah tinggi. Tapi kalau dapat yang kau tak ngam, wallahualam je laa. Tapi tu ikut juga perangai, efforts, and performance kau. Kalau tunggang langgang, memang kirim salam laa kan.
Kau bayangkan ada yang balik 12 tengah malam, ada yang masuk kerja awal pukul 6am semata nak siapkan logbook. (Ni pharmacists laa ye, kalau HO lagi hardcore). Time management? Kalau aku siapkan logbook waktu office hours, siapa nak layan pesakit? Self service? Pegawai farmasi senior tak cukup.
Nak bawa kerja balik rumah? Habis tu maklumat semua nak dapat mana? Tu belum kira yang datang time weekend jugak. Ni bukan nak complaint pasal tak ikhlas buat kerja tau, kalau tak cerita, korang tak tau.
Kat sini laa timbuk isu pertama dia. Tak semua PRP diserap untuk jadi pegawai farmasi (PF) tetap. Rata rata 30% je yang dapat. Selebihnya sambung contract lagi setahun sebelum ditamatkan perkhidmatan.
Pemarkahan logbook yang tak seragam satu Malaysia. Kita boleh nampak trend dari hospital dan negeri mana yang prp dia dapat tetap. Ada yang pernah cuba bersuara, tapi hampa. Tiada hasil. Pihak persatuan sangat bagus membantu, tapi itulah. Ada satu pihak tu kata tiada peruntukan.
Kriteria untuk diserap? Masih tidak jelas. Mohon tanya kepada pihak berkaitan. Bayangkan kalau kau punya rajin bersusah payah siapkan logbook, tup tup tak diserap sebab takde peruntukan, tiada perjawatan.
Isu takde perjawatan ni lagi laa tak faham. Dorang ni taktau ke ada sesetengah klinik tu, ada sorang je staff farmasi. Penolong pegawai farmasi. Dia buat kerja semua sorang sorang.
Btw, ni bukan nak merendah rendahkan penolong pegawai farmasi ye, tapi cuba bayangkan, kita ni manusia, tak pernah tak buat silap. Kalau tetiba abang penolong pegawai farmasi tu terbagi salah ubat, haa camne? Kalau ubat simple simple tak membahayakan nyawa takpe, kalau ubat yang membahayakan nyawa? Macam mana?
Kerja dekat hospital ni plak, orang kata kerja yang tak tidur. 24 jam sehari. Farmasi pun sama. Beroperasi 24 jam. Tapi tak semua hospital. Ada yang tak beroperasi 24 jam sebab tak cukup staff. Takkan hari hari orang tu nak kerja 24 jam kan. Dia bukannya robot. Kalau yang tak beroperasi 24 jam tu, dia beroperasi sampai pukul 5pm ataupun 10pm.
Beban kerja jangan cakap. Banyak. Tak cukup tangan. PRP dengan PF kontrak ni laa yang selalunya meringankan beban kerja ni. Kalau tak, semput laa nak capai kpi tiap tiap bulan. Pharmacists punya oncall tak dapat duit tau, kitorang dapat claim time off je. So, jangan laa berangan kerja pharmacists ni kaya boleh pakai honda city baru.
PF kontrak dengan PRP ni tulang belakang PF tetap tau. Kalau kitorang takde, lumpuh dorang nak buat kerja. Pharmacists ni kita punya suara tak kuat. Orang tak pandang serious dekat kita. Sebab tu, kita kena bersatu, bersuara.
Kita dah ada channel kita, MPS, Malaysian Pharmaceutical Society. Reach out to them. They can help us. They need more numbers. More people to voice out. So that we can be heard. Bukannya nak promote MPS ke apa, tapi berterima kasih sangat dengan pihak persatuan yang nonstop cuba membantu kita.
Dengan mewujudkan perjawatan baru, takkan menyelesaikan masalah ni kalau tak settlekan dari pangkal. And we need more permanent pharmacists.
Alhamdulillah, so far masih bersyukur dapat berkhidmat dalam kerajaan walaupun sebagai PF kontrak.
Happy jugak sebab masih lagi dapat tolong pakcik makcik cuba ambil ubat dengan cara yang betul walaupun berbuih mulut duk ajar tiap kali datang. Lagi happy bila pakcik makcik datang kata lepas ajar cara makan/pakai ubat, gula dah turun, asma dah kurang, sakit dah kurang.
#Farmasis yang tersakiti tapi masih happy.
– Farmasis Capuk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit