Hai. Kalau baca tajuk tahulah aku pelatih. Orang panggil pegawai ni officer. Pelatih ni sama pangkat dengan officer jugak tapi sebelum jadi officer, kena training kasi hebat macam pegawai lah kiranya. Memang kelayakan degree lah. Sama je pangkat dengan pegawai, gaji pun tak ada lah beza banyak mana dengan pegawai yang baru bertahun jadi pegawai. Tapi nak cakap beza pelatih dengan pegawai tu macam kuli dengan bos kot. Betul dak?
Ni sebagai pelatih yang tak puas hati dengan pegawai ni nak cerita. Antaranya:-
1) Training
Pegawai ni aku tak tahulah dia memang masalah ke apa. Dia yang sepatutnya bagi training betul2 kat kita tapi dia macam nak tak nak je mengajar kita. Katanya, eh dulu masa zaman student bukan ke belajar? Benda kecik pun tak kan tak tahu. Wahai pegawai, memang semua benda ke kita boleh ingat. Belajar teori tak sama dengan kerja. Walaupun masa student dulu ada praktikal, tapi praktikal pun bukan kerja2 officer pun kita buat, semua kerja kuli.
Kadang setakat photostat kertas je kerja masa praktikal. Tolonglah. Bila jadi pegawai tu jangan nak sombong sangat merendah2kan orang. Sampai satu tahap boleh jadi sangat stress. Awak tu pegawai dah biasa dengan kerja tu bertahun2 kerja bolehlah adapt dengan surrounding kerja. Kita baru 3 hari buat kerja tu dia nak marah sampai cakap kita ni sangatlah annoying tak reti buat kerja? Kenot brain.
2) Suka membandingkan zaman
Tolonglah zaman kerja tak sama zaman study dulu. Zaman awak training wahai pegawai tak sama dengan zaman kami training jadi pelatih sekarang. “Syllabus” dah jauh beza. Requirement masa zaman awak tak sama dengan requirement masa zaman kita. Boleh jadi masa awak tu awak terus dilantik tetap tu yang masa training awak agak tough, masa zaman kita ni kena tengok performance dulu baru boleh diterima tetap. So jangan nak acah macam awak lah yang kena tetapkan training tu macam mana. Awak tu pegawai kena jadi trainer bukan berlagak nak jadi orang atasan nak ubah2 dan bandingkan zaman awak dengan zaman kami.
3) Makan
Pegawai ni jadi pegawai diorang boleh makan sesuka hati. Belum waktu lunch pun tapi breakfast boleh makan. Lunch pulak awal pegawai2 ni. Konon nak pergi drive kedai depan pejabat. Kita yang pelatih ni tengok je lah mampu. Dah lah rehat lambat sikit daripada diorang, diorang boleh pulak keluar awal. Tak pe, maybe masa aku jadi pegawai aku pun boleh makan sesuka hati aku kot? (sarcasm) Tak pe tak kisah pun pasal makan. Yang sakit hati semua kerja nak bagi kita, dia sibuk pergi makan. Mana attitude? Ni ke attitude so-called officer yang orang bangga2kan? Dah makan tak reti nak kemas.
4) Kerja-kerja remeh
Jadi pelatih ni memang semua kerja kuli kena buat. Padahal rasanya tu kerja2 pegawai kot. Pegawai bagi alasan alaaa nanti korang jadi pegawai korang kena buat tau benda ni. Eleh. Pengalaman kerja katakan. Alahai. Kami pelatih ada requirement sendiri, jadi kerja2 pegawai yang simple2 perlu ke bagi kat kami? Boleh bagi, tapi silalah berpada2 jangan bagi 100% seolah-olah memang kami punya kerja. Kalau nak bagi 100% jugak kat kami, ajarlah. Tak ajar nak membebel tak pandai buat. Salah buat, marah. Paling geram bila pegawai marah benda yang kita memang tak tahu. Dah lah tak bagi due date. Bila ditanya, bagi je bila2. Bila lambat hantar, marah. Eh awak ni apa sebenarnya pegawai?
5) Cuti
Oh susah gila nak apply cuti. Apa2 kena utamakan pegawai dulu. Even raya pun tak boleh cuti. Pegawai sedap je cuti panjang. Tak tahulah bila nak applicable cutinya padahal cuti annual leave dalam 20 hari macam tu. Cuti sakit pulak kena tolak annual leave. Mana keadilan pasal cuti ni? Kami ni pelatih memang ditakdirkan bekerja sepanjang masa ke? Alasan yang cliche, “ni tengah rotation awak. Awak kena habiskan requirement ikut department pada date2 sekalian” Dah tu apa guna org atasan ambil kami sebagai pelatih dan diterangkan dalam perjanjian adanya cuti annual leave? Bertimbanglah rasa sikit jadi pegawai. Tak kan lah sampai nak apply utk cuti adik sendiri kahwin pun tak dapat? Selfish kot.
Mesti ramai kecam cakap eh kau pelatih je pun. Baru setahun jagung ada hati nak condemn pasal officer. Layak sangat ke? Erm ni kalau aku report kat bos ni rasanya diorang jugak mati kutu nak bagi jawapan apa. Dah nama pun pelatih perlulah dilatih. Guna alasan “ehh come on lah pelatih, awak kena proaktif” Ah bosan aku dengar alasan proaktif neh. Kadang2 jadi proaktif pun still attitude pegawai ke situ jugak.
#diclaimer: tak ditujukan pada semua pegawai, ada je pegawai yang memang betul2 baik ikhlas mengajar & sangat supportive. Pegawai macam ni memang selalu buat aku terinspirasi. Percayalah, pegawai2 macam ni pelatih akan ingat sampai bila2 dan selalu doa2kan baik2 untuk diorang. Pegawai yang jenis zero punya attitude tahu nak marah je tu lah banyak pelatih mengumpat dan tak suka. Yang aku perasan pegawai macam tu lah tak membangun2 macam tu je tak ke mana pun. Pegawai2 yang baik2 yang tu lah aku nampak rezeki diorang bertambah, peluang kerja makin up, orang2 sekeliling pun sayang. See? Idola gila. Serius.
– Pelatih (Cik Kepoci)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit