Pejuang Depresi

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Saya seorang perempuan dan seorang bekas pelajar yang baru graduate bulan 10 tahun lepas 2019.

JANGAN HINA ORANG YANG DEPRESS.

Saya nak cerita sikit tentang saya yang menghidap penyakit Major Depressive Disorder, Borderline Personality Disorder, Dan Bipolar. Alhamdulillah Allah beri nikmat merasa ujian ini. Sudah setahun saya dapatkan rawatan di sebuah Hospital Kerajaan.

Sekarang saya masih dalam rawatan dengan Doktor Pakar. Sebab keadaan saya masih belum stable. Sudah setahun dapatkan rawatan tapi hati masih MAHU INGIN MATI. Dalam setahun saya dapatkan rawatan, sudah lebih 20 jenis ubat yang saya makan. Atas sebab, side effects yang sangat teruk yang saya dapat.

Setiap kali side effect rolling eye ballsn(macam kena sawan) mesti saya akan tolak masuk yellow zone. Sebab taktahan sangat terpaksa pergi emergency. Saya dah jadi macam bahan uji kaji dengan ubat. Tapi saya tak give up. Saya masih teruskan rawatan sebab saya nak sihat.

Pada mula saya tahu saya ada depression, saya tak boleh tidur hampir 2 bulan. memang langsung takboleh tidur. Hari hari saya akan menangi. Fikiran saya jadi kusut, hari hari fikir mahu mati. Hampir dua bulan saya lalui ini semua.

Semenjak dari itu, saya toreh tangan, saya overdose ubat dan sebagainya. Simptom simptom ini sudah ada masa saya zamann belajar lagi. Tapi masih boleh kawal, masa study pula dapat tahu mak dapat kanser. Lagi lah down teruk.

Masa tu saya jadi seorang yang pendiam, walhal sebelum ni saya jenis happy go lucky, tiba tiba saya jadi penakut, masa nak present depan lecturer jadi takut, sampai rasa kawan kawan tengah mengata aku.

Maka, disebabkan saya taktahan, penat otak sebab tak tidur malam, saya pergi ke satu klinik swasta, hanya mahu minta ubat tidur, dari situ Doktor tanya kenapa nak ubat tidur apa semua. Dan saya cerita semuanya dari A sampai Z. Maka doktor terus buat referrel letter ke klinik pakar psikiatri di sebuah hospital.

Keadaan demi keadaan yang makin teruk, saya telan PCM dua papan sebab hallucination in my mind yang sangat kuat. Dan keesokkan harinya saya appointment doktor untuk pertama kali, maka doktor tanya dari awal sampai habis. Hampir 3 jam duduk dengan doktor. Memang tak mampu nak sorok.

Sebab banyak sangat menda yang saya dah pendam. Akhirnya untuk pertama kali jumpa psikiatri saya kena tahan di ward. MashaAllah masa tu tak pernah terdetik pon yang aku akan duduk hospital. Yela first time kot seumur hidup krna duduk ward.

Semenjak dari itu, saya masih dalam diri seorang depresi, makan ubat untuk kawal. Tapi saya masih sama. Saya stress masa tu sebab tengah intern. Broken jadi kemurungan sebab tengah intern. 2019 tahun yang setiap bulan saya duduk ward sebab overdose ubat. Pada masatu nasib baik saya pergi ke emergency sebab overdose panadol.

Masa tu doktor cakap liver saya boleh rosak. Luluhnya hati masa tu. Nasib baik cepat cepat saya pergi emergency. Dan masuk ubat pakai mesin. Hampir seminggu sebab nak monitor liver. Sebab terlampau high masatu. Masatu fikir kenapa aku tak mati je. Jahatkan? Setiap hari aku doa moga Allah jauhkan semua menda menda yang tak elok tu.

Kalau buat yang tanya, kau tak solat ke? Jujur saya cakap, saya takpernah tinggal solat, hari hari merintih doa kat Allah. Moga Allah jaga aku. Jauhkan aku dari segala penyakit. Tapi Allah tetap nak uji. Orang yang depresi bukan sebab iman dia lemah, bukan sebab dia tak solat.

Selalu orang remehkan pasal ni kan? Saya tak pernah bunyi. Saya diam. Sebab kamu semua tak rasa kan menda ni? Depresi ialah penyakit, penyakit yang boleh dirawat. Kalau tak takde la doktor psikiatri, takde la klinik psikiatri kan?

Sebab kenapa saya overdose? Bukan saja saja. Saya ada hallucination dan delusional. Maka sangat susah nak kawal, tiba tiba dia datang. Dengan suara yang entah dari mana. Mood saya yang sentiasa berubah ubah. Sekarangg happy, 5 minit kemudian saya akan sedih sampai rasa nak bunuh diri. Suicide datang dengan tiba tiba. Alhamdulillah sekarang dah 148 day clean dari sebarang torehan.

Ye sekarang masih berehat dirumah, masih belum bekerja, orang kata duduk rumah pon nak stress lagi? Bukan buat apa pon. Susah orang nak faham, sebab otak dan fikiran pesakit macam kami ni susah nak kawal.

Alhamdulillah, saya juga dapat doktor yamg sangat baik dan memahami. Saya dah lalui dua hospital. Dua dua hospital doktor dan nurse baik baik.takpernah judge kami pesakit depresi. Selalu bagi nasihat.

Doakan saya sihat kembali macam orang lain ya? Appointment saya masih lagi 2 minggu sekali sebab tak stable. Huhu. Bukan tak stable. Cuma fikiran saya yang masih ada keinginan untuk mati. Buat pesakit depresi diluar sana, jangan mengalah, teruskan makan ubat, ikut nasihat doktor

. Banyak lagi sebenarnya nak cerita kisah saya, kehidupan saya masa 2019 dulu dengan nak hadap ujian depresi ni. Tapi takpelah setakat ni dulu, nanti ada masa saya sambung part 2. Nanti takde orang baca pula panjang panjang kan. Huhu.

Jangan pernah pertikaikan pesakit depresi, buat yang membaca nota ini, mohon doa untuk saya kembali sihat macam sebelum sebelum ni ya.

Salam sayang,

Pejuang depresi

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *