Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah… (intro)
Dulu cita2 nak jadi blogger nak share stories, pengalaman & luahan perasaan tanpa orang kenal tapi tak kesampaian. So, kita luah dekat sini jer lahh
Nama Nur (bukan nama sebenar). Alhamdulillah dikurniakan suami dan keluarga mertua yang baik. Aku dah berkahwin hampir 6 tahun tapi belum dikurniakan zuriat lagi.
Mungkin perjuangan aku tak seberat orang lain yang dah berbelas tahun berjuang dengan sabar.
Aku dah pernah buat ujian kesuburan; period aku teratur cuma amh aku rendah maksudnya reserve telur berkurangan walhal aku baru awal 30an.
Perubatan moden (IUI), kampung semua dah cuba tapi belum rezeki. Tak pernah lekat langsung. Belum terfikir untuk IVF lagi, mungkin satu masa nanti masih lagi menabung.
Pada awal perkahwinan aku tak fikir sangat mengenai zuriat tapi setelah tahun demi tahun, bila adik2 dan kawan2 yang baru kahwin begitu mudah pregnant dan mempunyai anak.
Contoh terdekat adik aku, dia baru kahwin hujung 2022 dan rezeki bunting pelamin.
Anak baru setahun dah rezeki mengandung lagi awal bulan ni tapi family mintak rahsiakan dari pengetahuan aku sebab takut aku terasa.
Bila aku dapat tahu, aku pura2 okay. Walhal dekat bilik air, kemain meraung menangis. Siapa aku, untuk menidakkan rezeki orang.
Ramai kawan2 yang dah beranak pinak, tapi aku cuba menjauhkan diri. Ya, mungkin cemburu, tapi lebih kepada menjaga hati sendiri.
Harini aku datang bulan lagi..
*Insert lagu Ghea Indrawari – teramini*
*Laju mencurah air mata aku.
Tuhan benarkah kau mendengarku
Ke mana pergi doa-doaku
Ingin menyerah
Namun hati kecilku terus berbisik
Bertahanlah
Ingat kau sudah sampai sejauh ini
Rela relakanlah
Yang bukan untukmu bukanlah untukmu
Tenang tenangkanlah
Yang harus terjadi pastilah terjadi
Mungkin belum saatnya
Bahkan selepas badai terbitlah pelangi
Akan tiba masanya
Segala yang kau ingini akan teramini
— habis lagu —
Sampai terdetik nak suruh husband kahwin lain tapi tak rela.
Aku siap pernah berdoa terlintas mintak Allah bagi aku rasai nikmat mengandung walau untuk seketika hanya dalam mimpi..
Nikmat nak merasai membawa malaikat kecil dalam perut walaupun kandungan tak kuat dan keguguran. *drama sangat kan doa aku.
Itu sahaja coretan aku. Semoga ada sinar untuk kita wanita yang senasib dengan aku.
Semoga semua pejuang garis dua diberi kekuatan & kesabaran dalam berjuang! Aamiin.
– Pejuang garis dua (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam Confessor.
1st of all, you don’t think too much. Ya, I truly gets it that everyone that in their marriage are sensitive about children issue. We’re easy to be triggered especially to those who are on TTC journey. You have to calm down. Actually 6 years of marriage is kinda new to me. There’s a lot ups and downs you haven’t facing yet.
Like you just mentioned that your in-laws are pretty cool about it. Then it’s good. Sometimes pretending and act nonchalantly are much more helpful to you as be a positive ever. The only think you have constantly aware is about your husband.
You can talk to him in times about how his feelings towards children. And comprehend his reaction. Never afraid to be childless but be appreciative and kind to your humble self. You’re not baby machine. You’re human being that your rezeki dah diatur baik oleh Allah SWT.
Hi Sis,
I been there before, maybe tak terlalu lama tempohnya berbanding sis tapi I pernah rasa indahnya ujian Allah untuk dapatkan seorang anak. 2 kali of misscarriage, kali ketiga baru lahirnya anak yang ditunggu tunggu. Sis banyakkan doa, jangan putus berdoa ! Ambil peluang berdoa di setiap waktu yang mustajab doanya. Doa dan terus doa, percayalah suatu saat Allah pasti hadirkan pelangi indah. Orang yang tak pernah duduk in our shoes, never felt what we have been through, tapi percayalah ujian Allah ni indah sangat, percaya pada Allah !