Pejuang Yang Sakit

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Terima Kasih IIUMC siarkan luahan ni.. Nama aku Zul (Bukan nama sebenar) Harap pembaca sihat semuanya.

Tujuan aku menulis ni sebab nak meluahkan sebuah kisah, yang pada mulanya memang aku dah expect akan menyedihkan, tapi rupanya sesuatu yang lagi teruk, yang tak aku sangkakan.. dan dengan rendah dirinya, harap korang sudi baca sampai habis, (sebab panjang sangat, jangan tertidur okay?) dan minta pandangan dan nasihat korang semua.

Kisahnya begini, aku kenal seorang perempuan ni namanya Nisa (Bukan Nama Sebenar) lebih kurang setahun, kami kenal dalam game online je. Nisa ni single, pernah bercinta sebelum ni masa zaman study tapi tersungkur di tengah jalan sebab Ex Bf nya dulu curang. Jadi, agak lama juga dia dah single.

Lama kelamaan, bila selalu spend time main game dengan dia, borak2 guna in game voicechat, aku jadi suka. Aku tahu aku mula suka sebab, memang rasa tak kena kalau tak dapat main dengan dia dalam sehari tu, nak berbual dengan dia. Walaupun aku just bahasakan diri “Aku Kau”, sebab aku bukan jenis sweet-sweet dengan perempuan. Tapi tu lah, makin aku kenal dia, makin aku suka pulak dah.

Dia ni orangnya baik, tak berapa bercampur dengan orang didunia yang betul, even masa mula2 kenal main game dulu susah betul dia nak On Mic, sampai aku minta dia guna isyarat badan untuk jawab, itu pun jawapan berbunyi Yes or No je boleh buat hahaha..

Dia ni juga suka dahulukan orang lain, selalu beralah, dan sentiasa jaga hati orang, walaupun sampai terpaksa menipu. Aku jugak tahu serba sikit background dia macam tinggal di mana, suka kucing, sosmed, education, kerja, kuih kegemaran (Sebab bila in game selalu dengar dia kunyah something, itulah kuihnya)

So, hati aku ni makin hari makin tak boleh nak bawak bincang lagi rasa suka kat dia. Sampai satu tahap, dia pernah cerita dia tak mengunyah dah sebab stok kuih favorite dia habis kat rumah, gagah pulak aku cari kuih tu beli konon-konon nak pos kat dia. Rupanya tak sesuai untuk di pos.

Ye, aku dan dia jauh. Aku jauh di Utara dan dia jauh nun di Selatan Malaysia. So kuih tu sebekas aku terpaksa makan sorang sebab takde siapa nak makan, takut expired. Takdelah suka sangat tapi sedaplah jugak.

So ada sekali tu, aku ada trip jalan2 dengan family aku, kebetulan nak ke Selatan sana, tempat si Nisa ni tinggal. Jadi aku plan, beli lagi sebekas kuih favorite dia tu, dan aku nyatakan hasrat aku nak ajak jumpa dia, nak bagi kuih, lepak minum borak2 apa semua. Mula2 dia macam berat hati, macam taknak jumpa pun ada, yelah sapa tak takut, bukannya dia kenal sangat aku ni tiba2 ajak jumpa kan..

Last2, walaupun aku dan family tetap ke selatan sana, tapi tempat yang dirancang nak pergi ni tak jadi pergi pulak, ada perkara yang tak dapat dielakkan. Kalau kira plan asal, jarak nak jumpa tu agak dekat, dalam setengah jam perjalanan je, tapi bila plan dah berubah, dah jadi hampir dua jam perjalanan kalau aku nak pergi jumpa dia.

So once again, terpaksa aku batalkan niat aku dan mengunyahlah aku sekali lagi pelan2 menghabiskan kuih tu, sampai hairan mak aku “Sejak bila hang suka makan kuih ni? Sampai ke sini bawaknya” Adeh, aku memang tak cerita apa2 kat mak aku lagi time tu heheh.

Disebabkan terlalu frust tak dapat jumpa (Mungkin Nisa tu okay je kalau tak jumpa aku pun HAHAHA) aku decide untuk confess pada dia melalui teks wassap saja.

Yup, dia memang dah bagitahu awal masa mula kenal, yang dia jenis tak jawab call, lagi2 lelaki. Okay lah tu, dapat wassap pun jadi lah, dah syukur dah tu. So pada malam tu, hari terakhir tahun 2019. (31 Disember 2019) Aku pun mengarang mesej confession aku pada dia. Dan terus aku send. Ha.. ha.. ha…

Lepas tu kau tau? Dia tak respond langsung malah cuba mengelak dari aku hampir dekat dua minggu… (T_T) Tapi tak apalah, walaupun tak dapat kata putus. Aku faham2 sendiri je lah yang dia tak terima. So lama kelamaan kami pun normal balik, main game sama2.

Aku ni jangan cerita lah, memang lah masih sayang kat dia. Aku pernah belikan dia In Game Purchase harga nak dekat RM100 sebab tengok dia macam teringin nak beli Pass dalam game tu, dia memang dah plan nak minta tolong aku belikan dah sebenarnya sebab dia tak reti, tapi aku decide untuk hadiahkan je.

Dia terkejut tiba2 masuk dalam acc game dia, dia nak bayar balik aku kata takpe, anggap je hadiah. Kalau main sama, aku selalu tolong dia completekan weekly mission utk dapatkan reward (Siapa main mobile games dia tahu la).

Bukan sebab nak pancing ke apa belikan dia point tu, mmg ikhlas aku bagi sebab tengok dia macam teringin benau. Yelah dah sayang kan, kalau boleh nak bagi segalanya hahaha adui.

Dan, pernah sekali time birthday dia (27/3/2020) aku decide untuk hadiahkan dia sesuatu, aku nak hadiahkan lukisan wajah dia. (Yep aku ada buat part-time melukis potret, keje hakiki aku kontrak sambilan gov je, so dapat la tambah sikit2).

Aku minta izin untuk lukis gambar wajahnya as hadiah harijadi, dia setuju, aku minta gambarnya sebab aku takde gambar dia yang jelas. So dia pun send gambar, masa tu terujanya aku.. Sebab first time dapat tengok gambar dia dengan jelas, cukup sifat gambarnya.

Sebab semua gambar dia sebelum ni kat IG di kaburkan wajah, gambar dari jauh pulak tak nampak bentuk muka pun, kabur. Tapi kali ni jelas, Ya Allah cantiknya Nisa ni….. (Sebenarnya biasa je, aku yang lebih2 HAHA) Tapi serius2, dimata aku, memang dia cukup cantik.. Masa melukis tu, tak dapat bayangkan betapa berbunga nya hati aku, seronok melukis setiap bahagian wajah dia, rasa bahagia…

So itulah dia, disebabkan batasan jarak yang jauh, aku cuma mampu bagi benda2 tak berfaedah macam point game, selalu tolong buat mission, pernah tolong dia dapatkan acc game yang kena hack, dan macam2 nasihat pasal hidup sebab ada sekali tu.

Dia pernah kena Verbal Sexual Harassment masa in game dengan player random lelaki, tapi dia terlalu innocent untuk sedar, dah kemudian2 dia musykil baru dia tanya aku… Maybe sesuatu yang elok sikit aku boleh bagi dia cumalah lukisan birthday dia tu je..

Adalah dalam tempoh setahun aku kenal tu, si Nisa ni juga ada kenal kawan baru dalam game, namanya Ilham (Bukan nama sebenar) diorang kenal lebih kurang 7, 8 bulan macam tu.. Kira aku lagi lamalah.

Pada awalnya macam takde apa sangat. Tapi dari awal tu memang aku dengan Ilham ni tak berapa ngam, pernah main sama pun dua kali je, ada sekali tu aku dapat tahu yang dia ada mengata aku belakang2 sebab Nisa selalu main dengan aku.. Nisa sendiri cerita.

Masa tu Nisa masih rapat dengan aku and berkongsi segala perihal pasal Ilham ni. Dan pernah sekali aku buat fake acc guna nama perempuan, bersekongkol dengan Nisa lah ni kiranya, sebab nak dengar juga kot2 dia ada mengumpat aku..

Sebab bila dah pakai acc fake nama gegurl, baru la boleh diterima masuk Team Nisa dan Ilham ni, kalau nama lelaki yang request nak masuk, harammm di approve nya. Dapat dengar la gaya berbual tu bunyi sweet2 dengan Nisa, dengan aku yang guna acc fake perempuan ni pun nak sweet-sweet jugak. Ada jugak sesekali sebut nama aku, mengumpat. Sabar je lah. Itu cerita lama.

And baru2 ni dalam dua bulan lepas gitu, Nisa ni ada cerita kat aku yang Ilham pernah terjumpa dan tegur dia, tempat kerja mereka dekat rupanya.. Inilah petanda awal untuk segalanya, masa mula2 dengar aku dah rasa tak sedap hati..

So masa berlalu, lama kelamaan, aku rasa Nisa macam makin jauh dengan aku. Dia selalu main dengan Ilham. Kadang2 bila Ilham dan aku Online serentak, aku tekan invite pada Nisa berulang kali, Ilham akan dipilih oleh Nisa berbanding aku.

Kemudian bermacam alasannya Nisa bagi, kadang2 dibiarkan saja aku idle sorang2. Aku rasa dah berbelas kali touching pasal ni. Yet, aku masih sukakan Nisa. Sampai lah satu hari ni, aku tanya Nisa..

“Sorry aku tanya, kau ada apa-apa ke dengan Ilham tu..?”

Dia menjawab yang dia tak boleh beritahu aku. Bayangkan je lah apa aku rasa time tu. Aku ni yang dah lama simpan perasaan kat dia, tiba2 dia jawab macam tu.. Dia tambah lagi, katanya dia takut nak cerita. Takut aku fikir dia jahat.

I was like, aik? Apasal pulak ni. Mula lah aku gelisah, macam2 aku fikir dalam kepala, terlanjur ke apa dia ni, takkan la kot.. Macam2 fikir sampai sedih, sakit kepala..Tapi aku cuba tenang, aku tanya kenapa, mengapa, pujuk untuk dia cerita.. dan alang2 tu macam perfect timing, aku minta dia respond terhadap confession aku 31 Disember 2019 yang lepas..

At last dia akur. Bermula dengan jawapan dia kpada confession aku, dia jawab dia accept aku sebagai kawan je (Which is expected (ToT) ) Kemudian, dia cerita yang semenjak Ilham jumpa dia kali pertama tu, diorang ni selalu berjumpa lagi lepas tu.

Ilham selalu belikan dia makanan, selalu tolong dia kalau kereta tiba2 problem, sesat tengah bandar. Nisa pun selalu follow Ilham ke mana2. Katanya, dia suka juga la dengan Ilham ni sebab selalu ada untuk dia, baik dengan dia..

Aku dah expect jawapan macam ni, selepas baca mesej balas dari Nisa, sedar tak sedar, hati aku dah rasa sayu… Dalam hati berkata… “Rupanya memang betul dia sukakan Ilham, no wonder. Ilham dekat dengan dia, aku jauh, apa boleh buat..” Tiba2 Nisa tambah lagi..

“Tapi ada benda yang aku tak boleh bagitahu kau Zul, aku takut nak bagitahu, takut kau anggap aku jahat and taknak kawan dengan aku lagi”

Terus aku tergamam…. Tapi aku fikir, perempuan kalau dah sampai teasing perkara macam ni, maksudnya dia nak bagitahu kita. Sebab, what’s the point bagitahu benda2 teaser ni kalau kau taknak cerita kan?

So aku pujuk minta dia cerita, aku yakinkan dia yang aku takkan anggap dia jahat.. Then dia setuju.. Dia minta aku dgr sampai sini je ceritanya, tak bagi aku lepaskan ke tempat lain. Masa ni aku tak fikir panjang dah, aku terus setuju..

Dan dia pun mula bercerita.. TERKEDU.. . rupanya Ilham ni suami orang, dah ada isteri, dan dah ada anak!! Perasaan sedih aku tadi mula diselubungi aura2 api kemarahan.. tapi aku tahan.. aku cuba bersikap rasional.. aku tanya lagi kenapa begitu, kenapa begini..

Katanya, mula2 dia kenal Ilham dia tak syak apa2 langsung sebab tengokkan Ilham ni macam orang muda, kurus-kurus (Aku tahulah aku nampak berumur sikit, badan tak berapa nak kuruss (T.T)… )

Tapi dah lama tu, baru si Ilham ni beritahu Nisa yang dia dah ada isteri, ada anak… Nisa agak terkejut.. Aku tanya pada Nisa, kenapa layan dia kalau dah tahu dia laki orang.. Bila dengar jawapannya, geram jugak aku dengan Nisa ni..

Katanya sebab isteri Ilham tu sibuk.. Jarang ada masa dengan dia, kerja Gov pangkat besar juga..
Katanya lagi, dia ada cuba jarakkan diri dengan Ilham, cuba blok Ilham lepas dapat tahu, tapi ada pulak alasannya kenapa tak boleh blok.. Itu ini bla3 alasannya.. (alasan tak munasabah bagi aku) dan last alasan dia bagi sebab Ilham call dia sampai 5,6 kali sehari.. Seriously, kalau Nisa blok dia awal2 kan dah settle masalah… (-_-)

Aku mula naik hangin, tapi masih pendam.. aku tanya lagi, “Kalau dah tahu nak jarakkan diri sebab dia laki orang, bapak orang, kenapa kau masih jawab call dia??..”

Nisa macam terkedu, katanya dia takda jawapan untuk soalan tu. Aku faham, dia malu nak mengaku sesuatu, lalu aku tanya lagi “Kau ada perasaan kat dia?” dan dengan itu, baru Nisa mengaku.. Dia sayang kat Ilham..

Nisa tambah lagi, selepas Ilham ceritakan semua ni, Ilham minta untuk dia terus bersama. Dan Nisa kata, takpelah, dia decide untuk teruskan je dengan Ilham, sebab hati dah sayang..

Dalam hati aku berkata, “berkias-kias pulak dah dia ni..” Then terus aku tanya, “Apa maksud kau teruskan semua ni? Korang tengah bercinta?..”

Nisa mengaku lagi, mengiyakan soalan aku. Penat aku semua nak kena tanya. Penat, sedih, marah.. Meluap2 darah aku mendidih masa tu tapi aku cuba tahan. Marah betul dengan Ilham… Allah je yang tahu apa aku rasa waktu tu.. betapa kecewa dan sakitnya hati aku..

Last conversation, Nisa minta aku janji dengan dia supaya tak mesej Ilham marah2 (Sebab Ilham ada dalam friendlist game aku).. Aku berjanji, tapi dalam masa yang sama macam2 aku nasihat dia on that specific time jugak..

Aku faham Nisa takut, dia cuma cerita kat aku je perkara ni. Takde sapa manusia dalam dunia ni tahu cerita ni kecuali aku.. So aku berjanji dengan dia yang aku takkan mesej Ilham marah2, sebab aku taknak dia gelisah time tu… (Which, ini adalah satu janji yang paling bangang aku penah buat)..

Maybe aku terlalu baik on that time, berjanji buta. Sebab aku kesian pada Nisa, walaupun dia salah juga, tapi bukanlah 100% salah tu kat dia, dia seperti dipergunakan dan dipermainkan perasaan.. Aku lebih menyalahkan Ilham yang ambil kesempatan dengan kelemahan perempuan..

Yelah, kau laki orang kot.. kalau dah tahap ngorat anak gadis lain, bercinta bagai.. Isteri pulak tak tahu apa, sama2 bekerja cari rezki jugak sebab nak bantu suami tampung pendapatan untuk sara kehidupan, nak bagi anak2 makan dan membesar.. Ishhh aku tak boleh la weiii, kesian kot kat isteri dia. Bayangkan kalau isteri dia tahu, tak ke hancur hatinya??…

Yang si Nisa pulak, dah tahu, hati dah pernah dijentik Allah untuk blok Ilham, tapi kalah dengan perasaan sendiri. Bila jadi macam ni, bukan ke itu dah di anggap sebagai skandal suami orang? Perempuan Simpanan?..

Aku tak sanggup dan taknak tengok Nisa macam tu.. Aku sedih.. Dia sendiri mengaku apa yang dia dengan Ilham buat tu salah.. Rasa bersalah dengan isteri dia.. Dia mengaku kepala dia berat fikir semua ni.. D

ia sendiri buntu, taktahu macam mana nak selesaikan benda ni sebab dah kalah dengan perasaan sayang.. katanya lagi, dia akan cuba fikir yang lebih baik lagi untuk diri dia, tapi take time.. (walaupun aku tak berapa setuju dengan perkataan “Cuba” dan “Take Time” tu) Aku iyakan je.. Sebab jauh dalam lubuk hati, aku faham juga apa yang Nisa rasa.. Kadang2 aku takut dia terlalu lambat bertindak.. Aku takut laki2 macam Ilham ni mula2 je sweet, belikan makanan, caring.

Lama2 bila dah selalu keluar sama, takut tangan dah pandai menjalar sana sini, lepas tu minta buat benda bukan2, alasan sebab dah lama tak manja2 dengan bini.. Yelah, nak expect apa lagi kan? Dah laki orang, bini sendiri pun diabaikan, tak mustahil dia nak puaskan nafsu dengan perempuan lain…

Tipulah kalau setakat nak isi kesunyian je, bullshit…. I can’t help to stop thinking like that.. Allah, aku paling takut benda ni jadi kat Nisa… Sebab aku tahu, laki dan perempuan mana yang takde nafsu? Lagi2 kalau tengah hangat bercinta.. Semoga Allah lindungi dia, dan kuatkan Iman dia…….

Aku ada mention kat Nisa yang aku main game ni sebab game ni salah satu medium yang dapat hubungkan aku dengan dia, aku masih main sebab dia.. Tapi after all of this happened, aku rasa macam takde sebab untuk main game ni lagi.

Yelah kalau on pun nanti nampak dia main dengan Ilham, buat sakit hati aku, kalau main dengan Nisa saja pun aku takut masing2 awkward sebab dah tahu kisah sbnr.. aku ada ckp kat dia aku nak Uninstall je kot game tu.. tapi dia tak bagi..

Dia terus kata, jangan disebabkan perkara ni aku dan dia putus kawan, katanya kita masih boleh main game sama2 lagi lepas ni.. Sebab aku pernah hadiahkan dia point game, jadi dia masih ada keinginan utk main sama dengan aku, tapi katanya lagi, dia maybe tak wassap aku untuk ajak main sebab takut ganggu aku.. (I was like, waduhek girl?)

Dan selalunya kalau dia on malam, mungkin dia akan main dengan Ilham.. (maksudnya whenever aku on, dan kebetulan dia pun on, dan kebetulan lagi Ilham pun takde, baru dapat main sama..) Okay lah, whatever je lah kan, malas nak fikir dah pasal game ni, sometimes I wish I never know this game exist…

Next day, aku on game pukul 10 malam tak silap. Aku nampak Nisa ada, Ilham ada. And as expected mereka main bersama. Aku diam, aku tak chat Nisa langsung seperti mana yang aku biasa buat sebelum ni, cuma spectate dia main je (kantoi lah game apa HAHAHAHA).. 2, 3 game jugak aku spectate.

Aku tahu dia perasan, then after dia habis salah satu match game tu, masa masing2 tengah on standby, tiba2 aku dapat chat in game dari Nisa..

“Next time kita main sama ea…”

Perasaan aku bercampur baur bila dapat mesej tu dari dia.. Ada happy sikit sebab at least dia ingat kat aku.. Tapi aku tetap frustrated sebab dia masih main dengan Ilham lelaki orang tu.. Senang cerita cemburu lah, tapi masih rasional.. Then sebelum diorang off game, aku tengok diorang matching in game berdua punya lah lama, bergayut agaknya melalui Voicechat…

Kali terakhir aku main dengan Nisa adalah dua minggu lepas.. Selalunya kami main sama sekali stiap 1@2 hari. Paling jarang pun 3@4 hari mesti ada main juga. Tapi kali ni dah dua minggu tak main sama… Dalam tempoh dua minggu tu dah 2,3 kali dia main dengan Ilham.. Kebetulan Nisa pun sibuk, jarang online.. Uruskan melawat orang tuanya yang sakit kat Hospital..

Jadi, aku tertahan tahan sabar aku sepanjang malam yang diorang main tu.. Sbb mengingatkan the fact yang aku dah nasihat dia sikit masa first2 aku tahu sehari sebelum tu, dan after dia cakap kat aku dia rasa bersalah, cuba fikir apa yang terbaik untuk diri dia apa semua, tapi depan mata aku sendiri dia masih tak ambil langkah menjarakkan diri dia dengan Ilham (Main sama, melayan borak2 dalam in game matching).

I mean kalau nak jarakkan diri, boleh je masuk in game dengan aku (berbaur cemburu di situ heheh) atau terus off game je.. Tipu lah sikit, kata tak larat main ke, just nak collect reward je ke apa ke kan… Tapi kalau diorang dah berjanji nak main sama tu tak tau lah pulak..

So aku tanpa buang masa, terus karang mesej nasihat aku, panjang kaw kaw, berjam2 tulis.. Berapa kali tekan “See more” pun entah la.. Sebab nak call dia bukan angkat pun, kalau aku pkai nombor Ilham maybe dia angkat kot huhuhuh tiberr..

Macam2 aku mention dalam nasihat tu. Aku terus terang kat dia, bagitahu aku marah tengok diorang, minta dia baca pelan2, fahamkan, positif. Bagitahu dia takde istilah “cuba berubah pelan2” dalam kes macam ni, its either kau terus melekat, atau terus terpisah. Itu je, sebab selagi dia stay, just akan menguatkan lagi rasa sayang tu je…

Aku minta dia letak diri dia dalam kasut Isteri Ilham, bayangkan apa jadi kalau isteri dia dapat tahu.. “Kau perempuan, mesti kau fhm btp hancurnya hati sang isteri kalau dapat tahu diri dicurangi”..

Aku terangkan modus operandi suami2 orang yang slalu mencari scandal ni.. Memanipulasi perasaan perempuan, baik sweet caring, belikan makanan.. “memang lah dengan kau dia baik, dah nak ambil hati kau”… Hakikatnya, mencurangi isteri, khianat kepercayaan isteri yang percaya dia as Ketua Keluarga, Suami dan Bapa kepada anak2.. baik ke macam tu?..

Aku pesan kat dia lagi, Allah nampak.. Cepat atau lambat je Allah bongkarkan.. Minta dia kuatkan diri dia spya dpt buat langkah pertama ubah smua ni.. Aku cerita kat dia kisah2 benar tentang pengakhiran kes yang sama macam Nisa ni. Terjadinya perceraian, hubungan rosak sesama family dan kawan2, perebutan hak penjagaan anak2, anak2 terabai kasih sayang salah seorang parents, viral sana sini.

Takde yang good ending.. Aku bagitahu lagi, yang laki macam ni tak mustahil dah pernah try pmpuan lain sblm Nisa. Sebab dah memanjang sunyi tak puas dengan bini.. (Logical assumption aku).. Secara zahirnya bagi Nisa, mungkin nasihat aku ni bunyi sperti cemburu buta dengan Ilham, tapi aku yakin dengan diri aku bahwa.. “This is not about Ilham, I don’t give a shit about him, this is all about saving you Nisa…”

Hari kedua, aku mesej Nisa lagi..Aku beri nasihat cadangan2 aku utk dia mulakan langkah berubah.. sebab aku tahu, keadaan dia sekarang ni maybe tak stabil, tak boleh fikir dengan waras dah apa nak buat, sebab kalah dengan perasaan sayang..

Aku minta dia tetapkan tapak niat yang kuat, demi diri sendiri, demi Tuhan.. Then aku minta dia ready dengan satu plan atau mesej ucapan terakhir utk britahu Ilham spya dapat stop semua benda yang salah ni..

Aku minta dia keraskan hati dia, blok Ilham di contact dan game, jangan layan langsung sebarang mesej, call, atau apa2 medium yang boleh menghubungkan mereka. Jangan bagi sebarang peluang untuk Ilham mencari ruang memujuk (dah terbukti pujukan Ilham ni power kan, sampai Nisa boleh terus bercinta dengan dia despite knowing the truth about him)

Then aku minta dia tegaskan diri dia dengan siapa2 pun, termasuk diri dia sendiri.. Sebab dia ni jenis terlalu lembut, mudah akur dengan orang lain..

Lagi, aku minta dia cari at least sorang kawan terdekat yang berjantina perempuan, luahkan segalanya pada dia, minta kawan tu bantu dia.. supaya dia lebih bermotivasi untuk ubah diri sebab ada yang dekat untuk support dia. Kerana perempuan lebih memahami harga diri sesama mereka.. In Sha Allah dia akan bantu Nisa..

Kemudian aku minta dia belajar dari kesilapan, jangan jadi prempuan “bodoh” yang utamakan orang lain sebelum diri sendiri jika sampai tahap membawa kepada keburukan.. Dan last sekali, berdoa banyak2 pada Allah untuk berikan dia petunjuk, kekuatan, buat istikharah..

Begitu lah nasihat aku pada dia.. Cuma, aku sebenarnya rasa sedih sangat. Sebab aku sendiri pun dalam duk acah2 kuat nasihat sana sini, sbnrnya masih terguris hati mengenangkan dia yang menolak cinta aku, dan dia boleh pula mencintai suami orang, you know what I’m sayin?….

Sebolehnya, aku nak cuba move on, taknak ambik tahu apa2 dah, even aku sendiri awal2 tu dah redha dan rasa nak biarkan je jika Nisa memang betul ada hubungan dengan Ilham….. TAPI…. bukan begini, bukan dengan Ilham yang berstatuskan suami orang dan terang2 menjadikan Nisa sebagai perempuan simpanan dia.. Depan bini baik, belakang bini sweet2 dengan ppuan lain..

Aku rasa macam ada sebab kenapa aku ditakdirkan untuk tahu semua ni.. dalam banyak2 orang, aku sorang je tahu.. Dan aku melihat ini sebagai KEMUNGKARAN yang aku kena bantu untuk Nisa betulkan..

Aku fikir, kalau takde orang bagi dia semangat, nasihat dan dorongan, siapa lagi?? Sebab aku je yang tahu semua ni.. Takkan aku nak berdiam diri je biarkan dia hanyut terkontang kanting? Aku rasa aku kena selamatkan dia…

Kadang2 sampai rasa nak give up bagi nasihat smua ni. Sebab ada masa rasa macam nasihat aku tak dihargai. Tak dipandang serius..

Sebab after aku beri nasihat smua tu, dia ada mention yang at least kepala dia takde rasa beban sangat sebab dapat share dengan aku benda ni.. Aku baca, aku fahamkan sejenak, betul apa dia cakap, itulah salah satu tujuannya aku ada untuk dia.. Sebab aku taknak dia tanggung sorang2 rasa beban.. tapi dalam masa yang sama, rasa marah pun ada.. Terus aku cakap kat dia..

“Yup, aku ada untuk kau, tapi jangan hanya kerana aku ada untuk kau luahkan segala beban, kau masih teruskan benda ni.. Adakah bagi kau nasihat aku ni sekadar bahan bacaan semata-mata?..”

Aku tak nafikan kata2 aku kat atas ni sedikit tegas dan mungkin menyinggung hati dia.. Tapi hati aku pun tersinggung juga weh huhu..

Umpama macam Nisa ni Rakyat Malaysia yang sihat, Ilham pulak umpama patient Virus Covid 19, tapi kita panggil “Pravid 20” (Perasaan Virus Disease 2020 huhu) Nisa tak patuh MCO, malah tak mengamalkan social distancing dengan Ilham, Ilham pulak tak kuarantin kan diri..

So, rantaian perasaan tak dapat diputuskan.. Nisa masih seronok dengan Ilham, tanpa beliau sedar Virus ini dah merebak dalam badan Nisa dan timbul simptom2 seperti “Beban dalam Kepala”. Tapi Nisa ada tempat untuk merawat buang segala beban ni.. Iaitu aku, Zul. Aku ni umpama manusia yang ada kuasa untuk memindahkan segala sakit dia kepada aku, melegakan dia dengan cara menyakiti diri aku…

Ehem. Ini cuma imaginasi aku je, aku harap Nisa tak begitulah.. Okaylah, back to the story, lepas aku cakap tegas mcm tu.. Dia membalas, dengan emoticon sedih dan akur, berkata “Ye faham”… Aku kesiannn, tapi aku terpaksa tegas untuk dia faham..

Sometimes sampai rasa nak give up segalanya tentang Nisa. Tapi aku tahu aku kena bantu dia.. Selagi ada rasa sayang kat dia, selagi terdaya, aku akan ada untuk dia.. Biarlah Nisa nak rimas dengan nasihat aku ke, nak anggap sebagai batu penghalang ke.. At least aku tahu, aku buat benda yang betul!..

Setakat ni, itu apa yang aku fikirkan apa aku kena buatlah kan…. Tapi ada sorang kawan aku, dia ni perempuan juga, “Sari” nama dia (Bukan nama sebenar). Kadang2 aku panggil dia Kak Sar, sebab dia keja Askar ATM.. (Haa jangan memain…) Aku ada cerita juga dengan dia perkara ni.. (Come on laa, kasi can) sebab aku pun sedih, mana maunye tahan simpan sorang2 bhai uhuk…

Then Kak Sar cuba beri pendapat dia, aku tak jangka yang penerangannya sangat comforting, seperti orang yang sgt berpengalaman.. (Ya memang dia berpengalaman lebih kurang sama dengan Nisa, sebab tu aku cerita kat dia).. Cara dia terangkan tu, seolah2 dia sangat faham apa yang Nisa rasakan.. Sampai aku berimaginasi ada kat tempat Nisa..

Maybe sebab Kak Sar ni perempuan kan, mereka lebih memahami harga diri sesama mereka.. Penerangan dia sedikit sebanyak dapat tenangkan aku juga walaupun apa yang dia cakap tu sebenarnya point yang biasa2 je..

Maybe sebab aku terlalu menjaga hal2 Nisa sampai tak sedar hati dan perasaan sendiri dah penat.. Bila dapat kata2 nasihat dari Kak Sari, aku jadi tenang seketika.. Hilang kejap penat yang ada.. So Thanks Kak Sari, hang memang terbaik..

Antara highlight yang Kak Sar beritahu aku is..

1. Dia ulas balik apa silap Nisa yang sebenarnya, dari konteks pemikiran seorang perempuan, dan pesan “Hakikat dunia sebenar, laki2 jahat ni ada dimana2 dan banyak cara utk perdaya perempuan yang baik-baik..”

2. “Kau kena fikir kehidupan kau juga zul, sayangkan hati dan perasaan kau sendiri, dia bukan everything untuk kau kan? Dia pun takde anggap kau macam kau anggap dia kan? Move on zul… Bertabah bro, be strong..”

3. “Nasihat2 yang kau bagi kat Nisa tu aku pasti dah cukup lengkap dan jelas, aku rasa tugas kau untuk ingatkan dia dah selesai, kau dah boleh berehat, hilang seketika dari pandangan dia….”

4. “Kau boleh sayang dia, tapi bukan dengan cara terus sakitkan hati sendiri berulang kali….”

5. “Aku paham apa kau rasa pada Nisa, tapi aku sebagai orang prmpuan juga maybe boleh faham apa yang Nisa rasa kat kau, dia macam tak ada apa2 perasaan untuk kau, takut kalau kau terus nasihat lagi, kau just akan dibenci oleh Nisa sebab dia mungkin rasa perhubungannya diganggu tak henti2..”

6. “Banyak benda dalam dunia ni yang kita tak boleh dapat hanya kerana kita nak… Kau dah buat yang terbaik untuk dia, selebihnya doa lah pada Allah agar dipermudahkan segalanya untuk Nisa..”

Setelah berfikir sejenak, apa yang Kak Sar cakap tu diakui memang betul.. Ada sesetengah point aku boleh ambil dari Kak Sar dan sesetengahnya lagi pendirian aku sendiri.. Aku akan seimbangkan….

Terima kasih pada yang sudi baca… Maaf sebab panjang sangat cerita ni..

Aku dengan rendah dirinya ingin meminta pandangan para pembaca sekalian.. Jika ada sebarang pendapat, nasihat, atau pengalaman sebagai pedoman yang nak dikongsikan, boleh la komen.. Semoga ia dpt membantu buka minda aku dan lain2 yang mungkin dalam dilemma yang sama..

Atau mungkin ada yang nak nasihat aku? Tentang apa yang patut aku buat? Atau ada yang ada nak nasihat untuk Nisa? Mungkin somewhere someplace dia juga sedang membaca luahan ni.. Apa2 pun, Terima kasih semua..

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *