Pekerja 12 jam II

Assalamualaikum semua. saya harap iiumc dapat siarkan cerita saya . tak sangka pula iiumc akan siarkan cerita saya pasal pekerja 12jam tu. ada juga lah terbaca komen2 positif dan negatif. saya harap iiumc dapat post confession saya memandangkan ramai yang salah faham maksud saya pasal ‘belajar tinggi2 nak gi mana ? perempuan kan’

kenapa tak baca sampai habis ayat tu?”belajar tinggi2 nak gi mana ? perempuan kan . janji pandai cari duit . hidup jugak lah macam orang lain. tak ada istilah belajar tinggi2 kalau nak berjaya . itu pegangan aku lah.”dekat situ pun saya dah tulis. janji pandai cari duit.hidup juga macam orang lain.segelintir hamba allah pernah cakap dekat saya.cukup ke gaji kerja macam ni?itulah mak bapak hantar pergi sekolah kau pergi curi ayam kan dah kerja macam ni.sepatutnya sambung je belajar biar dapat kerja elok sikit. saya minta maaf part ni buat kalian semua marah. saya tak bermaksud nak menghina perempuan.memang menuntut ilmu itu ada dalam islam. saya maksudkan belajar tinggi2 yang memerlukan duit yang tinggi.tak semestinya belajar tinggi2 untuk dapat kerja yang bagus. saya minta maaf.

ada juga yang cakap kerja gomen 14jam kerja nurse pun orang hina. ye . tapi satu je. masyarakat tahu . untuk dapat kerja macam tu memang dah ada sijil dalam tangan. kami ni pekerja di shopping complex sahaja.bagi pandangan mereka. kami ni budak2 yang bermasalah. macam yang saya cakap. saya promoter dia kedai handfone.

kalian tengok kami kerja rilex goyang kaki. tapi kalian tak tahu apa yang kalian dah lakukan dekat kami. kalau rasa nak baca teruskan. kalau tak nak tak pelah. sebab saya nak cerita apa pengalaman saya sebagai pekerja 12jam ni rasa.

as promoter mestilah saya dah tahu basic fasal fhone semua benda. datang kalian ke kedai saya dengan berlagak pandai acah2 pandai semua benda lah. saya nak serve pun awak cakap “saya dah tahu semua benda ni” sambil buat muka dekat saya. beli takpe.ini tak . pergi macam tu je.bruhhh

jejak je kaki kalian ke kedai saya.kalian lah raja saya ni kuli. saya akan serve boek punya.cun2 saya kasi. pastu kalian pergi tinggalkan saya macam tu je tanpa ada perkataan terima kasih pun.sakit doh.serius.

pernah sekali anak dia beli fhone dekat saya. fhone murah je weh. tak lama lepas tu mak pak dia datang kedai then baling dekat muka saya.sakit weh.benjol gak ah dahi masa tu.nak marah tak boleh.pelanggan sentiasa betul.hanat dia lah.katanya saya ni menipu jual hanfone cikai dekat anak dia.cek punya cek rupanya anak dia upgrade ape benda entah sampai fhone sangkut logo. bila cakap macam tu tak dapat terima.terus teriak2 marahkan saya. lepas saya diamkan diri.baru pergi.(phone hantar warranty)

main phone tak salah. yang salahnya bila korang main phone sambil cas. itu salah tahu tak! bateri rosak. sebab tu bateri cepat kembung/habis. bila datang dekat saya marah2 maki hamun cacian anak haram semua keluar. bila tanya main phone sambil cas ke.terus diam then nafikan. boleh cek lah kalau masalah puncanye dari apa.puih

saya pernah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat servis edar kereta yang agak terkenal kat malaysia ni. tapi company banyak hutang . so saya angkat kaki blah. lagipun gaji basic rm1000 sahaja. mati. tak ada tambahan apa. kerja pukul 8.00 balik 5.30. berhenti tu yang sangkut kerja 12jam ni.

peacaya atau tidak.saya pernah dipanggil budak bermasalah.mak pak tak pandai ajar.anak haram.encik tunang punya kawan gelakkan tunang saya sebab dapat saya yang kerja as promoter ni sahaja.bersyukur gak lah dia leh terima saya seadanya.hehe

actually seronok kerja 12jam ni.macam2 jenis orang saya jumpa.yang baik yang kurang baik.semua saya jumpa.macam2 kerenah saya layan.sampai satu tahap.saya punya keyakinan diri lain macam.saya dapat bertutur dengan pelanggan walaupun tengah marah.saya dapat kawal emosi saya.saya belajar macam2 dari pelanggan tersayang saya. terima kasih .

p/s: jangan lah marah .cuma nak luahkan perasaan sebagai seorang gadis comel molek yang sentiasa dihina kerana pekerjaan nya 12jam sehari. harap iiumc dapat siarkan cerita saya. boleh kongsi pendapat ramai2 :)

– gadis promoter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit