Assalamualaikum. Nama aku mat. Seorang Accountant di sebuah syarikat swasta di tengah ibu kota. Sekarang, ketika aku menulis ni jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Ya aku masih bekerja dan ini waktu untuk aku sejam berehat. Mesti orang pelik accountant apa kerja tengah malam buta. Aku ditugaskan untuk cater few region under North American free trade agreement (USA, Canada dan Mexico). So apa tugas aku tak perlu dipanjang lebarkan. Sebab aku nak kongsi sebuah cerita tentang pekerja asing.
Aku masuk kerja pukul 9 malam, dan balik pada pukul 6 pagi. Kebetulan malam ni office aku depa nak buat renovate few things inside this office. So ada beberapa contractor bangladesh yang ditugaskan untuk buat renovation ni. Sebelum aku sembang dengan diorang, aku tak tahu diorang sampai office aku ni pukul berapa sebab masa aku sampai office, diorang ni dah sibuk bekerja. Aku sempat la sembang kejap dalam pukul 1 pagi tadi. Masa tu diorang stop buat kerja sebab diorang cakap management tak bagi diorang proceed project ni dari pukul 1 am-8 am nanti. So aku macam takpe lah. You all balik je la. Tunggu sini buat apa?
Then, one of them cakap. Diorang takde transport nak balik sebab boss diorang dah balik dulu. Boss diorang ingat diorang akan kerja sampai pagi esok non stop. So datang drop off diorang sahaja. Aku terus terdiam. Cuba berfikir secara rasional. Kalau aku jadi diorang aku balik je naik cab, grab apa semua ada. Easy access to public transport kot tambah2 duduk tengah ibu kota macam ni. Tapi jauh disudut hati aku. Aku tak tercakap apa yang aku fikirkan tu.
Just to put me myself on their shoes, aku akan buntu jugak nak balik macam mana kalau aku ditempatkan kat negara diorang. Boleh jadi aku takut nak balik, tak ada duit, sesat, masalah komunikasi, tak tahu nama tempat tinggal dan sebagainya. Aku pun tanya lagi sama ada diorang dah makan malam, diorang makan malam dengan nasi yang dibawa masa tengah hari tadi. Umur mereka pun baya2 aku awal 30an. Ada yang dah berkahwin dan perlu menyara keluarga.
Takpe lah. Aku cuba offer for help if diorang nak aku hantarkan balik. Sebab management staff semua dah balik tinggal diorang ni kat sini. Bermati matian tak mahu. “Tidak apalah encik, encik juga ada kerja. Encik buat kerja dulu” kata mereka yang memang tak mahu susahkan aku. Aku buat panggilan kesalah seorang staff oficce yang handle contractor ni. Kata staff tu, biar je diorang tidur tepi kaki lima sebab esok pagi pukul 8 diorang kene sambung kerja. Aku tak nak la cross any procedure for safety purpose. So aku biarkan dengan keputusan untuk mereka tidur tepi kaki lima. Kaki lima (still dalam building ya). Sekarang ni aku boleh dengar yang diorang berdenkur tidur keletihan.
Ya lah, mana tak kesian. Aku ni walau kerja stable, gaji alhamdulillah, dekat dengan keluarga tapi still kadang tu merungut sebab kena kerja tengah malam, kurang masa dengan keluarga dan sebagainya. Letih tak tidur walaupun aku hanya kerja menghadap file dan komputer. Melihat kehidupan pekerja asing yang macam ni buat aku rasa cukup dengan apa yang Allah SWT beri dekat aku. Diorang datang sini kerja, dari siang sampai malam buta,pagi esok pukul 8 sambung kerja balik. Kalau aku pun tak sanggup (aku bukan menghina kerja mereka ya, aku cuba bandingkan beban kerja mereka yang lebih berat dan gaji yang lebih rendah dari aku) jika aku kat tempat diorang. Bolehkah aku bertahan?
Dalam pukul 2 pagi tadi aku keluar pergi toilet nampak lampu surau terbuka. Aku ingatkan ada orang lupa tutup suis, ak pun berjalan nak pergi tutup lampu. Ternampak diorang tengah sembahyang jemaah. So aku berlalu pergi. Terdiam seketika. Mungkin ini yang buat mereka kuat iaitu solat. Aku pernah dengar ustaz Ebit cakap “kalau kita perbetulkan solat kita, Allah perbetulkan hidup kita. “ kita ni sihat tubuh badan, kerja 8-14 jam jadikan alasan tak solat. Kalau tak solat. Bilamana kau tak solat, bila waktunya kau ingat akan Allah? Cuba bagitahu.
Aku cakap ni pun untuk peringatan aku juga. Macam mana Allah nak betulkan hidup kita kalau kita tak pinta, kita tak mohon. Berkisahkan cerita malam ni, aku banyak dapat tauladan dari pekerja asing ni. Korang kalau kena dealing dengan pekerja asing, layan mereka dengan hormat. Ya mungkin ada yang attitude teruk. Sama juga macam kita, ada antara kita warganegara pun perangai tak lebih macam firaun lagi. Sama2 manusia. You treat them badly doesnt make you any better.
Few point yang aku nak point out ialah, hormat la orang regardless of their position, agama, dan bangsa. Yang kedua jadi la muslim yang membawa agama islam which is bukan membawa sifat bangsa sahaja. Muslim yang baik bukan hanya bangsa arab, bangsa melayu atau apa bangsa sekali pun. Muslim yang baik itu adalah yang memperaktikkan islam dalam hidupnya. Yang ketiga, offer pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Bantulah dalam bentuk apa yang kita mampu. Tak mampu duit,boleh bantu dengan kudrat tulang 4 kerat kita.
Yang baik semua datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari aku. Maaf andai ada salah silap dalam kisah aku ni. Aku bukan penulis profesional haha. Moga tuan2 puan2 adik2 sentiasa dibawah perlindungan Allah. Doakan saya juga sentiasa kuat menempuh kehidupan dunia yang sementara. Assalamualaikum.
Ikhlas…
– Mat
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit