Pekerja Asing Vietnam

Assalamualaikum. Sini ingin saya nukilkan apa yang saya perhatikan dan rasa mengenai buruh asing di sebuah kilang di Penang. Saya ni budak tvet biasa je jadi habis belajar masuk kilang terus. Di situ lah betul2 saya exposed to foreign workers. Di kilang yang saya kerja banyak Vietnamese, Philipino, Bangladesh dan Indonesia. Mula2 saya masuk kerja, jujur memang saya terkilan ataupun terkejut, tak kan saya ni kerja sama2 buruh asing ni….ishh…

Itulah impresi pertama saya, haha SANGAT KURANG AJAR kan. walaupun perasaan tu timbul je dalam lubuk hati I, I tak tunjuk apa2 pun. Tetapi Yes, I was discriminating them in heart. For the very first time, I realized that I was discriminative against foreign workers, hasil daripada brainwash multimedia dan ajaran masyarakat Malaysia yang banyak bagitau kami foreign worker ni tak baik, depa ni bahaya, depa ni low educated dan kami harus jauhikan diri sendiri. I muhasabah diri serta-merta. Mana boleh kami fikir macam itu, mindset ni memang TIDAK BOLEH SESEKALI diteruskan dan disemaikan.

Slow2, saya dah start bergaul dengan depa. Daripada tidak bertegus then start introducing ourselves, and then slowly daily basic pergaulan, saya sekarang ni dengan bangganya menyatakan bahawa I sangat selesa berkawan dan bekerja dengan foreign workers, tak kisah lah yg dari Vietnam ke Philippine ke. Depa EQUAL dengan kita yang sedia duduk atas tanah malaysia ni, masing-masing cari REZEKI HALAL je. Janganlah kami menyusahkan hidup mereka dengan tidak menghormatikan mereka dan meminggirkan mereka, Siapakah kami untuk membandingkan makhluk Allah.

Selain itu, saya perasan yang Vietnamese kerja kilang saya tu ramai sebaya dengan I je. Malahan lebih muda, iaitu ramai umur19 dan ke atas. Dari situ lah saya dapat tahu bahawa depa habis high school je dah mai kerja sini. Cuba bayangkan umur semuda itu dah merantau di tanah asing cari sesuap nasi. Saya sangat bersyukur saya dapat menghabiskan tertiary education yang mana ramai orang depa, Vietnamese could not afford of, I felt so bad for not treating my education serious enough and at the same time, I am grateful for whatever I have now.

Kalau korang cuba perhatikan, depa ni sangat optimistik setiap hari. Hari2 I tengok depa happy, senyum je muka depa. Saya found out that depa kerja gaji basic RM1000 je iaitu the minimum wage at Pennisula. Tapi depa kerja kuat dan happy je. Kami rakyat Malaysia pulak duduk complain ini complain itu….

Oiiii, you….. yes you… Malaysian… cuba kurangkan kondem dan membawang dan sikap pemalas…. start kerja betul2 dan bersyukur, boleh tak? Boleh tak ni? Mak kau tak ajar kau ke pasal keberkatan rezeki halal? Kalau asyik curi tulang cari alasan tolak responsibility, salahkan government, tak yahlah kau nak membangunkan Malaysia, tak jatuhkan Maruah Malaysian dah kami bersyukur huhhh… huhhh…

Sori ya saya terlanjur sikit haha. Memang dah lama saya pendam perasaan ni. Next saya nak cerita lagi pasal seorang budak Vietnam berumur 19 tahun. Dia kerja sini setahun dah, kontrak 3 tahun. Dari bahagian kerja am, sekarang dia start belajar machining. Ada sekali tu, dia dapat payslip bulanan, entahlah dia hari tu sangat happy dan excited, jadi saya pujuk lah dia tanya dia berapa gaji dia. Waktu tu, saya belum tahu range gaji buruh asing di kilang tu.

Saya saja cakap je, tak serius pun, tapi dia tunjukkan I payslip dia. Ko boleh bayangkan ke tak perasaan saya waktu tu…. Kalau orang tempatan memang tak senang nak tunjuk benda private mcm tu, kan confidential…. tapi budak vietanam tu layan kami macam brother dia, tak adalah nak komplot ke nak agenda ke nak apa2ke, tetapi layan kami ikhlas je. Itulah hakikat seorang buruh asing di tanah air kami. Dia nak cari rezeki je and he is having enough to survive and is happy for it.

Haha waktu tu, sebab saya tak biasa kerja kilang lagi, baru lagi. Saya tengok benda berat depa buat, potong besi, angkat metals, wielding dan bagai2 kerja besi yang kotor dan berat. Jadi saya ingatkan kerja depa at least RM1500. Sebab kami malaysian memang mana nak kerja kalau bawah gaji tu. Tapi harapan saya melosot, apabila payslip dia tertera RM900++ utk basic. I was so shocked I went speechless, haha then dia bergurau cakap jangan bagitau orang lain ya gaji dia tu secret antara saya dengan dia dengan selamba je. Perasaan kesian dan sedih yang bercampur hilang sebab terhibur pulak dengan percakapan dia ni.

Kawan Vietnam tu memang dah jadi mcm bro I dekat kilang tu, haha. Pernah sekali saya gurau dengan dia sambung kontrak ya selepas habis ni, jgn balik Vietnam ya sebab saya enjoy working dengan dia, then dia suddenly talk heart to heart with me, dia ni xsuka keadaan dulu di hometown dia, dan dia suka keadaan dia sekarang ni yang kerja di malaysia. I was so touched, when he said, I LIKE MALAYSIA. Berapa orang Malaysia yang boleh proudly says to other nationals, I LIKE Malaysia or even I LOVE Malaysia???

Saya ended up friended a few of the Vietnamese on facebook. haha i really enjoying our friendships. Tgk gambar weekend depa pi jalan2, happy2. Padahalnya gaji depa SIKIT je. Saya serius tumpang GEMBIRA utk depa. JOMLAH MALAYSIAN, stop our mindset that buruh asing tu berbau lah, kurang ajarlah. Start reflecting more on ourselves rather than condemning others. Dengan itulah, baru bangsa manusia ni akan improve.

* Saya doakan yang terbaik untuk kawan2 vietnamese saya ya. Harap korang dipermudahkan segala urusan. You guys are awesome.

– Si Budak Kilang

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *