Pekerja Baik, Tapi Bukan Isteri & Ibu Yang Baik

Assalaamualaikum dan Salam sejahtera korang.

Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Aku sekarang dalam situasi malas malas malas jika berada di rumah. Di tempat lain aku okay. Cuma di rumah, aku useless.

Aku ada suami yang rajin baru kerja rumah, pandai jaga anak, pandai masak nasi, guna air fryer, basuh baju… jadi aku biarkan dia buat semua.

Aku bekerja. Kerja aku agak sibuk, kadang² balik lewat malam.. kadang² pergi outstation. Aku takde scandal. Aku hanya komited dengan kerja² aku. Mana tak boleh, aku bolehkan.

Tidur di pejabat pun pernah. Tak jaga makan minum sendiri janji kerja siap. Outstation sana sini tanpa hiraukan anak² dan suami. Anak² aku berusia 6 dan 8 tahun. Dah boleh urus diri sendiri.

Aku tak suka dengan kejiranan aku, tiada lagi hati ini di rumah dan taman perumahan ini. Aku bahagia ketika aku menyewa rumah.. aku rajin memasak, mengemas, mop lantai, basuh porch, ajar anak² mengaji, membaca..

Tapi taman perumahan baru ni to be honest banyak samseng, banyak mak nam sibuk hal orang sana sini, berpuak-puak.

Silap aku dulu terlalu ramah tamah sampaikan aku kenal mereka dengan perwatakan sebenar. Toxic environment.

Aku banyak kali bergaduh dengan suami kerana aku nak jual rumah ni. Aku nak menyewa di tempat lain. Aku lagi suka menyewa. Suasana, jiwa, hati dah pangkah habis² taman perumahan ni…

Ada saja isu nak digaduh dan diprovokasikan tempat bayaran keselamatan dan lain², ramai tak bayar yuran keselamatan, nyaris nak hentikan guard… dulu duduk rumah sewa takde guard.. Lagi rasa aman…

Cerita macam tak sampaikan? Tapi ketahui la.. aku rasa solusinya adalah AKU KERNA BERHENTI KERJA dan KAMI KENA PINDAH MENYEWA di tempat lain.

Aku nak jadi suri rumah sepenuh masa.. aku terlalu komited dengan kerja..otak dan badanku penat. Tak dapat aku nak tumpu pada anak² dan keluarga. Sentiasa rasa penah, lesu..rasa nak baring taknak buat apa²…

Bila aku berhenti, komitmen harus dikecilkan. Aku tak kisah aku takde rumah..biarlah menyewa jika itu saja suami aku mampu. Aku redha.. lebih rasa bahagia.

Adakah aku mogok dengan suami aku? Mungkin. Dia tak ambil apa² tindakan pantas untuk jual rumah ini dan pindah dari sini.

Dia tak kemaskan diri dia.. takde common sense.. aku penat luar dan dalam..fikir mcm² tanpa henti. Perempuan sangat complicated.

Sampaikan aku rasa nak cerai. Aku bukan minta duit, emas… aku minta keluar dari sini, aku nak berhenti kerja, aku nak dia jaga penampilan dia utk aku.. itu je aku minta. Susah dia nak tunaikan.

Aku tak tahu adakah aku sedang sakit atau apa.. entah la. Aku sangat selesa baring sepanjang hari tanpa buat apa²..

Aku bukan isteri dan ibu yang dulu… tiada lagi lack masakan dari air tanganku… tiada.. aku bagus di pejabat.. performance yang bagus.. di rumah aku gagal.

Ibu bapa kedua belah kami tak tahu apa² lagi.. mungkin suami rasa benda ni remeh bagi dia.

Aku jadi geram dan tercabar. Aku nak lari dari semua yang menyebabkan aku susah kepala dan dada.. di rumah aku nonstop fikir soal kerja, jiran tetangga..

Menyesal aku tak dengar pesanan kawanku.. Jangan rapat/ramah dengan sesiapa.. Entahlah. Aku menyesal. Aku menggalas tanggungjawab di dalam taman… dan di pejabat. Sungguh berat bagi aku.

– Susie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *