Pekerja Bukan Hamba

Assalamualaikum. Nama aku Nana, dari selatan tanah air. Dah berkahwin, belum punya anak. Berkerja untuk cari rezeki bantu suami. Pagi ni rasa nak luahkan semua yang terbuku di hati. Aku baru berhenti kerja di sebuah tempat yang aku ibaratkan bagai neraka.

Sebab apa?

Sebab majikan toksik yang menzalimi hak pekerja.

Aku tak sempat tahan setahun pun kat situ. Kerja yang mula2 aku anggap hadiah dari Tuhan bertukar jadi neraka.

Gajinya cuma basic, gaji minima. Tapi requirement yang diaorang nak kalau boleh kena ada master.

Sekarang ni kau tak sekolah pun boleh kerja susun barang kat Pasaraya dengan gaji RM1500. Tapi yang diploma holder/degree holder, diaorang cuma offer RM1200. TANPA ELAUN LAIN.

Aku terima kerja situ sebab habis PKP memang waktu tu tak de peluang kerja langsung. Walaupun gaji murah, aku perform kaw2 sebab pengalaman aku banyak. Aku nak impress diaorang.

Tapi masalahnya mula kat situ. Diaorang tengok resume aku banyak pengalaman kerja dalam pelbagai bidang. Dan diaorang ambil kesempatan suruh aku buat kerja lain yang bukan under jawatan yang diaorang offer pada aku.

Aku buat dan perform sebab aku tak de pilihan lain. Kalau aku tolak, nanti diaorang buang aku. Aku kena kerja sebab kami memerlukan duit.

Habis tempoh percubaan, diaorang inform aku yang tempoh percubaan aku dilanjutkan 3 bulan lagi. Aku terkejut. Aku tanya, aku tak perform ke? Sebab aku patut tahu apa kelemahan aku untuk aku baiki. Tapi diaorang tak bagi jawapan.

Diaorang cuma sengaja lanjutkan tempoh percubaan aku supaya diaorang boleh paksa aku buat kerja2 lain lagi dan aku tak boleh cakap tidak.

Masa ni aku dah tak sedap hati. Suami pujuk suruh sabar. Tapi aku dah nampak dah permainan majikan aku. Cuba bayangkan kau kena buat kerja 3 department, dengan gaji basic…. aku tak cakap bnda2 kecil macam kena buat kopi, kena fotostat etc.

Kerja major department lain macam hari, admin, sales. Documentation, customer relation semua kena buat sebab diaorang tak nak hire orang lain untuk tugas tu.

Masa tempoh percubaan aku dilanjutkan, aku dah perasan majikan aku suka buat status WhatsApp maki orang, perli orang. Aku abaikan sebab kata-kata buruk dia kat status cuma mencerminakan peribadi dia, bukan dekat orang yang dia mengata.

Lama aku ada kat situ, aku dah tak tenteram. Sebab majikan aku mula tunjuk perangai toksik. Dia suka cerita keburukan orang, ipar duai dia, adik beradik dia, bekas pekerja dia. Hari2 aku kena dengar dia mengumpat.

Tapi dia cakap dia tak mengumpat. Dia cakap benda betul. Time ni aku dah terfikir, kalau tahap ini dia mengeji bekas pekerja dia, kalau aku dah berhenti nanti, macam ni juga kah dia mengata aku? Huhu.

Aku tengok rekod pekerja dia, tak de pun yang kerja lama sampai 2 tahun. Walaupun company tu dah lama. Masa kerja dijanjikan makan ditanggung, tapi hakikatnya bila dah kerja, makanan tu diberikan KALAU diaorang rasa diaorang nak beli.

Kalau diaorang malas beli, means kau tak makan hari tu. Dan diaorang tak ganti balik duit tu. Bukankah ini dikira makan hak pekerja?

Salah seorang rakan sekerja minta aku bincang dengan majikan kalau instead of dia beli makanan, diaorang bagi elaun makan saja dekat pekerja.

Tak full pun tak pe. RM2 @ RM3 untuk diaorang tampung beli makanan sendiri, selebihnya pekerja topup sendiri. Tau apa jadi? Terus dia umum tak bagi makan dah lepas ni. Allahuakbar…..

Tak sampai setahun aku kerja, macam2 kerosakan jadi kat company tu. Yang kos repair sampai puluhan ribu. Dan waktu ni aku dah terdetik, yang ini kifarah dari Allah sebab dia makan hak pekerja.

Tak lama lepas tu, aku kena buat kerja lebih masa sebab langsung tak ada orang yang nak buat, bantu urus kerja. Kalau aku tak buat, memang banyak lah kerja yang tertunggak.

Suami dah marah sebab bulan puasa dia nak aku balik awal. Aku cuba slow talk dengan suami sebab aku kesian dengan company. Aku balik sampai pukul 6.45, dekat berbuka sampai dekat rumah. Mujur suami memahami dan beli makanan di bazaar.

Tapi lepas tu aku tengok status WhatsApp majikan perli sesorang dah melampaui batas. Aku tertanya jugak, siapa. Rupa2nya majikan kata aku melampaui batas buat OT dan claim OT.

Mengucap panjang aku. Dia tak nak aku claim OT, tapi nak aku kerja lebih masa. Terus aku tak buat dah OT. Tapi lepas aku tak buat OT, muka majikan dah masam mencuka dekat aku, cakap pn dah lebih kurang.

Masa ni baru aku sedar, status2 dia selama ni ditujukan pada aku. Kadang2 aku tak sempat urus kerja lain sebab buat kerja aku (jawatan aku), itu pun sebab kenapa dia tak suka aku.

Dekat nak raya, makin sibuk dengan persiapan. Malam2 aku banyak buat kuih, bangun solat malam dengan suami. Jadi esoknya aku buat kerja bidang aku sahaja. Aku tak buat kerja2 yang bukan bidang aku.

Sebab sumpah aku penat gila diambil kesempatan macam ni. Time ni dah macam2 dia umpat aku depan pekerja lain. Itu pun ada pekerja lain terdengar dan smpaikan pada aku. Sebab dia kesian tengok aku buat kerja tapi ends up kena umpat.

Kemudian start cuti raya. Suami dah happy dah aku duk rumah. Aku pulun sambung persiapan raya. Dah lama kan beraya PKP. Memang tak sentuh langsung telefon sebab sibuk. Tiba2 dapat mesej maki2 dari majikan sebab aku tak kerja dari rumah. Allahuakbar…

Time cuti dia masih paksa aku buat kerja, dan dia ugut untuk pecat aku kalau aku tak siapkan kerja yang dia nak. Ugut untuk laporkan aku pada polis.

Tanpa fikir panjang, aku pegi siapkan kerja kat laptop aku, aku bagi pada dia, dan aku hantar notis berhenti serta merta. Dia tak ada hak untuk halang aku berhenti.

Dia tak pernah sahkan jawatan aku, bermaksud aku dalam tempoh percubaan selama hampir setahun, dan wajar untuk aku berhenti. Masa ni dah panjang berjela dah makian dia pada aku. Ada unsur nak report aku pada pejabat buruh. Aku malas nak peduli.

Aku bagitahu suami, aku berhenti hari tu juga. Suami senyum, cakap sebenarnya dia dah lama nak aku berhenti. Petang tu, aku dapat call dari kawan aku, cakap ada kekosongan jawatan dekat cawangan bos dia.

Esoknya aku terus pergi interview, dan terus dapat kerja tu dengan gaji yang lebih tinggi dari gaji aku di company neraka. Kata majikan baru aku, diaorang sangat memerlukan pekerja yang ada pengalaman macam aku. Time tu rasa nak menangis saja.

Aku rasa tenang sekarang. Bekas majikan masih lagi dengan status WhatsApp nya. Samakan aku dengan iblis.

Tak pelah, kata lah apa yang puan mahu. Kesihatan mental saya, puan tak peduli. Semoga dapat pekerja lain yang puan boleh layan macam hamba abdi. Kalian doakan aku bahagia kat tempat kerja baru aku ya.

Yang menulis,

– Nana Montel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *