Hai semua. Nama aku A. Pertama kali aku menulis di ruangan ni. Selalu aku memerhati dari jauh. Tapi kini, aku perlukan pandangan dan sokongan dari semua. Jom mulakan..
Aku baru sahaja menamatkan pengajian pada bulan Mei tahun lepas dalam bidang kejuruteraan.
Aku dari awal lagi gigih mencari kerja, lebih-lebih lagi masa tu bermula pkp. Ramai yang diberhentikan kerja, aku pula baru nak bekerja.
Aku tak putus asa walaupun 6 bulan menganggur. Aku anggap Tuhan nak beri aku rehat sebab aku penat sangat masa degree year aku.
Dalam tempoh mengganggur tu aku berniaga kecil-kecilan. Menjual makanan dan beberapa item lain. Aku sedar bukan mudah mencari rezeki. Setiap malam aku berdoa supaya aku dapat kerja.
Sehinggalah satu hari, ada seorang lelaki bernama Z whatsapp aku bertanya adakah aku sedang mencari pekerjaan.
Aku yang pada mulanya ignore sebab aku ingat tu scam. Tapi lepas dia beritahu dia company apa, aku google dan jumpa website company tu. Rezeki pula dapat dekat dengan rumah.
Aku pergi interview & lepas Alhamdulillah. Aku seronok environment situ sebab officemate sangat okay.
Tapi, ujian yang lain pula bagiku. Dalam offer letter, aku perlu bekerja isnin-jumaat. Sabtu (standby) sehingga 5.30 petang.
Bos pun cakap sabtu hanya untuk standby. Tapi, aku selalu bekerja hari sabtu & bukan standby dah. Tiada elaun untuk standby.
Aku buntu pasal ni. Memang macam ni ke term dia? Ahad pun, memang aku akan kerja. Terlalu banyak workload.
Kerja yang datang tak seimbang dengan pekerja yang ada. Mostly kami, balik malam & kerja sehingga 11 pm & no OT. Is it normal? Boss pun suka putar belit ayat.
Ada satu tu, dia janjikan untuk syarikat cover bab parking kereta. Sebab baru awal tahun ni start bayar untuk parking. Lepas tu, dia tetiba kata semua tu staff tanggung sendiri.
Boss pun pernah cakap pasal parking ni, syarikat akan cover nnt bila dah start bayar (boss sendiri cakap dengan aku) & suruh staf untuk cari pasal bayaran parking ni. Alih-alih, dia cancel macam tu ja.
Aku penat bila mana kerja banyak. Sampai hari ahad kerja. Gaji sikit. Dengan boss cakap tak serupa bikin. Penat rasa.
Aku seronok dengan officemate tapi bukan dengan boss & workload. Aku sampai tak redha dengan apa yang dia buat. Sebab ni sampai menganiaya orang.
Bayangkan 30 drawing kena siapkan dalam masa 4 hari. Gila sangat. Aku sampai rasa buntu nak buat apa.
Tolong bagi semangat kat aku semua. Aku betul-betul rasa tak semangat ni. Tapi kena kerja untuk teruskan hidup :’( Please bagi semangat kat aku. Thank you semua…
– Pencari Rezeki yang Halal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit