Aku nak berkongsi sedikit cerita di tempat kerja aku.
Tujuan aku menulis bukanlah untuk memburukkan sesiapa tetapi mahu meluahkan benda yang aku pendam selama aku bekerja di sini.
Seperti yang anda sedia maklum, semasa pandemik ramai yang terkesan dan kehilangan pendapatan termasuklah aku.
Selepas menganggur lama aku telah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat swasta yang berkaitan dengan sales,
Dan disebabkan sukarnya mendapatkan pekerjaan aku redha dan menerima tawaran pekerjaan sungguhpun gajinya di bawah gaji minimum.
Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa aku terima tawaran pekerjaan tersebut tetapi jika aku memilih kerja siapa yang hendak membayar bil-bil dan put my food on my tables.
Aku pedulikan sahaja kata-kata orang dan melakukan pekerjaan aku sebaik mungkin.
Sabtu ahad aku buat kerja part time sebab kalau harapkan kerja full time memang tak makan nasilah aku.
Selama aku bekerja di situ, bos memang baik dan bab cuti memang tak berkira. Cuma bab-bab management memang out sikit dan sangat kedekut dengan staf.
Boleh bilang dengan jari berapa kali bos pernah belanja aku makan. Aku tak kisah sangat tu sebab aku tak suka meminta-minta.
Cuma beban kerja tu overloaded tak sepadan dengan gaji yang diberikan membuatkan aku rasa tertekan sangat.
Yang paling pelik bos jenis pilih bulu dan mengamalkan favoritism dalam syarikat.
Disebabkan aku ni hanya kerani, aku ni dilayan seperti halimunan dimana apa-apa acara syarikat aku tak pernah dipelawa sama sekali dan aku lihat seakan ada garisan yang memisahkan antara kerani dan salesman.
Untuk pengetahuan hanya aku sahaja seorang kerani yang menjaga pejabat tersebut.
Beberapa bulan pertama hidup aku memang sunyi di pejabat aku tiada kawan untuk mengadu nasib. Kadang-kadang aku rasa seperti disisihkan daripada orang lain.
Mulanya aku rasa ok je sebab aku boleh focus pada pekerjaan tapi lama kelamaan aku dapat rasa yang bos tu tak suka aku bergaul dengan salesman.
Aku rasa macam semua benda dalam pejabat tu dikawal dan aku rasa seperti diperlakukan dengan tidak sewajarnya.
Aku sebenarnya tak kisah pun kalau bos nak pakai kereta apa Lamborghini ke Jaguar ke, tapi please lah gaji staf tu kalau boleh bayar on time.
Paling menyakitkan hati bila raya lepas, lagi seminggu nak raya gaji tak dapat lagi tapi aku dapat tahu bos dah bershopping sakan tapi lupa kewajipan dia nak bayar gaji pada staf. Apa dia ingat aku ni tak sambut raya.
Disebabkan itu ayahku kurang bersetuju untuk aku meneruskan pekerjaan tersebut di syarikat tersebut kerana dia takut bos aku tak mampu untuk membayar gaji aku.
Aku rasa tertekan sangat kerana ayah aku tidak berfikir situasi sekarang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan dalam masa yang sama aku pun sedang mencari peluang pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan aku.
Bos aku ni sangat berbangga dia dapat komisyen yang banyak dan siap promote money freedom tapi dia alpa, dia lupa dia ada kewajipan untuk menjaga staf.
Untuk pengetahuan anda, kebajikan aku sebelum ni tak terjaga, tiada bonus, medical reimbursement dan keadaan pejabat yang sangat daif.
Aku tiada niat untuk mengutuk bos aku cumanya aku nak memberi kesedaran kepada bos-bos di luar sana, ingatlah bila anda menjadi majikan anda telah memikul tanggungjawab yang sangat besar.
Staf tak akan kepochi dengan bos sekiranya anda telah menunaikan semua tanggungjawab sebagai majikan.
Korang nak hasil kerja staf tiptop tapi kamu sebagai bos bayar gaji staf ciput, selalu lupa bayar gaji on time, tidak menghargai mereka dan tidak cuba untuk memahami karakter mereka.
Ingat staf juga manusia dan dalam hidup ini kena ada give and take.
Kalau staf dah berhabis baik dalam pekerjaan mereka walaupun gaji yang anda berikan kepadanya hanya peanut aka cheap, hargailah mereka janganlah menyakiti hati mereka.
Tolonglah bos bawa-bawalah diri pergi kursus yang berkaitan dengan management, leadership or hr. Janganlah manage syarikat ni macam gerai nasi lemak tepi jalan.
Sembang dengan salesman macam nak terbang ke bulan tapi hakikatnya kau masih lemah dalam pengurusan tu belum kira benda-benda lain.
Sebenarnya banyak lagi benda menyakitkan hati tapi aku rasa itu je yang aku sempat kongsikan.
Aku harap pembaca semua doakan aku supaya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan bertemu dengan majikan yang memperlakukan pekerjanya dengan baik supaya aku dapat bertahan dengan lebih lama.
Sekian luahan daripada Pekerja Ikhlas yang sering tersakiti oleh bos.
– Jaja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit