Assalammualaikum, ini kali pertama aku menulis disini. Sebelum ini ada beberapa kali nak tulis tapi aku membatalkannya.
Aku berusia 22 tahun dan berkerja sebagai purchasing di sebuah syarikat swasta.
Pada tahun 2019 aku di terima berkerja. Officemate aku semua baik-baik orangnya dan Operation Senior Manager aku pun tersangat baik.
Keseluruhan Team aku 4 orang dan semuanya perempuan. Tahun pertama aku memang best tapi lama kelamaan keseronokan nak pergi kerja hilang.
Masa Kerajaan Malaysia umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0), Aku dan seorang officemate iaitu kak F di minta untuk Work From Home manakala 2 orang lagi tidak terpilih.
Fikirkan tanggungjawap aku terima sahaja keputusan pihak management kerana pada masa itu pihak HQ tidak dapat memberikan Laptop untuk semua orang.
Untuk pengetahuan semua yang berkerja WFH hanya 2 orang dari department purchasing dan 3 orang dari department IT dari berpuluh orang untuk bahagian management.
Kerja dari rumah ini kena sediakan mental dan fizikal sebab kerja tak kira waktu.
Kalau di tempat kerja waktunya fix iaitu 8.00 am – 5.30 pm, tapi di rumah 8.00 am sampai tengah pagi. Mungkin tak biasa dengan norma baharu.
Company aku mempunyai 2 system jadinya aku kena cover 1 system kak F satu system. Memang tak menang tangan aku dengan kak F masa tu sebab Customer still order.
Masa semua orang tengah sibuk buat dalgona coffee dan sibuk masak macam-macam, tapi aku dan kak F tengah berperang dengan kerja.
Orang dapat spent time dengan family sepanjang PKP aku kena hadap kerja yang mengunung.
Tapi aku redha and aku fikir tanggungjawab yang aku galas tu penting, jadi nak tak nak kena buat. Aku tak rasa terpaksa pun buat kerja tu, serius sebab aku suka kerja aku.
Disinilah bermulanya, Disebabkan aku seorang sahaja yang berkomukasi dengan supplier luar negara, setiap jam aku di panggil untuk meeting bersama big boss.
Kena update setiap jam dan aku tak mampu nak update status material jam tu sebab time zone yang berbeza.
Lagi pun masa tu US tengah teruk sebab Covid-19 dan banyak manufacturer yang kena tutup sebab covid-19 tapi big boss aku taknak dengar alasan Covid-19 ni.
Lagi Malang bila boss mula cakap aku tak buat kerja padahal sebaliknya. Aku selalu tidur tengah malam sebab nak communicate dengan supplier.
Aku try hard untuk improve aku punya kerja tapi big boss asyik rendahkan aku dan mula pilih kasih. Aku dengan kak F kena banned teruk dengan big boss dan dia mula cari macam-macam salah kitorang.
Aku pada masa ni dah mula rasa depress sebab selalu kena marah dan dipersalahkan. Selalu menangis sebab tak dapat buat apa yang aku target dan mula rasa rendah diri.
Big Boss aku banyak pilih kasih dengan aku dan kak F tapi aku tak nak cerita sebab benda private and confidential.
Apa benda yang patut aku buat sekarang ni? Boss aku dari awal dah tak appreciated aku dengan kak F.
Tolong bagi aku cadangan.
Terima kasih.
– Fami (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit