Assalamualaikum dan hai semua.. Untuk penulisan ini saya perkenalkan diri saya sebagai Cera berusia 28 tahun dan masih bujang.
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih buat admin IIUM Confession kerana sudi menyiarkan penulisan ini. Buat semua pembaca kesayangan Allah, moga kalian dalam keadaan sihat sejahtera.
Disini saya ingin meluahkan bahawa saya agak sedikit tertekan dengan diri saya. Sekarang ini saya bekerja sebagai pegawai Sumber Manusia di salah sebuah syarikat swasta.
Saya ingin menyatakan saya tidak gembira dengan pekerjaan ini. Walau dah setahun lebih saya disini, tahap kerja saya makin hari makin perlahan. Saya dah hilang minat kerja dalam bidang tersebut.
Namun saya tidak menyalahkan sesiapa. Segala yang berlaku saya letakkan pada diri saya sendiri. Saya masih gagal sesuaikan diri. Namun saya sedar untuk mencari pekerjaan lain bukan perkara mudah.
Untuk makluman pembaca, saya memilih kerja bukan sebab gaji semata mata. Namun apa yang saya pentingkan adalah ketenangan, keseronokan dan persekitaran.
Adakah disebabkan saya agak introvert, dan masih takut untuk berkomunikasi dengan orang menyebabkan saya tidak seronok dengan pekerjaan sekarang?
Walaupun saya ada kelulusan dalam bidang Sumber Manusia? Adakah pekerjaan ini tidak sesuai dengan karakter saya? Saya pun tak pasti.
Saya sambung belajar pada awalnya adalah untuk kepuasan diri sendiri. Saya seronok belajar. Cuma bila masuk dunia pekerjaan, sudah pastinya situasi berbeza.
Saya sedar, keadaan dunia sekarang bersifat keras namun saya masih gagal untuk menghadapinya. Saya akui kelemahan saya.
Saya pernah bekerja di kedai, gaji yang saya terima kecil sahaja. Walau gaji saya kecil pada masa itu, namun saya sangat seronok bekerja di kedai tersebut dan tidak terfikir untuk berhenti.
Namun disebabkan masalah kewangan yang berlaku di kedai tersebut, saya terpaksa berhenti dan mencari kerja lain hinggalah saya menemui pekerjaan yang sekarang.
Dan sekarang ini saya masih mencari tujuan hidup saya, dan mencari keseronokan dalam hidup. Kerana sekarang ini diri saya penuh dengan kebimbangan.
Adakah saya perlu berhenti kerja sekarang ini? Sekarang ini saya bergiat dalam freelancer. Kerana dengan bidang ini saya dapat cipta keseronokkan dan peroleh ilmu yang baru walau hasilnya mungkin tak banyak seperti sebulan gaji.
Cuma saya terfikir, adakah saya akan berjaya nanti dalam hidup saya?
– Cera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cuba set boundaries utk apa2 yg sis x suka, cth kerja lebih masa, dipaksa untuk join makan dgn org lain, etc. Kalau masalah susah nak communicate, ni sis boleh practice, jgn takut. Benda boleh belajar. After work, sis bebas utk buat apa yg sis nak. Chaiyokk.
Situasi kita lebih kurang sama. Jiwa rasa tak sesuai position ni, tapi terpaksa bertahan sebab sole bread winner. Hadap juga tapi rasa bersalah dgn syarikat sebab kerja tak sepenuh hati. Kerja yg saya suka pula tak boleh beri kewangan yang stabil. Sy rasa awak boleh berjaya satu masa nanti kalau kejayaan tu bukan kewangan semata2.