Pelaburan Terbaik

Assalamualaikum para pembaca setia IIUM Confessions. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca luahan ilmiah tak seberapa aku ni.

Selalu kita kalau fikir pasal pelaburan/investment mesti fikir nak duit ribu riban, nak kereta mewah, banglo 4 tingkat, emas berkilo-kilo. Pastu rasa eh, bestnyaaa kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran tetangga aku belanja selamba. Haa, kan dah keluar lagu Altimet ft Awi Rafael.

Sebelum fikir nak buat investment, baik kecik atau pun besar. Ada lagi investment yang kita terlepas pandang. Tapi sebenarnya yang nilah pembawa rezeki yang berterusan dan penuh keberkatan. Inshaa Allah.

1)Berbuat baik kepada mak ayah
Kita dah besar panjang, dah keje mesti tak sempat je nak jenguk orang tua kat kampung. Tapi bila ada kesempatan, carilah masa untuk balik kampung. Tolong diorang yang mana patut walaupun diorang insist taknak kita tolong. Selalu gembirakan hati diorang. Pastu jangan lupa hulur sikit bagi mak ayah bagi buat belanja dapur.Memang ada sesetengah mak ayah yang berada, taknak pun duit kita. Bagi je, cakap nilah ‘pelancar’ rezeki. Buat berkat.Yang mana dah takda mak ayah, lepas solat sedekahkan al-fatihah.

2) Solat awal waktu
Nak solat sunat liat, tapi sekurang-kurangnya rajinkan diri solat diawal waktu. Rezeki tu bukan setakat dilihat pada wang ringgit, tapi pada masa yang lapang. Nak masa yang lapang dan terurus, kita kena jaga waktu dengan Maha Pencipta. Dah DIA yang ciptakan masa, jadi kenalah jaga ‘masa’ tu sembah yang Maha Esa. . Alah, macam ko dengan awek ko. Taknak dia merajuk dating mesti on time kaannnnn.Kang kalau lambat, awek ko marah dating pun hambar je.So, basically macamtulah.

3)Buang perasaan hasad dengki
Kita ni nak hidup happy, berlapang dada kena buang PHD ni. Takmaulah ko tengok si polan tu pegi main salji kat Jeju Island ko canang kat orang kata dia main ngelad songlap duit kutu.Ko tengok jiran sebelah rumah upgrade Astro HD piring hitam pun ko pegi buat cerita kata dia tak bayar bil api, tapi ada duit pegi upgrade Astro. Tak baik PHD ni, buat sakit hati sendiri je. Buang jauh-jauh PHD barulah hati terasa lapang.Bila hati terasa lapang, kita bawak positive vibe kepada orang lain lalu merebaklah segala kebaikkan di dunia ini.

Tak susah pun nak buat pelaburan ni. Tak guna sesen pun, cuma perlukan sedikit masa. Mungkin takdelah dapat duit sekelepuk jatuh dari langit, tapi kesannya kejap je kita dapat lihat. Buat dulu semua ni, barulah fikir nak buat investment pe. Next, kalau rajin pos pasal investment duniawi pulak.

– Manggis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit