Assalamualaikum semua, ini pertama kali menulis di sini. Sekadar membuka isu untuk dibincangkan.
Mungkin di sini ada idea-idea yang bernas dan nasihat-nasihat yang releven untuk semua terutama adik-adik yang baru dapat keputusan SPM.
Sebelum itu, isu yang saya nak tulis ini bukanlah mengkritik mana-mana pihak. Chill. Tulisan ini ringkas sahaja. Berdasarkan tajuk di atas iaitu tentang belajar dan kerja.
Kita belajar untuk ilmu. Ilmu untuk bekal perjalanan hidup dan juga selepas hidup. Semua tahu pasal ini.
Tapi kita tidak nafikan bahawa kita belajar juga untuk mendapat kerja yang baik dan kerja yang terjamin (secured). Betul kan?
Berdasarkan pemerhatian saya, ada suatu perkara yang perlu diambil kira oleh pelajar lepasan SPM tentang tempat belajar dan bidang yang akan diambil kelak.
Saya bagi contoh begini. Contoh ini betul berlaku dan berdasarkan pengamatan saya juga.
Kelompok pertama beberapa pelajar sangat cemerlang SPM dengan keputusan 11A + contohnya. Mereka diberikan biasiswa dan dapat tawaran belajar di IPTA dalam atau pun luar negara.
Mereka belajar dengan gigih dan juga cemerlang di alam universiti. Bahkan ada di antara mereka yang sambung belajar sarjana dan PhD.
Kelompok kedua, pelajar-pelajar yang mendapat keputusan sederhana, seperti 3A dan ke atas. Mereka mohon IPG, diploma SPA atau mana-mana tempat yang ‘seangkatan’.
Masa mereka belajar ada yang dapat biasiswa. Satu lagi, pelajar-pelajar cemerlang pun ramai yang belajar di sini. Jangan salah faham ya.
Key pointnya apa?
Kelompok pertama belum tentu dapat kerja, dan setelah dapat kerja mungkin sebagai pekerja swasta atau penjawat awam (sekali lagi jangan salah faham ya, swasta tak salah).
Perkara yang kita kena tahu, mereka kena bersaing dan perlu hantar resume ke puluhan syarikat. Satu lagi, bukan semua penerima biasiswa dijamin dapat pekerjaan. Salah seorangnya saya hehe.
Kelompok kedua pula, setelah beberapa bulan (mungkin setahun) tamat belajar, dapat panggilan posting oleh SPP dan SPA. Kerja tetap sebagai penjawat awam (berpencen).
Mereka hanya pergi temuduga SPP dan SPA (mungkin sekali mungkin berkali-kali), terus dapat kerja.
Mesti ramai yang nak secured job kan, lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Syarikat dan kilang besar pun boleh bungkus. Bagaimana nasib dengan penyelidik, jurutera, arkitek, pengurus dan profesional lain di sini?
Hakikatnya mereka adalah kelompok pertama. Kelompok yang mana di dalam kelas, kategori pelajar pandai.
Sebelum pergi lebih jauh, saya rasa kita pergi dekat dulu. Maaf jika ada sesiapa yang tersinggung. Bukan merendah-rendahkan swasta. Tidak sama sekali. Tulisan ini tentang jaminan kerja. Fokus di situ.
Bahkan ada kawan-kawan yang bukan penjawat awam (iaitu swasta atau bekerja sendiri), mereka kaya-raya dan hidup mewah.
Mereka bekerja ejen takaful, pengurus bank, bisnes, jurutera dan macam-macam lain. Itu lebih baik untuk mereka.
Kita sambung balik.
Apa sebenarnya yang saya nak sampaikan?
Adik-adik yang dapat keputusan cemerlang, fikir dalam-dalam. Buat keputusan untuk 5 atau 6 tahun ke depan. Minat nombor satu tapi kerja adalah yang utama.
Dan untuk adik-adik yang dapat keputusan sederhana, jangan sedih. Mohonlah tempat belajar yang terbaik untuk masa depan.
Dan adik-adik yang tidak cemerlang, jangan takut. SPM bukan segala-galanya. Masih banyak bidang yang terbuka buat kamu.
Mungkin kamu tidak cerdas belajar dalam kelas tapi kamu mahir dalam kemahiran. Carilah bidang-bidang yang berpotensi. Tanya orang yang tahu dan berpengalaman.
Ramai sahaja kawan saya yang boleh dikatakan tidak begitu cemerlang SPM. Namun selepas sambung bidang kemahiran seperti technician, pomen, plumber dan lain-lain, mereka baru jumpa potensi masing-masing.
Bahkan yang jadi bos kepada beberapa pekerja pun ada. Mereka kerja sendiri dan buka peluang kerja kepada orang lain pula.
Apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan. Kerja apa pun, di sektor apa pun, buatlah yang terbaik dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Bersangka baik bahawa Allah tempatkan kita bekerja di tempat yang paling sesuai untuk kita. Ada hikmah dan kebaikannya.
Maaf jika mesej yang saya nak sampaikan ini misleading atau ada pihak yang tersinggung. Saya hanya menyatakan pandangan dan pengalaman sahaja. Jika betul, betullah. Jika salah, mohon perbetulkan.
– Bro SPM 2010 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit