Assalamualaikum and hi semua. Terima kasih admin sudi menyiarkan confession budak hingusan ni. Ada beberapa pengajaran perlu diambil oleh sebilangan guru yang jenis fokus pada student yang jenis bijak dan berjaya pada peringkat awal, tapi mengabaikan student yang bijak dan berjaya di peringkat akhir. Saya merupakan salah seorang pelajar di Tapah, Perak. Mendapat keputusan 3A 2B dalam UPSR dan mendapat tawaran di sekolah A.
Sekolah A saya tak sanggup ulang alik naik pergi kelas turun ke kantin sebab bukit dia tinggi, masa tu badan saya agak berisi dengan kepadatan pipi yang tunggu nak letup je. (time ni manja sangat tapi sekarang macam gengster kawasan). Lepas dua minggu daripada tukar sekolah tu dapat surat tawaran sekolah Ta’ayah, Ipoh. Susah percaya kan?
Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tawaran sekolah agama negeri untuk saya, ust di situ kata saya memiliki banyak sijil pertandingan tilawah al-Quran (banyak peringkat pertandingan saya sebat dan slalu dapat johan masa sekolah rendah, sekolah agama), UPKK juga cemerlang, tapi tak cerdiknya saya tolak tawaran tu. Saya nak bersekolah dalam daerah yang sama tapi takut berjauhan dengan keluarga. Then mak ayah deal dengan PPDaq tukarkan sy ke sekolah B.
Masuk je sekolah B, saya ditempatkan di kelas aliran agama (KAA). Ibu saya mengutamakan bahasa arab & agama dalam hidup saya, manakala ayah saya nak saya mahir sains & matematik. Masa form 1 saya lemah semangat nak belajar, kerana dipinggirkan oleh classmates dan selalu difitnah oleh sorang diva dalam kelas ni, tapi tak lama lepas tu dia berubah n kekadang nasihat saya. Dalam hati saya bersyukur Allah bagi kawan ni walau mula mula macam syaiton tapi dah lama dia jinak dengan saya.
Naik tingkatan 2 ada seorang ust dari kelantan baru posting kat sekolah saya, kali pertama dia masok kelas terus dia ceramah kita orang tentang pentingnya belajar sungguh sungguh. Allah izinkan masa tu jadinya titik tolak dalam hidup saya, dan saya berazam untuk capai kejayaan at any cost (padahal saya spesies kuat tido dalam kelas).
Bila saya tak faham sesuatu soalan, saya akan tanya cikgu, teacher, n selalu saya follow ust kelantan ni g mana mana untuk tanya soalan bahasa arab walaupun dia nak ke tandas guru lelaki. Saya merasakan masa itu platinum, sanggup kejar mana mana guru selagi mana dalam kawasan sekolah. Dalam banyak banyak subjek, saya paling lemah matematik. Naik tingkatan tiga pon bengap matematik tak boleh bendung.
Namun ibu ayah saya tak jemu ceramah saya di rumah, rotan bila dapat gred c ke bawah, siap tiup di ubun ubun bacakan surah n zikir bagi terang sikit hati ni. Sampai percubaan PMR saya dapat 1A je, tu pun subjek agama. Subjek lain dapat B tapi matematik ni dapat D la jugak, menangis saya tepi bucu meja kelas tu habis usaha dah saya belajar.
Cikgu matematik kelas saya ambil inisiatif untuk bantu saya dengan tambah lagi ceramah free yang sentap dan bentukkan disiplin saya dahulu. Saya akur dan ikut segala tips cikgu ni beri. Nak tahu tak lepas keluar result PMR saya dapat apa? 8A 1B. B tu english.
Result saya paling tinggi result dalam kelas, same level as budak kelas hebat lain. Tapi disebabkan saya ni tak menyerlah kat sekolah, penglibatan kurang so saya tak tersenarai penerima anugerah cemerlang sekolah. Kawan saya yang lain dapat result 6A pon tersenarai anugerah pelajar cemerlang, 7A pon dapat, siap dapat cemerlang subjek lagi. Tapi saya tak dapat semua tu. Desperate gak la.
Lepas tu ayah saya posting ke daerah lain n saya dapat tawaran sekolah asrama penuh, better daripada sekolah tu. Alhamdulillah kini saya telah menjadi graduan IPTA dan menjadi seorang guru (masih niat nak sambung belajar lagi).
Di sini saya nak highlight kan setiap guru mesti nampak potensi dan mesti hargai budak dan usah putus asa walau pelajar kita ada yang lemah dalam pelajaran, tapi berusaha untuk berjaya ubah masa depan. Jangan sesekali pinggirkan golongan ni, kerana golongan ni juga sentiasa mengingati jasa dan selalu mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada semua guru mereka walau di mana berada.
Ingat, kita mesti beri layanan sama rata kepada murid. Gilapkan potensi mereka sehingga ke puncak kejayaan selagi mana kita mampu. In sha Allah hari kemudian kita berbangga mereka inilah kita pernah ajar dulu dengan penuh ikhlas dan hasilnya membuahkan kejayaan.
Sekian, terima kasih.
– H
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit