Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada admin seandainya confession ini dapat disiarkan untuk renungan sejenak oleh rakan-rakan muka buku yang lain.
Terutamanya, bagi golongan pendidik yang menjawat jawatan sebagai pensyarah tidak kira di mana kalian berada.
Sedikit pengenalan, aku merupakan seorang alumni daripada satu universiti islam terkemuka dan kini melanjutkan pelajaran lepasan ijazah diploma pendidikan di sebuah universiti awam yang lain.
Oleh kerana kecintaan aku terhadap bidang pendidikan, aku bercita-cita untuk menjadi guru yang suatu hari nanti mampu membawa perubahan dalam sektor pendidikan tanah air.
Beberapa ketika ini, banyak kisah tidak enak berkaitan pendidik tidak kisahlah guru mahupun pensyarah.
Hari ini, aku akan berkongsi pula masalah yang aku hadapi. Aku yakin akan ada beberapa individu yang tidak bersetuju dengan confession aku pada hari ini.
Sebarang kecaman, aku terima dengan lapang dada. Baiklah, kita mulakan ya?
Guru-guru seMalaysia pasti familiar dengan PAK-21, iaitu pendidikan berteraskan murid-murid. Guru bertindak sebagai pemudah cara di dalam kelas.
Pensyarah tempat pengajian aku ni pun cuba mengimplimentasikan pendekatan PAK-21 ni pada kami.
Tetapi aku rasa meraka seakan-akan menyalahgunakan PAK-21 ni dengan meletakkan tanggungjawab mengajar kepada kami.
Aku masuk PGDE ni pun sebab aku sendiri tak ada basic knowledge dlm bidang education. Tiba-tiba pensyarah suruh kami bentang topik-topik ikut syllabus yang beliau dah susun kepada rakan-rakan lain.
Maka nanti, kami sekelas berkongsilah nota-nota dan slides yang kami dah sediakan antara satu sama lain.
Senang betul kerja beliau. Masuk kelas just tambah-tambah je apa yang tak cukup dalam nota pelajar.
Aku tak kisah sangat kalau bahan presentation banyak dan boleh didapati melalui pencarian internet, tapi kau sendiri pun tak boleh pastikan kesahan dan kebolehpercayaan hasil carian yang kau jumpa tu.
Bagi aku, ini semacam menyalahgunakan pendekatan PAK-21 tu.
Instead of bentang pasal project assignment, kita kena bentang syllabus pula sedangkan kita sendiri tak tau ntah betul ntah tidak apa yang kita bentang tu.
Lagi satu, aku rasa ramai je kat sini yang susah nk faham apa kawan-kawan bentang. Mesti nak pensyarah sendiri yang bentang baru boleh masuk dalam minda.
Kadang-kadang kawan yang bentang tu pun bentang sekadar halai-balai dan penyampaian tak menarik.
Selalu juga aku rasa stress bila nak kuiz tapi tak faham certain topics sbb elaboration kawan2 tak berapa nak jelas.
Mohon sangat lecturers di luar sana, laksanakan tugasan mendidik anda dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Kami ni dahagakan ilmu.
Kalau dah macam kami pula yang mengajar, terbit jugalah rasa tak puas hati di situ. Kalau kami memang tahu, kami pun tak nak sambung belajar,
Tapi kami ni hanya insan serba kekurangan yang masih memerlukan tunjuk ajar para pensyarah kami.
Terima kasih.
– Pelajar Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit