Assalammualaikum semua. Nama aku Di, seorang anak sulung daripada 4 adik beradik, kehilangan ayah 13 tahun yang lalu dan mak seorang yang menjaga kami 4 beradik. Dan semestinya keluarga akan letak harapan yang tinggi pada anak sulung kan. Sini aku nak cerita sikit pengalaman aku yang tk seberapa. Mungkin cerita ini akan menjadi sedikit panjang.
Aku seorang pemegang diploma salah sebuah IPTA, tetapi memilih untuk bekerja dahulu sebelum sambung ijazah, alhamdulillah aku dapat offer kerja dekat tempat praktikal aku dulu. Walaupun starting gaji hanya rm1000 masa tu, aku dah bersyukur sbb dpt kerja dan sebab dapat tambah pengalaman, .
Selepas 6 bulan kerja aku apply masuk uni semula atas permintaan mak aku yang nak tgk anak-anak dia ada segulung ijazah. Pada mulanya aku nak sambung PJJ tapi atas nasihat mak aku untuk sambung belajar secara sepenuh masa. aku pun apply untuk sambung belajar secara sepenuh masa.
Dalam awal tahun 2017, aku dapat result yang aku diterima masuk belajar di IPTA di negeri selangor tetapi bidang yang tidak sama dengan bidang yang aku belajar masa diploma. Aku berbincang dgn mak sebab aku tak minat dengan bidang. Dan akhirnya aku pergi juga selepas berbincang dengan mak aku. Pada bulan pertama aku langsung tak boleh nak terima apa yang aku belajar tapi aku kuatkan semangat sebab ini adalah harapan mak aku dan arwah ayah aku.
Pada bulan kedua sampai lah final exam, aku tiba-tiba rasa ‘eh seronok lah pulak sebab aku dah mula faham apa yang aku belajar’ aku jadi yakin yang aku memang boleh habiskan degree dalam bidang ini. Sampai lah masa final. Mmg aku struggle lah study sbb aku tahu aku boleh buat. Sampaikan kawan-kawan aku cakap aku ni boleh pass subjek core ni. Dan kesemua carry mark aku adalah di paras yang memberangsangkan.
Tetapi langit tak selalunya cerah, bila result keluar dan result aku adalah yang tak dijangka- jangka itu memberitahu bahawa “STATUS : DISSMISS” masa tu aku rasa mcm eh yeke. Log out dan log in semula student portal sebab aku tahu ni salah. Dan jawapan ia tetap sama. Aku jadi terdiam, lama-lama aku menangis. 1 hari tak keluar bilik 1 hari tak makan. Dan mak aku tahu tentang ni. Dia tak pernah tengok aku down mcm ni. Sampai mak masuk bilik bagitahu “tak apa bukan rezeki kamu nanti cuba lagi” masa tu lagi laju air mata ni jatuh. 2-3 hari selepas tu aku cuba cari jawapan kenapa aku gagal.
Untuk pengetahuan aku dismiss sebab aku failed 2 subjek biasa dan 1 subjek core yang creditnya memang tinggi. Aku tak kisah 2 subjek yang biasa tu failed sbb aku rasa tu normal (ini mmg dah target awal2 dua subjek ni akan failed hehe) sebab aku boleh repeat subjek tu untuk next semester tetapi bila subjek core aku tu failed ia membuatkan pointer aku rendah. Aku jadi lagi down bila aku cuba google jalan penyelesaian seorang pelajar dismiss untuk sambung semula pengajian dan kesemua jawapan yang aku terima kesemuanya adalah negative.
Aku cuba untuk call lecturer yang mengajar, dan ingin tanya apa salah pada kertas jawapan aku. Dan dia kata ini adalah confidential dan aku perlu bayar RM50 untuk cek semula kertas jawapan. Okay pada mulanya aku rasa buat apa aku rechecking kertas jawapan tu sebab STATUS aku sememangnya DISSMISS dan aku sudah pun dibuang universiti. Dan lagi satu result itu akan diperiksa selepas bermulanya kelas yang pertama. jadi memang tiada gunanya kalau aku rechecking kertas jawapan.
tetapi dengan rasa ketidakpuasan hati ini. Aku tetap bayar RM50 untuk checking semula kertas jawapan. Tetapi pihak pentadbiran sudah bagitahu awal-awal yang apa sahaja result yang keluar tidak akan mengubah apa-apa. Sebab status dismiss aku mmg tidak boleh tukar. Dan aku akur. Masih juga isi borang untuk rechecking kertas jawapan.
Selepas 2 minggu ke 3minggu aku dah tak ingat berapa lama. Aku dapat result rechecking kertas jawapan. Dan paper aku untuk subjek core adalah B! Selepas tengok sahaja result rechecking tu aku cuma pandang dengan perasaan kosong sebab pihak pentadbiran sudah bagitahu awal-awal yang apa jua result yang keluar tidak akan mengubah apa-apa atas status aku dismiss. Tetapi aku pergi berjumpa dengan lecturer yang mengajar. Aku pergi ke biliknya, ketuk.. ketuk.. ketuk.. dan ketuk.. tiada jawapan.
Untuk makluman sebelum aku ke pejabat dia, aku sudah beritahu pada lecturer tersebut yang aku nak jumpa dan tanya beberapa perkara dengan dia. lebih 10 minit masih tiada jawapan, tetapi aku boleh rasa angin aircond di celah pintu bawah pejabatnya. Untuk beberapa hari aku cuba untuk jumpa dengannya tetapi gagal. Dan aku akur dengan apa yang aku dapat. Aku pulang semula ke kampung dan bagitahu dengan mak apa yang jadi. Mak hanya mampu mendiamkan diri bila tgk keadaan anak dia yang asyik menangis, tak makan. Mak mana yang sanggup tengok anak dia macam ni kan?
Aku asyik fikir apa yang aku kena buat lepas ni, aku jadi bodoh seketika. Otak aku tidak berfungsi dengan baik. Aku selalu fikir negative. Aku selalu rasa aku ni tak guna dan hanya menyusahkan orang. Aku jadi lagi stress bila saudara-mara tanya “kenapa susah sangat ke?” “kenapa berhenti belajar?” kenapa? Kenapa? Kenapa? Dengan keadaan aku yang tengah down aku explain juga kepada mereka kenapa aku dah tak sambung belajar, tapi keesokkan harinya masih lagi tanya soalan yang sama membuatkan aku jadi stress.
Aku bukan suka-suka berhenti belajar tapi aku diberhentikan dan dibuang. Dan digagalkan oleh seorang lecturer yang aku tak tahu apa yang tak puas hati dengan aku. Sedangkan di dalam kelas aku seorang yang senyap, tak banyak bertanya sbb aku tgk bila classmate aku bertanya dia pulak marah balik kepada kita. Jadi sebab itu aku diamkan diri dan hanya study sendiri, study dengan kawan-kawan atau tanya pada lecturer yang lain kalau tak faham. Aku jadi malu nak berjumpa dengan orang. Aku switch off phone, off whatsapp, aku off semua socmed yang aku ada dan aku berkurung dalam bilik sepanjang hari.
Selepas beberapa minggu baru aku dapat berfikir secara rasional. Aku buka Jobstreet untuk cari kerja, hantar email resume kebeberapa syarikat. Alhamdulillah tak sampai sebulan aku menganggur aku dah dapat offer kerja yang gajinya agak lumayan pada aku.
Mungkin ALLAH kurangkan rezeki aku untuk sambung belajar tetapi ALLAH bagi semula rezeki aku dengan cara aku dapat kerja dan tampung segala perbelanjaan untuk diri sendiri. Dan sekarang aku tgh fikir untuk sambung PJJ sebab aku nak mak tengok aku naik pentas untuk dapatkan segulung ijazah dan doakan aku supaya aku dapat permudahkan segala urusan.
– Di
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit