Pelajar Kena Buang Universiti II

Sebelum baca confession ni, aku pernah menulis di IIUM Confession ni juga pada 5 tahun lepas.

Ini link nya, https://iiumc.com/pelajar-kena-buang-universiti/

Mungkin posting dapat memberikan semangat kepada mereka yang senasib dengan aku.

Sebelum itu aku ingin berterima kasih kepada mereka yang telah memberikan komen positif dan tak kurang juga negatifnya pada postingan dahulu. Semua komen itu aku terima dengan hati terbuka.

Pada masa itu, aku sudah turun naik pejabat pentadbiran dan pensyarah penasihat aku pun cuba untuk betulkan semula result aku tapi keputusan dia sangat tidak memberangsangkan, tiada orang atasan pun nak membantu. Penat dan buang masa.

Akhirnya aku buat keputusan untuk pulang ke kampung dan tolong mak di taska sementara aku nak dapatkan semula semangat untuk terus melangkah ke depan.

Dan malangnya selepas kejadian ‘dismissed’ dari IPTA tersebut aku di diagnose depression dan juga anxiety pada tahap yang agak bahaya. 3 tahun lebih aku bergantung dengan ubat.

Tapi Disebabkan tak nak family risau, aku apply kerja di luar negeri dan alhamdulillah aku dapat kerja dalam bidang yang memang aku ambil masa belajar diploma.

Dan dari situ aku cuba pergi jumpa pakar psikatri, mulanya aku takut sebab yelah nanti orang cakap aku sakit mental pulak disebabkan perkara yang remeh ni.

Tapi tetap juga pergi sebab aku takut aku akan jadi lebih teruk dan tak pernah sekali pun dalam masa 3 hingga 4 tahun tu aku fikir positif.

Perkataan gagal tu sentiasa dalam fikiran, hari-hari menangis jangan cerita lah. Mak call tanya khabar pun rasa nak menangis. Walaupun orang nampak benda ni macam remeh tapi itulah hakikat dia, sebab kita yang alami benda ni.

Aku cuba untuk sibukkan diri dan aku memilih untuk cuba sambung belajar secara part time disebuah IPTA yang lain,

Tetapi sebelum itu aku minta nasihat doktor dahulu dan doktor bagitahu tiada masalah as long as depression aku tidak menjadi lebih lebih teruk. Dan alhamdulillah diterima.

Tetapi bukan takat tu je, aku pernah terfikir juga nak berhenti belajar sebab kekangan duit pada masa tu. Tapi mak bagitahu tak apa, duit boleh dicari.

Jadi aku teruskan belajar dan perkara paling ajaib yang berlaku pada aku, tahun ketiga aku sambung belajar, aku dah tak perlu makan ubat tidur atau ubat-ubat yang lain.

Aku mampu untuk tidur sendiri dan aku jadi tak mudah panik kalau ada perkara yang boleh triggered emosi aku.

Mungkin benda ini jadi disebabkan sibuk belajar dan kerja, dan mungkin juga aku mempunyai kawan-kawan sekelas yang banyak membantu. Bersyukur adanya mereka semua ini.

Boleh dikatakan sepanjang aku sambung belajar memang macam-macam dugaan aku tempuhi, nak pergi kelas pun aku korek tabung tetapi harini dengan berkat doa mak dan family.

Aku mampu untuk memberikan keselesaan kepada family. Aku boleh tanggung semua perbelanjaan family tanpa mengeluh. Dan aku mampu untuk membuka firma sendiri dengan simpanan yang ada.

Dan inshaAllah pada tahun ini juga aku akan menghadiri konvokesyen yang selama ni aku tak sangka yang aku akan habis belajar walaupun aku habis belajar agak lambat dari kawan-kawan yang sebaya dengan aku.

Disebabkan perkara ni juga, aku belajar satu benda iaitu bersyukur. Aku bersyukur dengan apa aku ada. Dan aku diajar untuk tidak bandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang sebab dugaan setiap orang itu tak sama

Kepada adik-adik diluar sana, jangan pernah putus asa dengan apa yang berlaku. Tuhan takkan uji kita kalau kita tak boleh nak hadapi masalah tu.

Dan perkara setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun ambil masa kita nampak hikmah tu tapi percaya lah ia akan berlaku juga.

– Di (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tahniah..! Akhir nya awk berjaya juga meraih segulung ijazah dan pulih dari gangguan mental etc.. Inshaa Allah, di mana ada usaha, di situ ada jalan penyelesaian nya.. sabar, syukur, rajin dan usaha itu kunci kejayaan awak.. Dan sudah semestinya dgn izin Allah SWT jua.. wasalam n syabas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *