Salam Hi. Thank approve confession aku ni. Nak cerita & bagi tips pada yang akan melaporkan diri di tempat Latihan Industri.
Setelah beberapa step yang korang dah buat sebelum membuat permohonan, sekarang tiba masa untuk korang laporkan diri kat syarikat tu.
Nak dijadikan cerita, aku Farah ditugaskan di bahagian HR di syarikat swasta. Banyak dah aku jumpa orang yang nak apply internship dengan apply kerja. Macam2 ragam. Ha tu lantak lah. Aku nak bagi tips bila engko dah diterima oleh sesebuah syarikat. Tak kisah lah gov/ swasta.
1) pandai bergaul
Kau jangan bodoh sombong tak nak berborak dengan orang. Tapi janganlah berborak aje keje ko. Kang aku potong markah LI kang
2) rajin
Kau tengah buat latihan industri tau. Kau tak perform, markah kau syarikat yang bagi. So kau kena la tunjuk effort. Jangan nak tunggu semua benda orang hulur depan mata. Mesti ada inisiatif utk cari kerja. Pergi la kat meja sesiapa “ada apa apa nak tolong tak?”
3)Buku log.
Ada company yang memang tekankan buku log. Macam aku, aku akan makesure intern akan hantar buku log diorang setiap hujung bulan. At least aku tahu dia ada effort utksiapkan buku log. Aku buat macam tu bukan nak siksa korang, berguna jugak benda tu untuk kau rujuk masa buat report korang yang nak kena hantar kat Lecturer korang nanti.
4)respect
Respect semua orang. Tak kisah la orang tu cleaner ke pekerja kontrak ke. Takkan pasal adab pun syarikat nak kena ajar? Fikir sikit awak tu dah besar. Jangan fikir kau dah degree, kau nak perkecil kecilkan orang. diorang tu dah ada kerja, awak tu masih merangkak buat LI lagi. Jauh lagi perjalanan.
Aku taknak la bebel lelama. Nanti ada yang muak baca. Take note okay para intern akhir sekali, korang yang baca ni setuju tak apa aku tulis ni??
sekian terima kasih
– Farah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit