Salam Sejahtera kepada semua pembaca..terima kasih sekiranya entri ini di luluskan untuk dijadikan pengajaran kepada semua di luar sana. Entri kali ini berkenaan MC iaitu Medical Certificate palsu dalam kalangan pelajar praktikal. Saya bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Selama saya bekerja, saya telah berhadapan dengan bermacam jenis perangai manusia terutamanya berkenaan dengan hal disiplin. Perkara yang ingin saya titikberatkan disini ialah berkenaan penggunaan MC palsu yang saya lihat semakin berleluasa dalam kalangan para pelajar praktikal masa kini.
Untuk pengetahuan anda semua, tahun ini sahaja pihak pengurusan telah membuang seramai 7 orang pelajar praktikal di sebabkan oleh penyalahgunaan MC palsu. Polisi syarikat kami adalah sekiranya pekerja tersebut didapati menggunakan MC palsu maka secara automatik pekerja itu akan dibuang kerja pada hari itu juga tanpa ada peluang kedua itu pun setelah mengambil kira keterangan dari pekerja tersebut.
Apabila dah kena buang, maka bermula lah episod tangisan oleh pelajar tersebut cuba untuk menyalahkan pihak syarikat. Pernah 1 kes pelajar tersebut dibuang sedangkan lagi 2 hari lagi nak habis praktikal. Puas dia merayu kepada pihak pengurusan tetapi rayuan tetap tak di terima. Bayangkan, susah senang anda selama 2-3 tahun bersengkang mata belajar, buat assignment, group project lepas tu alih-alih lagi 2 hari nak habis praktikal kena buang. Sudah tentu pihak kolej atau universiti malu dengan perangai sebegitu kerana selagi anda bergelar pelajar, ke mana pun anda pergi anda tetap membawa nama kolej atau universiti tersebut. Bagaimana pula dengan Ibu bapa. Saya nak tanya Pernah terfikir tak macamana dengan perasaan ibu bapa anda sekiranya mereka tahu anda dibuang kerja atau dibuang dari praktikal hanya kerana MC itu palsu. Anda anak orang kaya kah yang boleh ulang semester yang sama berkali-kali? Tak terfikir ke susahnya nak cari duit tu. Pada yang anak orang kaya mungkin tak kisah tapi kalu bukan dalam kalangan orang kaya macamana? PTPTN? Duit ibu ayah? Sanggupkah anda mengulangi semester yang sama sedangkan kawan-kawan yang lain telah pun graduate dengan gembira. Anda tak malu pada diri sendiri?
Kes yang lain di mana pelajar tersebut bermati-matian mengaku bahawa dia semememangnya mengambil MC tersebut dari pihak hospital atau klinik tetapi apabila ditunjuk bukti atau surat dari pihak klinik atau hospital bahawa MC tersebut bukan dari pihak mereka maka pelajar tersebut hilang kata. Kes lain pula apabila alasan pelajar tersebut adalah dia tidak mampu untuk ke klinik lalu dia meminta rakan untuk membelikan MC itu kerana rakannya itu kenal dengan doktor yang boleh memberikan MC percuma tanpa perlu ada consultation.
Untuk pengetahuan anda, proses pertama untuk mengenal pasti MC itu asli atau palsu adalah dengan berurusan dengan klinik atau hospital yang tertera atas kertas MC itu dan untuk mendapat jawapan (reply) sangat mengambil masa. Ada yang sampai 3 bulan lamanya. Itu yang kadang-kadang pelajar rasa setelah 3 hari hantar MC tetapi tidak dipanggil oleh pihak pengurusan mereka berasa senang hati kerana ingat telah terlepas dari kesalahan tersebut. Jangan mimpi ya.
Oleh itu, saya mohon sangat-sangat kepada para pelajar di luar sana yang sedang dalam praktikal atau bakal menjalani latihan praktikal, tolong tolong tolong lah jangan terpengaruh dengan penggunaan MC palsu. Memang MC itu senang dapat dan mungkin murah untuk dibeli, tapi tolong lah fikir masa depan anda juga. Kalau sekiranya anda tidak dapat turun kerja atas sebab peribadi cuba lah bawa bincang dengan boss anda atau pihak pengurusan. Jangan takut. Pihak pengurusan bukan makan orang. Setiap perkara boleh di bawa bincang. Kalau anda sakit tapi tidak pergi klinik, mohon la unpaid leave (tak berbayar). Jangankan kerana nak save duit elaun tu anda sanggup ambil MC palsu dan apabila kedapatan anda akan dibuang. Rugi dik, sangat rugi. Rugi masa dan tenaga anda di situ.
Saya mohon sangat kepada bakal pelajar praktikal tolong baca artikel ini demi masa depan anda.
Terima kasih.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit