Niat update confession ni adalah untuk membantu sahaja bukan menjatuhkan.
Sebab saya pernah bergelumang dengan pelajar tahfiz lebih kurang setahun 6 bulan. Makan minum tidur semua dengan mereka. Hatta makan sedulang dengan mereka.
Mereka ni rajin cerita masalah pada saya sebab bagi mereka kami Asatizah nilah ibu bapa mereka di madrasah.
Bayangkan, 3 bulan sekali balik rumah, outing 1-2 bulan sekali. Anak mana yang tak rindukan mak dan ayah kan. .
Ok itu intro.
Ni tentang confident level mereka pulak.
Mereka ni ilmu penuh didada. Alquran, tak payah cakap la. Kalau kita soal, jawabnye tu sangat bagus. Boleh dikatakan diorang punya tahap IQ sangatlah tinggi. Berkat dekat dengan Allah. Hafal ayat Allah.
Mereka ni kalau masuk sekolah biasa, ilmu nak meresap masuk dalam otak tu dah macam span aje. Kalau ayat Quran yang Bahasa Arab tu mereka boleh kuasai, pastinyalah pelajaran lain yang jauh lebih mudah mereka boleh kuasai. In Shaa Allah.
Tapi bila berhadapan dengan orang luar, confident level mereka jadi low.
Kalau diberi tugas bercakap dengan seseorang, dia punya tak nak tu siap boleh mencangkung/ menangis/ merengek tak nak cakap sebab malu.
Kalau disuruh bagi pendapat pun tak berani. Tapi idea mencurah-curah.
Kalau berhadapan dengan pelajar yang bukan tahfiz, atau pelajar yang ambil akademik, dia akan rasa low sangat.
Nilah yang dirasakan oleh salah seorang anak murid saya yang nak ambil SPM tahun ni. Dia rajin datang rumah saya Tusyen Bahasa Arab.
“Ustazah, masa saya mula2 masuk sekolah tu, rasa blur. Pelik. Tak selesa sebab ada lelaki. Tak ada perasaan. Maksudnya rasa kosong. Rasa macam tak tau apa2. Tapi bila dah lama-lama barulah rasa confident.”
Itu selepas dia kena buat banyak pembentangan menggunakan powerpoint, pergi kem, diberi ceramah dan motivasi selalu.
Nampak tak? sememangnya mereka kurang confident.
Jadi dekat sini ada sedikit cadangan untuk menaik tarafkan confident level mereka. Bukan sebab apa, mereka yang berilmu agama ni sangat diperlukan oleh masyarakat.
Kalau diorang tak boleh nak berhadapan dengan masyarakat, macam mana nak sampaikan ilmu? Mereka ni perlukan confident dan soft sk1lls.
1. Perbanyakkan aktiviti dengan masyarakat seperti pergi berkhidmat dirumah orang tua atau bersihkan masjid dan kawasan oerkuburan. Orang kalau duduk dekat satu tempt untuk satu tempoh yang lama tanpa keluar kemana-mana dia akan jadi tepu. Dia ras terbatas.
Jadi kalau kita nasihatkan pun benda kalau dah tepu, buat letih kita saja. Jadi guru2 kena bagi kepercayaan pada pelajar untuk mereka bersilat diluar sekolah.
Didalam sekolah pun dah ada khidmat kan? Jadi mereka ni tak betah dengan kerja2 khidmat. Lagi pun dirumah orang tua dan masjid. Cari masa yang sesuai.
2. Selalu bagi motivasi kepada mereka. Menghafal quran sahaja tak cukup untuk mereka mentadabburnya.
3. Motivasi daripada guru mestilah dah ada. Selalulah jemput penceramah dari luar atau orang2 berjaya datang untuk suntik semangat baru pada mereka.
4. bagi mereka join kem2 jati diri ni. Kalau kata modal besar, cari kem2 yang dianjurkan oleh orang luar, biar mereka join. Cuma sebelum mereka join kena selalu nasihat supaya tak terikut-ikut dengan budaya tak elok.
Tapi saya faham, nasihat sahaja tak cukup. Saya pun pernah mengalaminya. Sebab nak menjaga pelajar tahfiz ni jauh lebih susah berbanding pelajar disekolah biasa.
5. Kalau tak mampu arrange kem, kena selalu bagi pelajar ni belajar dengan cara dua hala. Bukan guru saja yang mengajar di depan tapi pelajar mengangguk-angguk dibelakang kononnya faham.
Biar mereka pula yang buat pembentangan. Tak apa kalau salah pun. Biar mereka rasa semangat nak sampaikan ilmu. Guru boleh bantu.
6. Bagi mereka peluang untuk menjayakan sesuatu majlis. Biar mereka dengan idea mereka. Kita hanya perlu menilai. Bagi tahu awal2 kita tak akan masuk campur urusan mereka nak hias pentas macam mana, mereka nak buat plot program macam mana.
Cuma kalau ada perkara yang perlu kita tegur, kita tegur. Bukan bermakna kita berlepas tangan. Cuma nak melihat tahap kretifnya otak mereka ni.
Bila dah siap semuanya, mereka akan rasa confident sebab “ooo rupanya aku ni berkebolehan jugak.. aku ni ada potensi nak itu ini.. ”
7. Bagi peluang mereka berceramah berdurasi beberapa minit untuk melancarkan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut mereka tu.
Masa kami dulu kami buat Qultum (Kuliah tujuh minit). Mereka tak sabar menunggu setiap malam jumaat untuk mendengar tazkirah ringkas dari kawan-kawan. Saya pula akan top up mana yang perlu.
Saya percaya mesti kebanyakan tahfiz dah buat apa yang saya cadangkan ni. Tahniah untuk anda. Mungkin anda dah buat lebih. Tahniah juga untuk itu. Tapi bagi yang belum terfikir, mungkin ni adalah sedikit idea yang dapat dimanfaatkan.
Mana yang baik kita boleh ambil. Mana yang tak elok kita boleh tinggalkan.
– Ustazah pencen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit