Assalamualaikum readers sekalian. Terima kasih admin kalau sudi approve confession aku ni.
Aku tak tahu nak mula dari mana. Macam tajuk kat atas ni, aku salah seorang mahasiswa yang dikira bertuah la dapat belajar atas tajaan kerajaan. Nak kata aku budak bijak, takde laa sangat. Tapi, aku selalu bernasib baik sebab setiap kali peperiksaan besar aku dapat straight A. So, waktu SPM parents aku dah target aku konon dapat paling kurang 9A. Tapi, aku gagal penuhi impian parents aku dengan hanya peroleh 6A sahaja. Bermula dari episod kegagalan aku waktu SPM tu, aku tekad nak belajar sungguh2 waktu matrikulasi dan Alhamdulillah aku dapat keputusan yang cemerlang dan result tu aku guna untuk dapatkan biasiswa aku ni.
Waktu matriks dulu, aku jadi tempat rujukan kawan2. Siapa tak paham diorang akan tanya aku. Aku pun happy sebab dengan mengajar, aku belajar banyak benda. Tapi, semuanya berubah bila aku masuk satu universiti awam yang terkemuka di Kuala Lumpur. Aku jadi sangat pendiam, low self-esteem, tak berani nak berkawan. Sebab aku rasa aku tak layak duduk universiti tu. Mana tak nya, asal tanya sekolah mana masing2 jawab SBP, MRSM dan sekolah2 yang hebat. Aku ni sekolah biasa2 je. Bantuan kerajaan.
Sebenarnya, mula2 masuk tu aku takde laa rasa rendah diri sangat. Tapi, bila setiap kali group discussion aku cuba nak bagi cadangan and cuba nak terangkan kat groupmate (who is actually my close friend in this uni) pasal cadangan aku tu diorang pandang aku macam “Kau ni bodoh, tak patut bagi cadangan, so shut ur mouth” sekali dengan pakej glaring eyes + gelak2 perlekehkan cadangan aku. EVERY SINGLE TIME. Lama2, aku rasa aku ni memang bodoh. And, bila aku bagitau aku dapat scholarship diorang sekali lagi bagi pandangan yang mencurigakan sebab diorang tahu yang bapak aku kerja syarikat tu. Niat aku bagitau diorang sebab aku nak share khabar gembira dengan kawan2, tapi reaction diorang buat aku sedih. Diorang siap cakap “Memang la kau dapat, bapak kau kerja situ. Senang laa nak dapat biasiswa”. Sejak haritu, ayat tu selalu bermain dalam kepala aku. And baru2 ni, bapak aku cakap “nasib baik bapak call pegawai tu cakap awak tu anak bapak, kalau tak awak mungkin tak dapat biasiswa tu”. Aku speechless.
Ditakdirkan result aku tak berapa bagus waktu semester pertama. Tapi still atas 3 pointer laa. Cuma kriteria penaja nak result atas 3.3 untuk setiap semester. Jadi waktu ni aku dah down dah. Aku terpikir “Aku dapat biasiswa sebab bapak aku ke?” Aku start persoalkan diri aku sendiri. Dari semester ke semester result aku turun naik. 3 pointer, 2 pointer, 3 pointer, 2 pointer. Tapi tak pernah lepas 3.3 tu. Aku dah cuba macam2. Result aku macam tu jugak. Aku dah tatau nak buat apa. Aku terpikir perlu ke aku teruskan lagi biasiswa aku ni? Atau aku patut stop and bayar balik apa setakat yang aku dah dapat sampai ke harini. Masalahnya, aku bukan ada duit nak bayar one-off. Aku dah nak masuk semester baru dah ni. Aku dah cuba kurangkan jam kredit aku. Aku dah cuba tips2 budak dekan yang diorang selalu share. Apa lagi yang aku nak buat? Aku sendiri dah lost. Aku tak ingat dah macam mana nak study. Macam mana nak score. Aku sirius dah buntu. Aku penat. Aku ada some problem within my family members. My parents hampir bercerai. Dengan masalah kawan dekat uni. Dengan masalah result. Plus, haritu aku dah didiagnos dengan masalah depresi and anxiety. Sometimes I just want to end all of this forever but nasib baik aku ni takut darah and penakut. I’ve never tried to kill myself but, selalu terpikir yang my family and the whole world would be better without my presence.
Aku nak mintak tolong sesiapa yang ada tips untuk score sila laah comment. Sesiapa yang nak justify aku samada aku should stop or terus sambung biasiswa ni, aku persilakan jugak. Sebab aku sangat2 buntu. Sebenarnya, waktu mula2 dapat tawaran tu aku terfikir jugak aku mampu ke nak dapat result above 3.3? But, my parents insist aku amek jugak. So, aku pun amek jelaaa. But, now I am starting to regret my decission. Maaf kalau jalan cerita tak menarik and berterabur. I just dont know who to talk to. Please help me.
– Si Nona
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit