Assalamualaikum, terima kasih kepada admin kerana menyiarkan tulisan saya ni..
Seperti tajuknya, saya adalah salah seorang pelajar tajaan JPA keluar negeri pada tahun 2000. Menurut kontrak biasiswa yg ditandatangani bersama 2 org penjamin, selepas selesai pengajian, para penuntut akan diambil sebagai tenaga pengajar di institut pengajian teknikal dibawah Jabatan Tenaga Kerja (masa tu masih lagi Jab Tenaga Rakyat)
Selepas sessi temuduga di CIAST Shah Alam, senyap sunyi tak de kabar berita dengan offer tu. Katanya selepas 6 bulan tiada berita, anggaplah permohonan anda tidak berjaya. Namun, selepas 7 bulan dr tarikh temuduga, dtg 1 surat tawaran melanjutkan pelajaran keluat negeri. Komfom aku manusia paling happy masa tu… Tapi awal² nya arwah mak aku tak setuju untuk aku keluar negeri. Kebetulan masa tu banyak kes random shooting. Tu yg buat mak aku takut.
After very short 2 weeks, berangkatlah kami ke negara orang. Nasib baik gak la cakap english gak, buatnya kena hantar gi jerman ke, jepun, lebam aku nak blaja bahasa lagi…
Study HND je, tp dah rezeki kena hantar luar negeri, segala perbelanjaan ditanggung. Ambik je la peluang tu..
Namun, selepas tamat pengajian, kembali ke Malaysia selepas 3 tahun…janji hanya tinggal janji..hanya few selected students je yg kena ambik keje ngn kerajaan. Selebihnya, pandai² la bawak diri masing². Selepas 2 tahun balik Malaysia, masih tak de tawaran yg dijanjikan. So secara automatic kontrak void…Yg menjadi penyesalan, kalau lah tau bila balik tak de keje. Tentu aku keje luar negeri jer dari dulu..saya terpaksa menolak offer bekerja disana kerana memikirkan kontrak dgn JPA. Yg mana kalau breach, mesti bayar balik RM60K dalam masa 60…kesian la penjamin² aku…nak sangat kerja ngn kerajaan, lepas tu apa pun tak dapat..saya bukan pelajar yg buat loan dgn JPA..saya pelajar TAJAAN/BIASISWA JPA..pun tak dpt keje dgn kerajaan.
Alhamdulillah, selepas 14tahun, dapat kerja yg saya inginkan dan yg pastinya bukan di Malaysia. Walaupun kini bermastautin dan bekeluarga dinegara org, saya tak pernah lupakn keluarga d Malaysia. Alhamdulillah disaat² akhir awrah mak saya saya sempat balik, mintak maaf dan saya dapat uruskan jenazah mak saya…
So kepada yg ada cita² nak keje kerajaan, good luck..
Semoga impian menjadi nyata….
– Pekerja Asing Dinegara Orang –
– – Pekerja Asing Dinegara Orang –
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit