Pelajar ‘Top Five’

Assalamualaikum pembaca sekalian. Terima kasih admin sekiranya artikel ini di approve.

Sedikit pengenalan mengenaiku, kawan baik aku panggil aku T, orang normal panggil aku nama penuh dan aku berusia 27 tahun. Dan seperti tajuk, aku merupakan salah satu top scorer dizaman sekolah, dan sentiasa memegang salah satu tempat dari top 5 dari darjah satu ke tingkatan 5.

Aku terpanggil untuk turut menulis kerana rasa terkilan dan bersimpati dengan seorang anak yang BARU berusia 7 tahun tapi telahpun dilabelkan sebagai gagal oleh ibunya. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/hari-anugerah-cemerlang-bukan-milik-anakku/).

Aku bersimpati kerana aku rasa aku tahu apa akibatnya nanti terhadap keduanya, ibu dan anak itu sendiri sekiranya perkara ini berterusan.

Aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai aku dan kawan-kawanku. Seperti yang aku ceritakan diatas, aku top 5 dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Yang kelakarnya, top 5 semasa di sekolah menengah hanya dipegang oleh orang yang sama. Nombor dan nama sahaja berubah-ubah tapi kami berlima memang orang yang sama dalam kelompok itu.

Yang tak kelakarnya, kesemua kami berlima masih lagi merangkak- rangkak untuk menghabiskan saki baki pengajian di universiti. Ya, di usia 27 tahun, dimana kebanyakan kawan-kawan sebatch kami dah beranak-pinak, bekerja, berjawatan besar, jadi doktor, punya kereta. Wah wah.

Kawan aku, A, lelaki merupakan bongsu dari tiga beradik. Dia memegang 50% spot no.1 dalam kalangan kami berlima. 50% lagi kadang-kadang kami rampas spot tu dari dia hehe. Oleh kerana jarak umurnya dengan kakaknya jauh, ayah A terlalu punya masa untuk kawal segala jadual A.

Masa A tingkatan 1, kedua kakaknya sudah pun berada di universiti jauh dari rumah. A tiada masa bermain. Balik sekolah, buat kerja rumah depan ayah, ayah semak kerja rumah, home tutor datang rumah.

A menjadikan sekolah sebagai tempat dia bermain. Main-main dalam kelas semasa cikgu mengajar di depan. Tapi diendahkan saja perbuatan tersebut sebab budak pandai. Main-main dalam kelas, bila periksa no. 1. No hal lah kata cikgu.

Seingat aku, seorang sahaja cikgu yang berani memarahi A dalam kelas, iaitu masa tingkatan 2. Lepas puas marah tapi A tak makan saman, last-last cikgu tu cakap “Silakanlah main, tapi dalam kelas saya awak angkut meja pi duduk belakang. Jangan main dengan kawan-kawan kat tepi, depa nak belajar. Kalau masa depan depa rosak, saya salahkan awak.” Terus A insaf tapi dalam kelas cikgu tu je lah.

A, dapat 11A dalam SPM, dapat sambung medik di luar negara. Tapi terkandas di tengah jalan sebab tak boleh cope dengan time management (sebab sebelum ni semua ayah buatkan), balik Malaysia, ayah nak dia buat medik jugak.

So, adalah tu dia kat sebuah U tengah buat medik, pernah repeat tahun dua sekarang rasanya tengah clinical year tapi tak pasti tahun berapa. Keadaan mental dia? Saya tak berani nak judge.

B, dapat tawaran pergi oversea jugak, tapi terkandas masa A- Level. Last-last buat rayuan sana sini, dapat pinjaman buat farmasi di sebuah U di dalam negara. Sekarang tengah final year.

C, dah elok berlepas ke luar negara dalam bidang engineering, repeat final year 3 kali akhirnya pihak U halau keluar. Nak tak nak, kena balik Malaysia dengan sehelai sepinggang. Sijil degree takdak, hutang pula sekeliling pinggang. Rasa-rasa?

D, buat engineering di luar negara jugak. Daftar U dengan course lain tapi sebab tak boleh cope dengan course tu, tukar masuk 1st year balik dengan course lain pulak. Sekarang tengah final year. Dan jangan pelik ya, ramai je yang jadi macam diorang ni. Cuma, ya lah, takkan nak umum satu dunia ye tak?

Yang diorang bertiga ni, sumpah aku tak tahu kat mana silapnya. Nak bertanya, aku taknak bermasam muka sama-sama kami. Kami berempat memang kawan baik, terutama aku dengan D. Kami selalu bincang macam mana nak ambik spot no.1 sebab stress bila A dapat no. 1, ya Allah, ayah dia kemain datang bangga-bangga depan kami.

Kami berlima selalu la lepak tunggu parents datang ambik depan pagar sekolah. Kalau si A lambat keluar, ayah dia akan datang borak dengan kitorang, bagitahu macam mana dia buat yang A tu selalu je dapat no. 1. Dalam hati, membara we all tahuu.

Lastly, aku. What happened to me? Well, SPM dapat 11A, aku buat medik dalam negara je. Tapi kecundang masa tahun dua. Keluar medik, dan melalui cadangan seorang saudara yang katanya course ni senang untuk budak bijak macam aku (katanya), aku pun membuta tuli masuk course ni tanpa usul periksa sebab bagi aku masa tu, aku nak cepat habis belajar je.

Nak ambik course ni kena melalui dua temuduga dan aku lulus. Dan dari situ neraka aku bermula. Course ini rupa-rupanya terkenal dengan slogan “Its okay if you fail. Its normal if you fail.” Aku lalui tiga sem pertama dengan gilang-gemilang. Sem 4, aku fail satu paper dan akibatnya aku gagal untuk naik tahap seterusnya bersama kawan-kawan.

Saat kawan memakai jubah konvo, aku masih lagi mengulang paper yang kawan sebatch aku cakap senang, tapi aku struggle bagai nak gila untuk faham tapi masih tak faham-faham. Bila pass paper ni dan naik tahap seterusnya, aku fail, fail dan fail untuk entah kali yang keberapa. Dah tak terbilang.

And do you know what comes right after each failure? Confidence level aku jatuh-sejatuh jatuhnya. Aku jadi jauhkan diri dari semua orang. Aku rasa useless, aku rasa hopeless.

Dari situ, lama-lama aku ada suicidal thoughts. Aku taknak label diri aku sebagai depressed. Entah, aku tak suka. Lepas suicidal thoughts, aku jadi suicidal. Aku bayang nak mati je. Ada sekali lepas aku baca result exam dekat fon, aku fail 1 paper, pass 1 paper. Aku tak nangis, Aku senyum je depan kawan, gelak-gelak, tumpang happy diorang pass exam.

Esoknya aku bawa kereta nak pergi beli makanan je pun, tapi tengah-tengah jalan tu, dalam kepala aku macam ada tiga empat orang tengah bertekak. Sorang nak mati, sorang cakap jangan mati nanti kesian mak bapak kau, sorang kata ciptalah accident, sorang kata berdosa bunuh diri lagi-lagi kalau affect orang lain.

Sambil menangis ni, aku masih lagi antara dua, hidup dan mati. Tiap kali ada exit, aku masuk exit. Aku berpusing di jalan yang sama. Sekarang bila aku lalu jalan tu pun, aku akan rasa seriau. Alhamdulillah Allah panjangkan umur.

Aku suka memasak, dalam tempoh tu kalau dekat rumah sewa memang aku tak masak. Sebab aku boleh trigerred tengok pisau. Aku akan bayang image slicing dekat tangan, rasa seriau dekat tangan dengan dekat leher.

Kalau dekat rumah parents, memang kena tahanlah semua tu. Geleng-geleng kepala, paksa fikir benda lain. Aku taknak parents aku risau. Sebab taknak parents aku risau, sampai sekarang aku simpan hal ni untuk aku sorang.

Balik kepada ‘top scorer’. Mak aku merupakan cikgu biologi disekolah aku. Dan biologi lah subjek yang paling aku benci tapi aku masih skor. Sebab apa? Sebab nak jaga maruah mak sendiri. Takde orang tahu betapa aku struggle belajar biologi. Balik rumah, mak akan check kerja rumah bio. Mak aku memang dikenali sebagai cikgu yang garang. Segarang-garang mak aku disekolah, garang lagi mak aku dirumah.

Nak kata betapa garangnya mak aku, cikgu-cikgu kalau boleh taknak bagi aku tangkap basah kena denda sebab tak siap homework sebab depa tahu, aku balik nanti mesti akan kena lagi teruk. Mak aku balik rumah selalu banding-bandingkan budak bijak (senior) dalam kelas dia dengan abang aku dan suruh aku ambil diorang sebagai contoh. TIAP-TIAP HARI.

Bayangkan, even aku dapat no.1 pun, dia masih akan cakap yang senior aku tu dapat no.1 tu 100% dalam itu ini, aku punn kena dapat macam tu. Kalau A dapat no.1, ya Allah lagi teruk aku kena sebab ayah si A ni akan bangga-bangga dengan mak aku. Ayah A pengerusi PIBG sekolah aku btw, sebab tu dia bebas sikit dekat sekolah plus ada power gitu.

Bila masuk U, agaknya aku culture shock, bebas dari mak haha. Aku tak main-main, tapi pelajaran macam tak masuk. Entah. Tapi bila aku fail sekali masa tahun dua, semangat aku merudum. Agaknya sebab tak pernah fail sebelum ni? Jiwa aku jadi lemah bila fail sekali? Entahlah. Sekarang? Aku masih lagi struggle nak habiskan study. Orang keliling asyik tanya bila nak habis study.

Adik aku yang dapat 3A SPM pun dah boleh bagi duit belanja dekat adik-adik aku yang lain, manakala aku masih setia dengan duit PAMA. Antara sebab juga aku tak ke hospital, sebab takde duit sendiri. Aku nak kerja kejap untuk kumpul duit sendiri, tapi tu pun mak aku control, kena habiskan belajar dulu.

Mak aku masih kawal aku, walaupun dari jauh dengan ugutan, “tak berkat lawan cakap mak.” Adik-adik aku selamba badak buat hal masing-masing, tapi aku rasa sangat takut denagn ayat tu.

Itulah, serba sedikit pasal kami top scorer zaman sekolah. Aku tak berniat langsung nak aibkan kawan-kawan aku dan mak aku. Aku sayangkan mereka. Tapi aku harap orang ambil iktibar dari kisah yang aku ceritakan. Being a top scorer is not everything, thats for sure.

Aku nak tanya mak-mak yang susun jadual anak bagai nak rak, yang dulu merupakan top scorer juga, adakah puan-puan tak pernah bermain langsung masa kecil dulu? Adakah parents tuan-puan seperti puan yang susun jadual belajar, paksa belajar seperti puan?

Saya dulupun pernah main, ada juga kenangan main lompat tali, lompat tikus dengan anak jiran, main banjir, jadi bijak juga kehkehkeh (setakat zaman sekolah). Mana tahu kalau puan-puan bagi masa untuk mereka selayaknya as KIDS, prestasi mereka akan meningkat.

Potensi dalam mereka sangat banyak dan mereka punya banyak sangat masa untuk tingkatkan prestasi. Jangan gopoh dan yang paling penting, perhatikan emosi mereka puan. Jangan sampai jadi macam saya.

Kalau saya, saya rela delete semua facebook, insta untuk tidak menyerabutkan fikiran dengan anak orang. Anak orang lain potensi dia, anak kita lain. Raikan lah apa je yang anak kita ada.

– T-Rex (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *