Pelajar ‘Top Five’ II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pelajar-top-five/).

Assalamualaikum semua. Disebabkan ramai pembaca artikel sebelumnya adalah dalam kalangan mak-mak, izinkan saya menggunakan kata panggilan yang lebih sesuai dari aku.

Saya tak terfikir pun akan menghantar confession lagi sekali sebenarnya. Tapi setelah difikir-fikir, alang-alang tu, saya ceritakanlah semua pengalaman. Moga-moga ada yang baik untuk diambil iktibar.

Sebelum tu, izinkan saya berterima kasih dengan seikhlas hati buat semua yang mendoakan. Tak berhenti saya menangis membaca komen kalian.

Seperti yang kalian tahu, saya menjauhkan diri dari semua orang dan keluarga pun tidak tahu menahu mengenai keadaan saya. Tiada siapa yang boleh saya adukan kesedihan dan tiada siapa disisi untuk memberikan motivasi.

Kata-kata dari kalian membuatkan saya sangat terharu dan pada masa yang sama sangat gembira. Terima kasih lagi sekali. Moga Allah melimpahkan rezeki dan rahmat buat semuanya amiin.

Saya sebenarnya ada satu lagi pengakuan yang harus dibuat. Hari keputusan SPM keluar, merupakan pertama kali saya merasai ‘nikmat’ gagal.

Saya menangis sampai menggelupur, akhirnya pengsan depan pejabat mak. Mesti pelikkan kenapa, padahal dapat 11A dah. Keputusan penuh SPM saya ialah 6A+, 5A, 2B+. I had a high expectation on myself, which was to get straight As, but i didnt.

Masa penyampaian result, saya dah nampak air muka PKP yang melihat saya dengan pandangan yang agak aneh. PK Ko tak pandang saya terus ke mata macam yang dia selalu buat bila bercakap dengan saya. Mak saya tak turun pun ke bawah untuk tengok penyampaian resut sebab mak awal-awal dah tahu result saya.

Lepas dapat result, semua orang menghampiri mengucapkan tahniah, tapi mak masih tiada dalam pandangan. Saya beransur ke pejabat mak, ketuk pintu, bila buka pintu saya nampak muka mak tak happy. Terus, masa tu jugak hati saya hancur. 11A masih tak cukup.

Satu selingan kisah kelakar haritu. Masa tu kelas adik saya yang tingkatan 1 memang bertentangan dengan pejabat mak. Kawan adik nampak saya menangis dan pengsan kat situ. Dia masuk kelas dia tanya adik, kakak kau dapat berapa? 1 ke? Adik jawab, dengar kata 11, kenapa?

Dijawabnya kawan adik, entah, dah tu kenapa kakak kau menangis sampai pengsan kat pejabat mak kau tu? Lepas tu semua budak kelas dia keluar nak tengok kejadian haha. Diorang pun berbincang sesama diorang, eee kau salah dengar ni, dapat 11 takkan jadi centuu (Kelakar sebab kejadian lama hehe)

Sejujurnya, pada awalnya saya salahkan mak bila terpaksa keluar medik sebab masa tu saya dah tak nampak jalan lain untuk saya. Dari kecik sampai ke besar, saya ‘dibesarkan’ untuk menjadi doktor. Harapan mak, abah, nenek dan makcik sangat besar ke atas saya supaya saya jadi doktor. Tapi terbengkalai di tengah jalan.

Lama-kelamaan bila dah semakin tua ni, saya dapat terima semua yang berlaku pada saya bila saya nampak yang ianya tak berlaku pada adik-adik saya. I realised that it was a long learning process for both of us, me and mak. Mungkin pada awal hari keluar result SPM mak kecewa, mungkin sebelah tengaharinya mak dah mula tahu salah silapnya.

Saya mempunyai 8 adik-beradik, dan saya merupakan anak yang kedua. 4 adik yang terakhir dapat memilih jurusan yang mereka sukai. Mak tak tekan mereka seperti yang mak pernah buat pada saya Mak nasihat, kadang-kadang membebel (tak boleh elak dah) sikit-sikit supaya mereka belajar, tapi tidaklah teruk seperti yang saya kena.

Yang bongsu tengah SPM, manakala yang 3 lagi berada di U. Keputusan SPM mereka tidaklah sehebat saya (terpaksa poyo kejap) tapi sebab mereka ambil course yang mereka minati, alhamdulillah, adalah selang seli sem mereka dapat dean list.

Yang betul-betul bawah saya, kembar, muda dua tahun dari saya. Masa saya dapat result SPM, mereka tingkatan 4. Terlambat sedikiiit saja sebelum mak buka hati untuk bagi anak-anak mak pilih jurusan apa yang mereka nak di sekolah. Tapi alhamdulillah, mereka tak masuk U pun, mereka masuk KKTM, masing-masing dengan kursus yang mereka minati

Alhamdulillah, diploma dan degree di KKTM, all went/going well for them. Graduan KKTM ni jangan tak percaya tuan-puan, masuk dengan SPM biasa-biasa je, tapi keluar dengan kemahiran yang sangat bagus. “Ramai employer nak pakai” bahasa pasarnya. InsyaaAllah.

Beberapa bulan yang lepas, kawan saya D balik Malaysia kejap sebab ada urusan keluarga. Saya, D, dan beberapa kawan yang lain berjumpa untuk update pasal diri masing-masing. Yang lain tu doktor dan peguam. Dua-dua orang tu tak faham apa yang sebenarnya terjadi pada saya dan D.

Saat saya bercerita, mata D bergenang. Saat D bercerita, mata saya yang bergenang. Masa tu, fahamlah saya, keaadaan mental kami sama. Feeling hopeless and useless, and lonely.

Balik tu D yang hantar saya kerumah. Lambat-lambat saya nak turun sebelum saya pegang tangannya, saya cakap,

“Aku tahu i’m not in the right place to tell this because i think we’re freakin on the same boat. But seriously, if you ever think you’re alone, please remember me. Kita sama bro, dah la takde partner. Both pathetic and lonely. But we have each other right.” Lepas tu D gelak, “miang apa kau ni, blah lah.”

Lepastu dia hantar text “I was choked tadi, and yes, kau pun bila rasa pathetic gila nak bunuh diri ke apa, please ingat aku. Jangan buat benda bodoh.”

Baca tu pun buat saya menangis. Saya tak bagitahu sesiapa pun yang saya suicidal. We probably caught each other when we were telling our story back then. Tu lah kali pertama saya rasa terpujuk setelah apa yang saya lalui.

Bukan gembira dengan apa yang dilalui D, tapi the fact yang ada orang faham kita, ada orang cakap, “We are with you no matter what happen to you.” Itulah antara yang saya nak sampaikan, kalau anak dah berusaha tapi masih gagal, pujuk lah, takpe gagal, kita boleh improve etc etc instead of marah anak, kecewa dengan anak.

Mak, saya rasa dia dah tahu salah silap masa mengajar saya dan abang. Tapi sebab abang duduk asrama, saya rasa saya jadi habit mak. Apa-apa, saya kena perfect. Even sekarang mak tak tekan dalam pelajaran, benda lain masih lagi kena tekan, tapi takpa, saya tak stress pun pasal benda lain tu. Yang lain, insyaaAllah, slow-slow saya improve dan overcome. Moga diberi kekuatan.

Terima kasih kerana sudi baca dan mendoakan saya. Saya juga mendoakan mak-mak sekalian untuk menjadi mak yang terbaik buat anak masing-masing. Takpe buat salah, yang penting kita belajar dari kesilapan. Cumanya, its always better to prevent than to cure kan? Beringat-ingat, dan berpesan-pesanlah sesama kita.

Special thanks to ciksyafika and Noel Roland , i dont know what you went through, but probably similar to mine because what you said pierced right through my heart. May Allah bless you too.

P/s : I’m a female T-Rex though, hehe. T-Rex yang bertudung, berbaju kurung dan bersneakers.

– T-Rex (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *