Pelaku vs Mangsa Keadaan

Hi admin & semua pembaca.

Saya berfikir banyak kali sebelum nak confess di sini pasal kes gangguan seksual tapi saya gagahkan juga bila saya tengok ramai orang yang terlalu bersangka baik dengan lelaki yang nampak “macam” ada background agama & pandai berkata-kata tapi sebenarnya hampeh.

In adalah kisah sepupu saya sendiri yang berlaku di sebuah daerah di Perak.

Saya gelarkan sepupu saya (mangsa) sebagai Ayu dan pelakunya sebagai Ce-Tan (semestinya bukan nama sebenar)

Tapi itulah yang selayaknya digelar kepada si mangsa dan pelaku tersebut sebab Ayu ni memang gadis yang cakap pun perlahan je suaranya dan pelaku tu memang perangai macam se***n.

Ayu ni anak perempuan yang menjadi anak harapan keluarga kerana mempunyai latar belakang akademik yang baik selain rupa paras yang sederhana dan sedap mata memandang.

Cuma kalau dilihat dari segi pembawakan diri, Ayu ni agak introvert dan kurang bergaul dengan orang melainkan kawan-kawan/sedara mara yang rapat je.

Ayah Ayu memang banyak tekankan kecemerlangan akademik berbanding jati diri sebagai seorang wanita di zaman yang penuh dengan fitnah ni. Bagi saya inilah puncanya Ayu mudah menjadi mangsa bagi orang-orang macam Ce-Tan.

Untuk pengetahuan korang, Ayu masih trauma dengan apa yang berlaku walaupun dah 7 tahun berlalu dan sebab inilah saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan kisah Ayu untuk menjadi pedoman buat adik-adik dan semua wanita di luar sana.

7 tahun lepas, Ayu baru tamat degree dalam bidang professional dan ketika itu Ayu baru mula latihan praktikal di sebuah firma swasta di Perak.

Ayu ni seronok sangat dapat join firma tu sebab Ayu tak sabar nak bina kerjaya dia dan dalam masa sama Ayu dah berfikir nak mencari jodoh sebab sepanjang belajar Ayu memang dah niat nak mula cari jodoh lepas tamat belajar.

Lebih kurang 3 bulan lepas Ayu mula praktikal, ada seorang budak lelaki yang baru grad degree join firma tu jugak. Ayu ni first time jumpa budak tu dah macam tertarik kat budak tu sebab memang nampak baik dan cakap sopan selain ada rupa.

Ayu ni pemalu tapi budak laki tu (Ce-Tan) sebagai seorang yang dah menguasai kemahiran membaca body language seorang wanita yang pemalu macam Ayu ni pun mula la plan jahat dia untuk merosakkan Ayu.

Ce-Tan ni bekas budak MCKK, dah tentu la budak bijak akademik. Tapi, Ce-Tan ni bukan saja bijak akademik tapi sangat pakar dalam memanipulasi siapa saja yang ada di sekeliling dia untuk kepentingan diri dia sendiri.

Ce-Tan ni ada ciri-ciri seorang narcissist. Siapa yang pernah jumpa orang yang narcissist je tau berapa azab nak hadap orang macam ni.

Satu lagi, Ce-Tan ni pandai bernasyid dan tarannum Al-Quran ye.

Fast forward, Ayu yang naif tu termasuk la perangkap si Ce-Tan.

Ce-Tan ni bukan dia sorang je buat keje, tapi mk bapak dia pun main peranan jugak.

Nak tau macamana?

Korang mesti selalu dengar lelaki kalau serious dengan perempuan dia akan terus bawak perempuan tu jumpa mak ayah dia kan? Haaa mak bapak si Ce-Tan ni memang main peranan dalam aktiviti terkutuk si Ce-Tan ni.

Baru sebulan Ayu & Ce-Tan ni kenal Ce-Tan dah bawak Ayu jumpa mak ayah Ce-Tan yang tinggal kat Perak jugak.

Dari bulan pertama sampai bulan ketiga tu memang kerap la Ce-Tan bawak Ayu jumpa mak ayah Ce-Tan kononnya nak merapatkan hubungan sampai mak Ce-Tan ni suruh Ayu panggil Mak kat mak Ce-Tan.

Lepas 3 bulan dan nak masuk bulan keempat perkenalan mereka, Ce-Tan mula ‘jalankan’ agenda sebenar dia yang mana semestinya gangguan seksual kat Ayu.

Ce-Tan ajak Ayu singgah rumah abang Ce-Tan untuk ambil barang dia katanya tapi rumah kosong. Ce-Tan cakap takpe Ayu tunggu luar je.

Sebelum tu Ayu dan Ce-Tan baru lepas habis aktiviti ofis kira macam team building tu la dan biasa la budak praktikal selalu kena kerah uruskan aktiviti untuk staf-staf lain kat situ firma tu.

Sebelum tu jugak Ayu dah cakap dia nak berhenti stesen minyak nak pergi toilet tapi Ce-Tan cakap lepas dia amik barang Ayu masuk la guna toilet rumah abang dia. Ayu ni dah rasa lain macam tapi Ayu dah memang nak guna jugak toilet Ayu masuk juga dalam rumah tu.

Rupa-rupanya Ce-Tan masuk rumah bukan ambil barang tapi dia pasang kamera dalam satu bilik yang link dengan bilik air rumah tu.

Ce-Tan durjana tu dapat rekod Ayu dalam keadaan yang mengaibkan.

Ayu tak tau yang dia dah direkod masa tu, Ayu cuma dapat tau lepas Ayu mintak putus dengan Ce-Tan sebab Ce-Tan mula tunjukkan perangai kasar dan bongkak dengan Ayu,

Selain selalu mintak Ayu belanja dia dan family dia makan, jalan-jalan satu Perak dan belikan barang branded untuk Ce-Tan.

Ayu menangis teruk lepas Ce-Tan tunjuk video Ayu yang Ce-Tan sebab Ayu tak sangka sangat Ce-Tan teruk sampai tahap tu.

Ce-Tan ni sepanjang kenal Ayu selalu suruh Ayu tutup aurat dengan sempurna, yelah kononnya dia nak Ayu ni dihormati oleh lelaki lain, Ce-Tan kononnya taknak Ayu kongsi aurat dengan orang lain. Bedebah punya Ce-Tan.

Saya rasa sampai sini dulu cerita ni sebab saya rasa tekanan darah saya dah naik bila teringat perbuatan Ce-Tan kat sepupu saya ni.

Sepupu saya merana sampai sekarang, Ce-Tan pulak seronok dah kawin dengan seorang pendakwaraya.

In syaa Allah saya akan sambung cerita bila fikiran saya dah sedikit lapang untuk dedahkan reality orang-orang yang nampak baik tapi sebenarnya spesis celaka ni. (Maaf saya tak mampu nak bendung rasa sakit hati terhadap penunggang agama ni).

Inilah realiti yang saya sendiri pernah tengok;

Pelaku versus Mangsa adalah;

Orang yang disenangi ramai orang terutama wanita.

Versus

Orang yang dianggap tidak penting & play victim.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *