Pelangi Itu Tetap Ada

Hi Assalamualaikum pembaca IIUM Confession semua. Nama aku Matahari. Sekarang bekerja di Johor. Aku cuma nak cerita liku-liku aku mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat aku.

Kalau ikut cita-cita masa kecil, memang tak sama lah dengan minat sekarang. Hahaha. Aku suka bekerja dalam bidang akaun atau admin. So beginilah cerita perjuangan aku untuk mendapatkan my “dream job”.

Selepas grad, aku mohon apply kerja dengan bank, sebab background education aku adalah perbankan. Nak dijadikan cerita, masa tu kerajaan tengah offer program SL1M untuk graduan-garduan yang baru graduate atau tengah tunggu untuk convo.

Alhamdulillah, lepas je habis belajar aku terus dapat tawaran untuk mengikuti program tersebut. Maka bermula lah sejarah aku dengan sebuah bank di cawangan Johor.

Bila sebut nama bank, nampak gah kan tapi rupanya bukan minat aku. So adik-adik yang nak apply course dekat U tu rajin-rajin la kaji diri, minat dan berkemampuan dalam bidang apa.

Berbalik pada kerja tersebut, kami yang fresh-fresh graduate ni ditempatkan ke department sales. Nak kena cari customer.

Sumpah, ni bukan minat aku. Aku suka beramah-ramah mesra dengan orang tapi tu la, bila sampai nak kena approached jual product, aku tak suka. Rasa macam buat baik dengan orang sebab ada makna. HAHAHAH.

So aku tekad nak resign after 2 tahun kerja kat bank tu. Aku sempat terfikir, macam mana la aku boleh tahan 2 tahun kat situ.Tengok kawan-kawan yang sebaya ramai yang dapat kerja best. Mungkin rezeki aku lambat lagi kot.

Dan baru aku sedar, aku rasa skill, knowledge aku banyak tak growth up pon masa kerja kat bank tu. Aku kerja sebab nak survive, walaupun hanya dapat gaji basic, komisen tak ada sebab tak lepas target.

Lepas resign tu aku menganggur 4 bulan, so cari punya cari dapat la satu kerja dengan law firm tapi as “Conveyancing Clerk”.

Masa tu aku fikir tak apa la, pengalaman, tiba-tiba masa hari kerja tu, cuma ada 3 orang je. Company ni business family, ayah dia, dia, and aku. Dia tu aku namakan Julia.

Julia ni karakter dia have-have sikit. Lawyer kan. Ayah dia somebody ada pangkat Datuk, owner company. Datuk tu orang besar jugak la lepas aku google.. haha..

Firm tu kat tengah2 bandar, gaji RM1500.00. Memang tak cukup la kan cerita dia. parking je dah RM10.00 sehari. Minyak lagi.. Nasib kereta abah aku punya, Kancil lama abah aku bagi.

Aku down gila sebab kenapa la rasa tak ada jalan untuk bahagia.. haah gitueww. Nasib ada mak abah yang selalu support aku bagi kata semangat dan doa2 untuk anak dia ni.

So seminggu aku kerja situ, aku decide nak resign, sebab tak boleh la kos sara hidup tinggi. Keinginan jiwa remaja lepas graduate nak macam-macam. Selain dari sebab tu, sebab karakter Julia and ayah dia. Aku rasa macam kerdil betul diri ku.

Sekarang bila fikir balik, ada salah aku juga sebab tak matang, sepatutnya aku take challenge untuk kutip pengalaman kan. Masa tu Julia marah jugak la sebab aku nak resign.

Dia cakap aku kena bayar untuk 2 bulan gaji sebab aku langar kontrak kerja, under probation lagi kan. Pastu aku macam redho je, bayar pon bayar la sebab aku memang dah tawar hati. Lepas aku resign, tak ada pulak dia call suruh bayar.. hahaha aku pon buat senyap je lah.

Lepas resign tu, aku pergi interview dekat satu company- Contractor-Melayu jugak. Masa interview tu ada la dalam 8 orang.

Lepas interview aku diterima kerja dalam bidang admin akaun, dan di offernya RM800 dalam tempoh probation. Arhhh sudah. Boss cakap lepas probation dia akan naik kan gaji.

Bila aku tanya berapa, dia cakap akauntan tempat dia, dia bayar gaji RM4000.00.

Aku dah pelik dah, dia nak saiko aku la nak cakap dia bayar gaji pekerja dia mahal. Tu gaji akauntan, aku tanya gaji aku buat admin akaun clerk ni.. Tapi aku teruskan jugak sebab masa tu aku nak pengalaman kerja.

Bila dah start kerja, kerana admin lama kat situ bukak la fail-fail apa semua nak kena buat. First task aku adalah kena settle claim bos.

Weyyhh.. dengan resit berteraburnya, pergi tengok wayang dengan family, beli pop corn apa semua tu pon claim dengan duit company. Dan aku dapat tahu, duit tu akan di claim dari duit tender apa entah yang dia dapat. Aku macam was- was betul.

Dalam aku bekerja kat situ, aku cuba contact kawan-kawan aku untuk risik kerja. Erm benarlah, dalam kita kesusahan hanya family yang ada.

Ada satu interview aku jumpa tapi kerja sambilan harian je lah, so aku pon pergi untuk interview. Tempat interview tu dekat negeri sebelah, perjalanan kalau drive kereta tu 2 jam je.

So aku pon pergi la, lepas seminggu, aku dapat call aku diterima, kena bawak dokumen apa yang perlu. Aku pon dengan lagi sekali resign dengan company contractor tu. Gaji tak berbayar lagi la aku kerja.

Hahaha.. ok tiba masa aku hantar dokumen nak masuk kerja tu, tiba-tiba dia cakap nama aku tak ada dalam list, mungkin PIC yang call tu salah orang. Allah… terciduk aku masa tu. Dengan dah bagitau abah, mak aku lagi. Menangis weyhh.

Abah aku call sampai call cakap tak payah cari kerja, dia boleh sara aku kalau aku duduk kat rumah je. Sedih, terharu, mix feeling, dengan tengok semua kawan-kawan sebaya dah macam perfect life gitueww.

Lepas kejadian sedih tu, kakak aku ada call. Kakak aku kerja 7e je as Manager, Tapi customer semua kenal dia, sebab kakak aku ni banyak mulut sikit. Tapi dia baik ok. Hahaha. Dia cakap area kedai 7e dia, ada Company open vacancy. So aku pon hantar la resume dekat company tu.

Alhamdulillah aku dipanggil interview. Ni company Cina tau. Bukan macam dua company yang aku lari tu.. Aku bukan racist, aku pon Melayu, Tapi rezeki aku jumpa majikan Melayu yang pelik. Kita boleh judge dan tengok Professional atau pon tak management company tersebut.

Jadi disebabkan company ni nak guna staff cepat, so tak ada orang boleh take over dia punya kerja, maka boss tu email bagitau aku boleh start kerja minggu depan.

First week kerja, macam dalam neraka. HAHAHA. Aku kan belajar background bank, kurang sikit pasal akaun-akaun ni so aku blur la yang teramat sangat.

Dengan senior dua ekor macam puaka perangainya. Kalau aku mintak tolong or tanya something diorang suruh aku study file-file lama. Fine.

Aku study. Kalau dah study, mesti la kena ada guru kalau tak faham kan. So aku tanya diorang, sumpah macam tak ikhlas nak mengajar.

Last2 banyak kerja pending dan diorang mengadu kat boss aku yang aku ni macam tu lah, macam ni lah. Sampai la habis 3 bulan probation, boss nak aku resign weyhh.. nak nangis rasa.

Tapi masa tu aku je tahu aku dah improve sikit so aku mintak bagi lagi tempoh kalau tak boleh carry jugak aku resign.

Lepas 2 bulan, still aku tak boleh carry, hahaha aku dengan suka rela nya hantar surat resign. So aku nampak la dua ekor senior tadi macam gelabah, mengumpat aku.

Ada yang sekor tu dia post dalam office wasap cakap kesian la sapa pekerja baru yang akan ganti aku. Sebab aku dah buat banyak pending work. Pastu boss aku accept surat resign tu. Rasa lepas beban aku weyh.

So masa nak interview budak baru untuk ganti aku, ada la sorang lelaki ni bos aku berminat. Masa interview kemain lagaknya budak tersebut.

Kenapa aku cakap lagak, aku kan tukang angkat call jugak kat sini, masa dia hantar resume tu, dia call aku cakap ada tak received, aku cek email tak ada, 10x aku cek, memang tak ada.

Last2 dia marah aku, cakap macam mana. Padahal emel dia yang masalah. Pastu entah cemana ntah, esok nya baru ada email tu, bos aku panggil dia untuk interview.

2 ekor senior aku tu tak suka budak tu sebab dia lelaki dan melayu. Office aku ni racist sikit dengan lelaki melayu. Sebab aku ingat lagi masa aku interview tu, boss aku cakap jangan jadi “ typical malay”. So aku faham la sendiri2 ayat nya tu.

Tapi korang jangan salah faham sekarang, dah 60% malay kat company aku ni. Hahaha. Tapi bawah2 je lah. Atas-atasan tu diorang ambik. Hahaha.

Oh back to budak baru yang nak interview tu ada la beberapa kejadian masa interview tu yang buat boss aku curiga. So boss aku pergi call company lama budak tu, company lama dia cakap, dia dah lama tak kerja.. aiyooo menipu resume.

Last-last boss aku call dia untuk cakap cancel dari ambik dia bekerja. Pastu boss panggil aku nak bincang pasal resign aku ni. Boss aku tak bagi aku berhenti dan dia bagi aku peluang untuk kerja dan dia offer nak tambah lagi sorang staff..

Dia cakap bukan salah aku, tapi memang kerja banyak sebab company tengah growth up. Tak adil nak compare aku dengan staff lama.. Allah… terharunya.. Masa tu hidup aku macam bersinar sikit.

Seperti yang dijanjikan, boss aku ambik sorang staff untuk bantu aku, staff ni dia dapat dari kenalan dia. So aku nama kan dia Ling. Ling sangat baikk… umur dia beza dengan aku hampir 19 tahun.. hahaha baya2 abang kakak aku dah.

Ling pernah ada pengalaman kerja dengan akaun. So sikit sebanyak aku banyak belajar dengan dia, Ling pon banyak belajar dengan aku.

Alhamdullillah lepas kehadiran Ling kerja aku sangat-sangat lah perform, satu office perasan aku sangat berubah. Kerja siap on time, orang mintak tolong buat kerja onnzz.. Skill communication aku pon dah ok.

Reply email dekat customer/supplier pon dah tak takut-takut. Pokoknya confident 360 darjah. Aku dah boleh bergurau senda, gelak kuat2.. this is me! My self…

Alhamdulillah. Sekarang kerja sangat-sangat ok. Kawan-kawan aku ok, senior dua ekor tadi dah jadi “orang” dah dengan aku. Rasa macam erh geram je aku. Masa aku susah dan tak pandai dulu, tengok aku pon macam menggelikan.

Sekarang nak ajak gelak-gelak, gurau senda. Menyampah. Sorry la korang kalau korang rasa aku biadap sebab dah bahasa kan diorang “2 ekor”. Hahaha.

Tapi aku layan je la diorang tu. Sebab aku nak tenang-tenang je ditempat kerja. Kalau diorang ada memgumpat ke gossip ke aku buat tak layan je. Hati ini tak layak untuk mereka. Hahaha.

So sekarang aku cuma focus yang baik-baik dan tenang. Boss pon dah sayang aku.. eee perasanyya, haha. Kawan-kawan baik. Kerja ok. Gaji dan bonus pon alhamdulillah ok. Bonus dapat 2x setahun. Gaji setiap tahun ada increment.

Masuk tahun 3, bos naikkan increment aku banyak dari yang sebelum. So sekarang gaji aku atas RM3000.00 sikit. Walaupun tak sebanyak orang lain, tapi itu jalan cerita aku dan Impian aku.

Aku nak achieve gaji above RM3000.00 before umur masuk 30 tercapai. Sekarang umur aku 28. Hihihi. Cukup makan di negeri aku stay sekarang di hulu-hulu negeri.

Dan confession ni bukan lah untuk show off ke apa. Tiada apa-apa untuk dishow off. Sekadar ‘humble story” perjalanan seorang gadis yang banyak cita-cita dan impian yang belum tercapai tetapi bersyukur dengan walaupun sekecil-kecil rezeki. Alhamdulillah.

Maaf yer kalau korang pening baca confession ayat berterabur ni. Peace :)

– Matahari atau Pelangi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *