Pelangi Palsu

Assalamualaikum, sebelum aku teruskan, ingin aku bagitau bahawa, cerita ini panjang. Kalau nak teruskan, silakan.

Nama aku Lily, umur lewat 20-an, bekerja sebagai staff medikal disebuah hospital yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Hidup aku sebagai keluarga pelarian, begitu sukar untuk aku ceritakan. Aku sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. Aku merupakan anak yang tidak diinginkan.

Dimana saat ibuku tahu kewujudanku dirahimnya, pelbagai cara yang dia cuba untuk menggugurkan kandungannya. Pelbagai ubat ibu makan, tapi aku masih kuat didalam perut ibu. Sehinggalah saat dia mencari orang untuk melakukan proses untuk buang aku.

Ada sorang pakcik menghalang tindakan ibu. Dengan memberitahu ibu, sekiranya ibu tidak mahu baby itu, pakcik tu sanggup menjaganya. Saat itu, ibu terus batalkan niat untuk gugurkan aku.

Tapi percaya tak, aku tak pernah marah ibu dengan apa yang terjadi. Sebab waktu mengandungkan aku, hidup ibu sangat susah, tersangat susah.

Disebabkan negara ibu sedang berperang, proses pemindahan rakyatnya berperingkat. Dimana pada saat itu, ibu terpaksa datang ke Malaysia tanpa bapak aku. Ibu datang dengan abang dan kakak aku.

Perlu diingatkan, ibu datang Malaysia dengan tangan kosong. Keluarga ibu disana semua sudah terkorban dalam peperangan.

Tapi tanpa pengetahuan ibu, saat itu dia telah mengandungkan aku. Ibu bekerja siang malam. Ibu kerja dikilang kayu, malam ibu bantu orang meniaga dipasar malam.

Kakak dan abang aku ditumpangkan di rumah orang sementara ibu bekerja. Disini kakak dan abang didera teruk, tak cukup makan, dipukul.

Tapi saat itu, ibu bukan siapa siapa, jadi ibu bertabah. Saat ibu mengidam, ibu kutip manga yang dah jatuh ketanah untuk makan. Ibu dihina kerana miskin.

Ibu kerja kuat sampai sarat mengandung pun ibu masih bekerja dikilang. Sampai bos kilang hantar ibu balik rumah suruh rehat. Saat ibu bekerja keras, bapak sampai Malaysia. Bapak pula kantoi ada perempuan lain. Ibu kecewa tapi ibu diamkan.

Sampai ibu lahirkan aku. Aku dilahirkan dirumah, ibu cakap aku paling susah dilahirkan. Dah la waktu mengandungkan aku hidup susah, nak lahir pun susah, nak besarkan aku pun susah. Ibu yang cakap.

Tapi lepas lahirkan aku, ayah aku tau mak aku lahirkan anak perempuan. Jadi dia tinggalkan perempuan itu. Sebab ayah aku memang nakkan anak perempuan. Jadi aku ni macam baby miracle la.

Dan sedar tak sedar aku sorang saja anak perempuan dia. Sebab seterusnya itu anak lelaki. Bapak kerja petik kelapa sawit untuk orang.

Bila dah ada modal, bapak jual icecream naik motor dan mak junjung kain dari rumah ke rumah. Waktu ini kami dah ada 5 adik beradik.

Jadi mak dengan bapak bekerja kuat untuk kami siang malam. Subuh dah hilang, malam saat kami tidur baru balik. Disebabkan kami miskin, mak tak mampu sekolahkan kaklong.

Abang dan aku pulak tidak masuk tadika. Masih aku ingat, aku selalu duduk tepi pagar tadika tengok budak budak lain belajar. Mak tak mampu beli susu, jadi kami membesar dengan susu F&N.

Bila dah masuk sekolah, kami adik beradik selalu skor. Selalu jugak la kami naik pentas ambik pingat. Aku pula, memang selalu dapat nombor satu kalau masuk pertandingan bercerita.

Kiranya, tiap-tiap tahun, kalau ada majlis abang, aku dan adik ada saja kena panggil ambik hadiah la jadi speaker la. Dari jawatan pengawas, pengerusi, ketua kelas, wakil sekolah, wakil negeri. Semua kami tapau dari UPSR, PMR sampai SPM, Alhamdulillah, kami lulus dengan almost full A.

Tapi sepanjang kejayaan kami, ibu dan bapak tak pernah ada. Kiranya, saat kami naik pentas, tiada ibu atau bapak untuk sorak bergembira untuk kejayaan anaknya. Yang ada hanya penonton yang bertepuk tangan untuk cukupkan syarat majlis.

Saat aku buat persembahan, ibu bapak tiada untuk memberi semangat. Saat nak sign buku rekod, abang aku yang masih sekolah datang sign ataupun kakak. Tapi, kebanyakannya, tiada siapa datang sign.

Malu juga, tapi lama lama aku pon dah tau. Jadi biasa hari sign buku rekod, aku memilih untuk ponteng kelas. Walaupun keputusan aku itu cemerlang. Tapi aku rasa kosong.

Bila masuk sekolah menengah, aku dah mula memberontak. Dimana aku buat haluan aku, ibu dan bapak memang tak izinkan kami aktif disekolah.

Dalam kepala dieorang pergi sekolah hanya perlu belajar. Tak perlu bersukan, tak perlu join itu ini. Jadi, aku selalu tiru tandatangan bapak.

Pernah satu hari aku wakil sekolah dalam pertandingan bola jaring. Pagi tu aku pergi sekolah pakai baju kurung, sampai sekolah aku tukar baju PJ.

Lepas balik dari pertandingan tu, cikgu pulak drop aku depan rumah. Tak pasal pasal aku kene lari tukar baju belakang rumah. Bila ada kem kempimpinan, aku tipu bapak cakap ada kursus matapelajaran.

Sepanjang aku sekolah, bapak tak pernah bagi aku join tuisyen. Sebab bapak kata, kalau nak pandai, belajar kat sekolah pon dah pandai. Jadi kalau nak study group, diaorang kene datang rumah aku.

Saat kami sekolah, ibu dan bapak dan mula meniaga dipasar malam. Jadi lepas habis sekolah sesi petang, kami akan gilir gilir ambik turn pergi tolong bapak kat pasar malam. Jadi buat kerja sekolah kat pasar.

Oh ye, kalau membesar zaman aku, memang teruk kene buli dengan budak sekolah. Aku pernah sampai masuk hospital ye bergaduh dengan maknyah sekolah sebab dia kutuk bapak aku cakap bapak menumpang, miskin.

Bila dah masuk university, nasib la dapat masuk university. Watak aku memang kasar, tanpa emosi, tak suka kongsi masalah dengan orang, kalau bapak kata NO, itu yang akan aku buat. Sebab tu ibu kata, membesarkan aku lagi susah dari mengandungkan aku.

Korang bayangkan la, dari hidup dikongkong zaman sekolah macam burung tanpa sayap, bila dah masuk university baru dapat sayap.

Kalau zaman sekolah aku aktif level 6, kat university aku aktif level 10. Aku jadi pengarah projek hiking sana sini, berkayak, projek komuniti, sampai travel sana sini tanpa pengetahuan ibu dan bapak.

Waktu ni, ibu dan bapak pon tak boleh nak cakap apa, hanya geleng kepala. Aku pernah, dah sampai Vietnam, aku baru call bapak bagitau aku kat Vietnam. Kalau aku buat aktiviti merbahaya, aku akan tunjuk gambar bila dah balik ataupun tak tunjuk langsung.

Kalau orang tengok aku, memang nampak happy go lucky, selalu gelak tanpa mengira masa, jarang nangis, jarang emo, mungkin ramai yang dengki dengan hidup aku.

Tapi tak ada pon orang tau yang aku sebenarnya kurang kasih sayang. Aku tak pernah cerita kat sesiapa pon. Sebab kesan dari kisah hidup ni terlampau lama.

Sampai aku sendiri tak tahu nak start dari mana. Alhamdullillah, walaupun aku hyperactive dan hidup bebas. Allah masih sayangkan aku, dia tak pernah bagi aku tersasar jadi perempuan durjana, walaupun kalau dipikirkan balik, boleh saja kalau aku pilih jalan tu masa tu.

Walaupun masa tu, zaman jahiliah, pakai singlet, short pants, tudung on off, boyfriend 2-3 orang satu masa. Tapi mungkin, aku memberontak dengan cara buat aktiviti lasak.

Aku memang kaki hiking ye, aku boleh galas beg 20kg jalan 3h 3m tanpa mengeluh. Waktu tu, setiap bulan aku pergi hiking. Setiap kali hiking, aku akan bawak balik sesuatu. Bunga, daun, batu, periuk kera sebagai kenangan pastu aku akan frame dalam album.

Sampai la satu hari, aku hiking satu gunung ni, aku jumpe kemenyan. Kemenyan original kot, siapa tak eksited. Guider tu pon bagi saja aku bawak balik.

Jadi aku bawak la kemenyan tu balik. Lagipun aku tak percaya penunggu ke makhluk ke. Aku punya berani memang another level. Level masuk hutan waktu malam sorang-sorang. Pergi toilet masa hiking pon orang sorang, dalam hutan mana ada toilet.

Sampai saat aku kat hutan jalan sorang pernah dengan harimau mengaum kat sebelah pon aku boleh rilek lagi. Bila pikirkan balik, aku pon takt ahu kenapa aku berani sangat.

Sejak aku bawak balik kemenyan, hidup aku berubah. Aku ni Chinese look sikit, eh perasan pula. Aku just nak bagi korang imagine saja, no hard feeling.

Lepas aku balik hiking tu, muka aku yang putih ni, naik nanah. Nanah bukan 1-2 ye, tapi 1 muka penuh. Tapi sebab aku ni generasi Y, aku hanya percayakan dunia sains perubatan saja.

Berbulan juga aku jumpe macam macam doktor sampai jumpe doktor kulit. Dari pelbagai jenis ubat sampai ke semua produk muka tak jadi.

Setahun jugak aku tak ambik gambar, sebab low self-esteem. Aku pon giveup, mungkin hormone kot. Aku teruskan saja aktiviti aku macam biasa.

Ramai orang tanya dan kutuk waktu tu. Memang down gila. Tapi apa aku boleh buat, muka aku waktu tu tak ubah macam nenek tua. Muka penuh nanah dan mengelupas. Ak pon taktahu nak cerita macamman teruknya muka aku saat tu.

Sampai la satu hari ada seorang lecture aku ni, aku bagi nama dia Puan Daisy yang dalam cerita ni. Puan Daisy ni seorang lecture yang sangat garang, sangat straight, sangat dihormati dan semua kata kata dia tu selalu betul la. Jarang tak betul.

Sebab dia terlalu garang, tak ada student yang nak dekat dia, kalau exam selalu doakan dia tak ada, sebab dia punya pemarkahan tu straight. No belas kasihan. Biasanya, dia antara lecture yang paling last kami akan jumpe kalau nak tanya soalan.

Sebab biasa la, kalau tanya soalan dia jawab pastu dia tanya balik. Ibarat macam gali kubur untuk diri sendiri. Puan Daisy ni merupakan pensyarah yang pegang jawatan tinggi juga dalam organisasi. Latar belakang, dia belum berkahwin. Itu saja kami tahu.

Waktu Puan Daisy panggil aku jumpa dia, mesti la takut. Habis semua benda aku fikir, dosa apa yang aku pernah buat, kerja apa yang aku tak siap.

Tapi silap, Daisy rupanya tanya pasal keadaan muka aku. Daisy kata dia tak nak la ambik tahu mula mula, tapi bila ada sorang lagi lecture ni nama dia Rose minta tolong dia.

Jadi Daisy ni panggil la aku haritu. Waktu tu, dia bagi aku air tawar, Daisy kata cuba rendam muka dalam air ni tengok jadi apa dalam air tu.

Balik tu aku pakat buat dengan roommate aku. Lepas rendam, aku nampak la ada bulu-bulu buluh rebung macam tu terapung. Esok, Daisy tanya aku lagi. Aku bagitau saja la apa yang aku nampak. Daisy pon offer aku balik rumah dia.

Aku pun tak ada la fikir panjang, aku ikut saja la. Pertama kali masuk rumah dia, rasa tenang saja. Dia pasang ayat Quran 24 jam dalam rumah dia.

Mungkin dia duduk sorang, jadi tak ada la rasa serabut kan. Malam tu aku tido rumah dia sebab dia kata weekend tu nak bawa aku jumpe ustazah.

Weekend tu, aku pergi la jumpe ustazah tu. Waktu sampai, ramai orang kat rumah ustazah beratur nak berubat.

Waktu tu, aku ni yang sememangnya tak suka bende bende macam ni sebab aku ada satu mindset dimana orang orang macam ni selalu scammer saja. Tapi waktu tu aku ikut saja sebab aku hormat Daisy.

Sementara tunggu turn, ustazah suruh pembantu dia tolong scan aku. Jadi pembantu dia scan la aku dengan suruh aku duduk melunjur dan meletakkan tangan dia atas kepala aku.

Waktu tu dengar la dia baca ayat ayat al-Quran. Lama juga, aku tak ada la rasa apa apa pon masa tu. Sebab hati aku kuat menyatakan yang aku okey.

Lepas dah scan, ustazah pon tanya pembantu dia. Ada apa apa tak, pembantu dia pon cakap ada. Aku pon buat muka pelik, hati aku memberontak cakap apa jadahnya semua ni, tak ada apa pon jadi masa dia scan aku, aku tak rasa apa pon, tak buat apa apa pon, tiba tiba cakap ada bende.

Sah scammer! Lepastu ustazah pon baca ayat ayat kat aku, tapi memang tak ada apa apa jadi pon kat aku. Ustazah pon cakap, degil ni. Hmmmm, aku sabar saja la layan scammer scammer ni. dia bagi air tawar suruh bawak balik minum.

Sejak dari jumpe ustazah tu, Daisy jadi rapat dengan aku 2 minggu pertama tiap tiap minggu aku tidur rumah dia sebab hujung minggu dia nak bawak aku jumpe ustazah.

Dari seminggu sekali tido rumah dia jadi 2-3 kali. Daisy sangat ambik berat dengan aku, aku pon jadi rapat dengan dia. Sebab Daisy duduk sorang, aku selalu teman dia sebab aku kesian.

Dia dah berusia lewat 40an, selalu sakit sendi, deman. Jadi waktu dia sakit ke aku akan duduk rumah dia jaga dia.

Ye la, dia sorang, nanti jadi apa apa macammana. Lepas habis kelas dia akan jemput aku balik rumah, esok kami ke kampus sama sama. Makan minum aku dia jaga, apa aku nak dia akan masak.

Waktu tu, dari kesiankan dia, aku mula paham, yang dia ni sebenarnya sunyi, perlukan teman. Sebab dia nak bagi aku hari hari balik rumah, dia bela kucing. Sebab dia tau aku suka kucing. Walaupun dia bukan suka binatang berbulu.

Aku suka tanam pokok, jadi dia buat taman depan rumah. Bawa aku pergi nursery beli pokok. Dia tau aku suka makan apa, mak aku pon tak tahu.

Lepas pada tu, aku pon macam permenant resident kat rumah dia. Kemana aku nak pergi dia bawak, ke Melaka, KL, Penang?, cakap saja. Barang dia dari A-Z aku tau. Duit dia pon aku tau dia simpan mana. Semua rahsia dia aku tau.

Aku kesiankan dia, jadi aku pikir, sebab dia tak ada peluang nak rasa kasih sayang sorang anak. Jadi akan akan bagi rasa itu. Dan aku, sebab aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Aku izinkan dia hadir dalam hidup aku. Warnakan hari hari aku. Aku panggil dia ummi.

Kemana Daisy pergi, disitu ada aku. Semua lecture dan student tau aku anak angkat Daisy. Malah saat Daisy mengajar, dia akan bawa aku sekali.

Aku akan duduk belakang barisan perhatikan Daisy, daisy sangat gembira. Gembira dari hari hari biasa. Aku jadi gembira bila tengok Daisy happy. Saat Daisy sedih, aku ada disitu, bagi dia semangat.

Saat Daisy sakit, aku disitu bagi ubat urutkan dia. Dan aku, saat aku bersedih, Daisy ada disisi, saat aku perlukan tempat meluah Daisy sentiasa mendengar.

Saat aku inginkan sesuatu, Daisy akan tunaikan. Walaupun Daisy bukan ibu kandungku, tapi apa yang dia bagi pada aku. Jauh dari apa yang aku minta.

Ya Allah, sejujurnya, aku rindu pelukan ibu. Tapi aku lupa, sepanjang aku membesar sampai sekarang aku tak pernah rasa pelukan saorang ibu.

Benar, ibu terlampau sibuk besarkan kami. Sehingga ibu lupa, aku sebenarnya perlukan kasih sayang ibu. Jadi saat pertama kali Daisy peluk aku, adalah saat dia suruh aku panggil dia ummi.

Waktu itu, air mata aku menitik tanpa aku sedar. Ya Allah, inikah pelangi yang selama ini engkau simpan untuk aku.

Sejak dari itu, kami ibarat anak dengan mak. Kemana saja Daisy pergi, dia akan perkenalkan aku sebagai anaknya. Dari rakan sekerja sehingga ke jiran, sehinggalah keluarga Daisy kenal aku. Ye, aku anak Daisy. Daisy yang garang itu.

Selepas aku rapat dengan Daisy, aku dah mula tinggalkan dunia lasak aku, dunia jahiliah, dunia gelap. Daisy bawa aku kejalan yang lurus.

Aku dah mula labuhkan tudung, pakai sarung tangan, labuhkan baju, longgarkan seluar. Aku berubah kearah kebaikan. Apa Daisy minta, semua aku tunaikan. Kiranya aku macam anak yang obedient la.

Tapi waktu tu, aku buat dengan rela, sebab aku fikir, seorang ummi mesti nak yang terbaik untuk aku. Masa tu zaman Hana Tajima, aku ni memang fashionista masa tu. Jadi aku yang tentukan Daisy pakai apa, tudung apa, sebab aku ada taste of fesyen.

Even waktu dinner pon, ramai jumpe aku untuk consult. Haha. Dalam masa yang sama, Daisy tak suka aku rapat dengan lelaki tak kira lah berkawan ke apa ke.

Masa itu, aku memang ramai kawan lelaki. Kawan kawan kampus nampak perubahan aku. Sampai diaorang cakap aku dah jauh dari diaorang. Tapi masa itu, aku abaikan, sebab bagi aku apa apa Daisy come first.

Lama kelamaan aku disisi daisy, Daisy mula menjadi super protective. Dimana semua text text aku Daisy baca, sampai tahap aku terpaksa delete.

Sampai tahap kalau aku nak call parents aku, Daisy buat muka, merajuk tak cakap dengan aku. Sampai tahap apa yang aku nak buat mana aku nak pergi semua daisy nak ikut. Sampai tahap kalau aku nak balik rumah pon dia merajuk.

Bila dah balik rumah aku, dia akan skype malam malam sampai tertido. Ceritanya, Daisy akan cuba sedaya upaya untuk aku duduk dengan dia. Sampai dia plan nak jodohkan aku dengan anak saudara dia, nak suruh aku kerja dekat dengan dia.

Tapi dalam masa yang sama, aku ada suka sorang lelaki ni, budak baik. Sumpah budak baik, mana mana mak tengok pon mesti berkenan.

Walaupun aku ni nakal, tapi taste aku budak budak nerd. Aku suka laki ni sebab at the first place DP hp dia gambar Kaabah. Kami memang dah berkawan, aku saja la crush dia masa tu. Dia tak tau pon aku suka dia.

Jadi waktu tu sebagai seorang anak, mesti la dia nak share perasaan dia dengan mak dia. Aku cerita la pada Daisy, lepas tu berhari-hari Daisy tak cakap dengan aku.

Aku pun pujuk la dia. Lepas tu dia cakap, dia taknak aku lalai. dia nak aku bercinta lepas kawin. Waktu tu, aku masih bersangka baik.

Untuk pengetahuan korang, kami tido sekali. Dimana kalau dia tido, dia kene peluk aku. Pagi pagi bangun dia akan kiss dahi aku.

Dulu, aku fikir itu adalah normal untuk seorang anak dan mak ye. Sampai la satu malam dia kiss aku. Aku tak tau nak cakap apa. Aku jadi kaku, tak tau nak respond apa.

Sejak dari kejadian kiss tu, dia mula panggil aku sayang. Aku masa tu dah mula rasa lain, lain sangat. Tapi aku tak tau nak buat macammana, sebab aku anggap dia macam mak aku.

Lepas kejadian kiss, dia selalu minta nak kiss aku. Lepas kejadian kiss, dia mula raba raba aku ditempat tak sepatutnya sampai la buka baju aku, buka seluar.

Aku masa tu pon b0doh jugak. Patut aku lawan. First time aku experience bende macam ni. Tapi korang paham tak perasaan serba salah, nak jujur tak boleh, perasaan terseksa tu macam stuck.

Sebab aku hormat dia, aku anggap dia macam mak aku. Bila berlaku macam aku tak boleh brain. Aku pon mula tidur asing.

Lepas tu dia merajuk, berhari tak cakap. Aku buat bodoh saja la, malam tu dia datang tidur dengan aku. Lepas tu dia kata apa yang aku takut. Aku cakap la, aku tak nak kejadian sama berulang. Dia janji.

Esok lusa dia buat lagi. Sampai aku tido dengan dia pakai sleeping beg. Lama lama aku rasa macam hubungan aku dengan dia macam girlfriend boyfriend. Dimana dia start pakai pakaian macam lelaki. Aku nak keluar dari rumah ni.

Tapi aku taktau macam mana. Sebab kemana aku pergi dia hantar. Waktu student, mana ada kawan yang ada kereta. Mana ada grab lagi. Satu malam aku lari tidur dekat masjid dekat rumah Daisy, sebab aku takut.

Lepas dari kejadian kejadian itu, apa Daisy nak aku refuse. dia nak pergi mana pon aku tak nak ikut jadi dia merajuk.

Satu hari, dia minta aku temankan dia jumpe Dekan, aku tak nak, jadi dia marah dan merajuk. Jadi aku pikir, ini la peluang aku untuk keluar dari sini. Balik tu dia tak cakap dengan aku, 2 hari lepas tu aku minta dia hanta aku ke stesen bas.

Sebab Daisy yang aku kenal, dia bila marah, dia akan ego dan hanta saja aku pergi. Dia tak tahu waktu tu aku dah nekad tinggalkan dia.

Walaupun rumah daisy dan macam 2nd home aku, dimana barang aku semua kat rumah Daisy. Aku tinggalkan semua. Sehelai sepinggan aku balik, aku cuma bawak balik surat khabar saja sebab aku belum baca surat khabar tu.

Waktu aku dalam bas, aku rasa happy gila. Tiba tiba Daisy msg aku, dia kata aku curi surat khabar dia. Ya Allah, waktu tu nak jatuh jantung aku.

Aku call kawan baik aku yang berada dikampus, minta tolong dia belikan surat khabar yang sama dan hantar pada Daisy. Kawan aku pon ikutkan saja masa tu, tak banyak soal.

Lepas kawan aku dah hantar. Daisy hantar lagi text, dia cakap ‘ini bukan surat khabar dia’. Pening kepala aku bila pikir masalah surat khabar dia ni, jadi aku block dia.

Kalau aku nak curi, dah lama dah aku curi duit dinar dinar dia yang berlambak tu. Aku yang tolong sorok kot dinar dia. Aku harap dia ingat kat mana dinar tu.

Sesampai saja aku di rumah bapak. Aku pos semua barang yang pernah dia bagi, semua la termasuk pin tudung. Lepas pos, dia tak terima post tu, dia hanta balik kat aku.

Jadi aku balik kampus, aku suruh junior aku bagi direct kat dia. Settle. Waktu tu, Tuhan saja tau betapa leganya aku rasa dapat keluar dari hidup dia.

Korang bayangkan hampir 2 tahun juga aku bersama Daisy. Aku tak pernah cerita kat sesiapa pon pasal apa yang Daisy pernah buat kat aku. Tapi ramai yang perasan terutamanya rakan kelas aku, tapi mereka tak berani nak cakap sebab Daisy kan pensyarah yang disegani.

At the end, orang yang aku paling harap akan lindungi aku merupakan orang yang Allah turunkan untuk uji aku.

2 tahun kemudian, aku dan kawan kawan buat reunion. Kami balik ke sana, kami pergi rumah puan Rose, Rose pon cakap kat aku, suruh aku mintak maaf dengan Daisy, dia kata Daisy memang macam tu kalau marah.

Aku masa tu, tak ada dendam tak ada apa, memang niat nak jumpa Daisy. Tapi waktu nak pergi rumah Daisy. Daisy dah keluar dari rumah sebab tau aku datang. Inilah pelangi palsu yang tuhan kirimkan sebagai ujian untuk aku.

Fast forward aku bercinta dengan crush aku yang pernah direject oleh Daisy. Dah jadi suami dah pon, Allhamdulillah. Baik orangnya. Haha.

Fast forward, semalam ada junior text aku. Cakap dia rapat dengan Daisy and cerita benda yang sama dengan apa yang pernah jadi kat aku. Cuma cerita dia, separuh jalan dari cerita aku.

Bila aku fikir balik, perlu ke aku report perkara ni pada pihak berwajib? Sebab aku takut kejadian yang sama berulang pada student student lain. Aku tak pasti.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *