Masa belek-belek facebook aku ada terbaca kisah pasal adik Humaira, (https://iiumc.com/myself/). Satu pelukan besar-besaran untuk hang dik. Hang walaupon 15 tahun, aku rasa hang dah cukup matang dalam memahami keadaan sekeliling. Aku doakan hang berjaya dalam apa juga yang hang lakukan dan sentiasa membahagiakan mak hang okey. Hang dengan aku tak jauh beza pon dik, yang bezanya hang masih ada mak tapi aku dah tak punya keduanya.
Umur 10 tahun aku hilang mak, hilang ayah dan hilang abang dan akhirnya aku sendiri. Umur 10 tak mudah bagi aku nak percaya semua dan tak mudah untuk aku terima yang aku dah tak da mak,aku tak da ayah dan aku tak siapa-siapa. Atas kecuaian manusia lain, aku yatim piatu.
Selepas mak ayah aku tak ada, aku pindah tinggal dengan Tok, nenek belah ayah. Tok belah mak dah tak ada. Dari Terangganu aku ke Alor Star. Tok walaupon kuat membebel tapi dia sayang aku, selalu dodoi aku tidor, masak sedap cuma masa aku dengan Tok pon tak lama, Tok meninggal lepas beberapa bulan aku dok dengan Tok. Maka lepas Tok tak ada, Pak Ngah ambik bela aku, dari Alor Star ke Sungai Petani. Pak Ngah aku kerja kilang ja, ada 3 anak tambah aku sorang, maka bertambahlah perbelanjaan seisi rumah.
Mak Ngah tak suka Pak Ngah bawak aku tinggal sekali, aku selalu dengar Mak Ngah merungut tapi Pak Ngah senyap ja. Kalau masa Pak Ngah ada rumah, aku boleh makan sekali tu pon sebab Pak Ngah ajak, kalau Pak Ngah tak ada, aku makan kemudian, Mak Ngah anak beranak makan dulu. Sedih memang sedih tapi anak yatim macam aku kenalah sedar diri, hidup pon menumpang. Mak Ngah memang garang tapi tak da sampai mendera.
Dekat sekolah aku sekelas dengan anak Pak Ngah, Amira. Budak Amira ni dekat rumah belagak, dekat sekolah lagi belagak. Dia dengan geng dia selalu buli aku, ejek aku, mentanglah aku budak baru, bodoh lembab lagi masa tu, sabau jelah. Budak-budak tu selalu ejek aku budak tak da mak, budak tumpang. Aku selalu menangis meraung je depan diorang, kesah apa. Bila cikgu nampak, budak-budak tu kena marah, padan muka, hahaha. Tapi aku tak lama tinggal dengan Pak Ngah sebab Mak Ngah tengah sarat mengandung anak ke empat, atas faktor kewangan dan semasa aku dipindahkan ke Taiping.
Di Taiping aku tinggal dengan Cik Itah, adik bongsu ayah yang bujang lagi. Cik Itah ni Jururawat , tinggal sorang dan dia setuju nak jaga aku. Mula-mula memang kekok tapi Cik Itah baik, dia layan aku tak macam Mak Ngah,kira aku seronok tinggal dengan Cik Itah. Tapi tak kan selamanya Cik Itah nak membujangkan, dia pon mesti nak bersuami. Tapi bakal suami Cik Itah tak nak aku tinggal sekali katanya tak ada privasi, aku dengar masa dia sembang dengan Cik Itah. Cik Itah dah puas mujuk, aku kesian tengok dan aku tawarkan dia dekat Cik Itah yang aku nak kerumah anak yatim. Mulanya Cik Itah tak bagi tapi lama-lama dia hantar aku. Dari Taiping, aku ke Ipoh. Rumah anak-anak yatim. Penghuni rumah ni ada dalam 35 orang macam tu, ada yang dah besar sebaya aku dan ada yang kecik kecik comel ja macam aku jugak, hahaha.
Aku ambik positif ja benda ni semua, aku dah besar, dah boleh terima kenyataan yang aku anak yatim piatu. Selagi Allah izinkan aku bernyawa , di mana-mana aku boleh hidup. Di rumah ni aku seronok, dapat banyak adik beradik yang macam-macam perangai. Para dermawan juga tak lokek memberi apa yang patut. Ketua rumah yang kami panggil Ibu, sangat mulia, baik budinya. Hanya Allah dapat membalas kebaikan Ibu menjaga anak-anak yatim ini. Habis Spm aku pindah keluar dari rumah ni, pindah keluar bukan bermakna rumah ini aku lupakan, rumah yang mengajar aku erti kekeluargaan, keharmonian, hubungan sesama manusia dan Allah. Aku dan Ibu masih lagi berhubung.
Okey, Madam Suzy dan Baba. Dua insan yang sangat penting dalam hidup aku, hadirnya tak lama tapi cukup bermakna. Memang di takdirkan Allah, kami di pertemukan. Mulanya aku hanya seorang si pencari kerja yang meminta kerja di kedai pakaian Madam Suzy, awalnya dia tak nak ambik sebab kedainya tak besar mana dan senang bekerja sendiri tapi mungkin atas faktor muka kesian aku, dia terima aku bekerja dan tempat tinggal percuma. Bawah kedai atas tempat tidur, yahoo.. Bulan pertama aku kerja, Madam macam berjaga-jaga lagi, yelah baru lagi tapi lepas dua tiga bulan, mak ai mulut Madam tak berhenti potpet macam mak-mak, hahaha..
Madam ni tak boleh diam, ada ja topik nak di sembang, aku ingat Madam ja kaki potpet tapi suami dia pon sama. Madam dengan Baba ni dah lama kahwin, umur dalam 40an masa tu tapi tak ada anak, sebab bosan dok rumah Madam buka kedai baju. Kalau tak buka kedai pon dah senang banyak. Baba pon meniaga. Bulan berganti bulan akhirnya keputusan Spm keluar dan aku dapat 8A. Aku tak fikir pon nak sambung belajar tapi telinga aku di nanahkan dengan bebelan Madam dan Baba yang suruh aku sambung belajar, dia kata rugi sebab muda.
Aku dah cakap aku nak kerja dan diorang ingat aku takut ada masalah kewangan, Baba cakap jangan risau, dia akan tanggung pembelajaran aku dan Madam pon iyakan ja. Aku kata nanti aku fikir dulu. Memang aku langsung tak bercita-cita apa masa tu tapi sebab serba salah Madam asyik dok tanya hari-hari dah isi borang belum akhirnya aku isi. Dan akhirnya aku diterima masuk ke salah sebuah Ipta di ibu negara.
Hari demi hari berganti dan selesai sudah segala kekusutan, maka dengan segala penat lelah, aku tamat dengan cemerlang. Masa konvokesyen aku haritu, semua pakat bawa mak,ayah, adik ,abang, kakak,tok, nenek dan aku rilek ja, Madam dengan Baba datang siap berbaju batik lagi. Yang tak kenal nampak pelik ja, anak dengan mak ayah macam tak sesuai, hahaha.. Tapi mana yang baik dengan aku kenal siapa Madam dengan Baba ni, kadang-kadang siap dapat makan free bila Baba dengan Madam datang melawat aku.
Tahun ni hampir dua tahun aku di alam pekerjaan, pekerjaan yang memerlukan aku sentiasa memerah otak, paroh paroh.. hahaha.. Aku masih aku yang dulu, anak yatim piatu yang mungkin sudah tidak piatu lagi. Aku tetap sayangkan mak dan ayah aku, mereka tetap di hati yang aku tak akan lupakan hingga ke akhir nafas aku dan Madam, Baba walaupon tak sedarah, tak sebangsa dan tak seagama, mereka dah aku anggap macam mak dan ayah aku, sentiasa di sisi aku saat aku memerlukan, sentiasa menjadi penasihat terbaik aku dalam apa-apa perkara, mungkin ada yang tak gembira dengan hubungan ini tapi aku amat bersyukur berterima kasih pada Allah kerana di temukan dengan dua orang insan istimewa ini. Moga satu hari nanti Allah hadirkan hidayah buat Madam dan Baba untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah.
Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, kalau engkau masih punya ibu bapa, hargailah diaorang.. Jangan sia-siakan harapan mak ayah, jangan hancurkan hati perasaan diaorang.. Mak ayah tak boleh di beli..Bahagiakan diaorang selagi engkau masih punya kesempatan..
#Orang gaji rumah Madam orang Islam Indonesia.. ( yang faham, faham saja )
Yang Masih Single, Okey bye.
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit