Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini cerita aku. Berusia 26 tahun dan seorang pengangur terhormat. Semakin dekat hujung tahun ni rasa macam nak kongsi apa perasaan yang selalu bermain dalam kepala dengan segala apa yang aku lalui yang mungkin bukan seteruk atau seburuk apa yang orang lain lalui dalam hidup mereka. Alhamdulillah, aku masih bersyukur dengan setiap hari yang telah berlalu.
Aku bukan pelajar yang rajin atau pintar masa sekolah dulu tapi Alhamdulillah rezeki dapat la juga sambung belajar kat Universiti. Lepas tu, aku berubah nak jadi lagi baik. Aku belajar rajin-rajin nak dapat dekan dan nak grad dengan Anugerah Naib Chancellor.
Tapi Allah tahu apa yang baik untuk aku time diploma 2 sem awal tu tak dapat dekan. Masuk degree aku terlepas ANC dengan 0.01 pointer je. Sem lain semua dapat dekan kecualj Sem 5 degree aku dapat 3.49 (dekan 3.5 keatas) tapi Allah balas sem 6 dapat 4flat. Masa Master pon sama sem 2 tak dapat dekan tapi sem 3 dapat 4flat.
Walaupun bangga dan gembira dapat 4flat tapi rasa terkilan tu sentiasa ada sampai sekarang sebab tak dapat grad dengan selempang ANC. Aku jarang rasa cemburu dengan orang yang ada duit nak jalan-jalan ke or boleh beli apa-apa yang dia nak tapi aku akan cemburu kalau orang berjaya macam dapat anugerah time grad or kerja yang aku idamkan.
Dah tu susah nak dapat kerja. Lama aku menggangur dekat setahun lebih aku dapat kerja. Aku kerja 6 bulan then aku berhenti sebab gaduh dengan boss. Sekarang menganggur balik. Dalam tempoh menggangur banyak interview aku pergi dan beratus job application aku hantar dan masih tiada rezeki.
Sampai satu tahap aku mula salahkan diri aku sendiri. Aku lawan diri aku sendiri. Aku sakiti diri aku sendiri, bukan dari segi fizikal tapi mentally aku sakitkan diri aku. Aku mula kritik diri aku yang aku tak mampu buat apa-apa, yang aku ni tak berguna. Aku mula bandingkan diri dengan orang lain, kawan-kawan aku.
Masa ni aku banyak duduk rumah lepak bilik, banyak tido dan nangis malam-malam fikir semua benda. Aku tak suka kongsi masalah aku sebab aku rasa aku taknak bebankan orang lain dengan masalah aku. Aku jarang kongsi walaupun dengan adik beradik, kawan rapat atau mak ayah aku sendiri. Aku simpan sendiri dan sometimes rasa nak meletop sebab tak mampu nak tahan.
Akhirnya aku akan kalah dan aku akan menangis malam- malam sambil baca Al-quran atau dengar ayat Al-quran kat phone. Aku tak lupa tanggunjawab aku sebagai hamba Allah. Aku rasa sebab tu aku masih lagi boleh bersyukur dan rasa tenang dalam hidup ni sebab tak lupa Allah tempat aku mengadu segala masalah aku.
Dalam tak sedar Allah sentiasa ada cara untuk sampaikan pesanan dan teguran kepada aku tak kira la aku buka Fb, Ig atau Twitter ada je sesuatu yang buat aku sentiasa ingat yang Allah berkuasa atas sesuatu. Aku mula lepaskan satu2 yang mengikat diri aku dan mula bertawakal selepas berusaha. Yang selepas tu akan berlaku atas kehendakNya dan aku tiada kuasa untuk mengubah. Aku mohon kerja dan selepas tu aku boleh berdoa dan bertawakal sahaja. Dapat tak dapat itu bergantung pada rezeki dan apa Allah aturkan dalam hidup aku.
Aku mula belajar benda lain yang aku minat iaitu aku suka fashion. Aku belajar menjahit online dan ada la dua tiga kali aku pergi belajar menjahit dengan tukang jahit (akak yang selalu jahit baju raya) tapi kekangan tak ada kereta so aku banyak google dan belajar online. Dengan duit tabung yang bertahun aku simpan aku beli mesin jahit baru dekat 1k wey.
Mula-mula aku jahit guna kain perca(kain lebihan jahit dari akak tukang jahit) dan lepas tu beli la kain murah sikit buat baju fashion2 sikit. Aku jahit la baju kurung moden, blouse, skirt. Dari situ aku belajar cara nak tenangkan diri aku. Aku belajar ikut flow tanpa perlu rasa risau atau anxious tentang masa depan. Sekarang aku belajar mengawal diri aku dari terus risau tentang benda yang aku tak boleh kawal.
Aku dapat interview call untuk minggu depan lepas Christmas dan aku harap semua boleh doakan yang terbaik untuk aku. InsyaaAllah kalau ada rezeki dapat la kerja tu.
Apa yang aku belajar dari hidup aku:-
1. Jangan stress atau overthinking tentang sesuatu yang kita tak boleh ubah. Don’t lose faith on Him.
2. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Everyone has their own phase. Don’t worry and keep calm.
3. Jangan pernah cemburu dengan orang lain dan cuba elakkan diri dari banyak tengok Ig or Fb yang buat kita rasa nak apa yang orang lain ada. Bagi aku masalah orang sekarang ni banyak bandingkan diri dengan orang lain dan cemburu berdasarkan apa yang mereka letak dalam Ig atau Fb. Kita tak tahu apa cerita sebalik setiap gambar dan post tersebut. Aku dah lama tak amik tahu pasal hidup orang. Layan makeup tutorial dekat Ig dan google cara nak jahit baju kat youtube je sekarang. Tak lupa drama korea.
Terima kasih kerana meluangkan masa baca post ni. Saya doakan yang terbaik untuk semua. InsyaaAllah, amin.
– Beautiful Monster
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit