Pelangi Selepas Hujan

Assalamualaikum kepada semua pembaca iiumc. Aku Husna, berumur 25 tahun, sudah berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Pembaca semua tolong doakan aku dan suami ye semoga dipermudahkan untuk dikurniakan zuriat. Aamiin.

Aku nak berkongsi pengalaman aku dikhianati lelaki yang aku cintai (ex bf) untuk jadikan teladan bagi semua.

Ladies, jangan b****hkan diri korang hanya sebab cinta. Sebab cinta itu buta. Cinta itu sepatutnya membahagiakan, bukan yang berikan derita. Kita, kaum wanita, tak perlu nak berharap lebih-lebih dari seorang lelaki especially before ikatan rasmi.

Kisah aku berlaku 3 tahun lepas. Masa tu aku masih belajar di peringkat ijazah, aku bertemu dengan seorang lelaki, aku namakan dia Ali.

Ali juga seorang pelajar, tapi tahun akhir dari jurusan yang berbeza dengan aku. Kami bertemu ketika dia jadi fasilitator untuk satu program yang kami berdua join.

Bermula dengan hubungan sekadar senior dan junior, Ali sering menghubungi aku untuk berbincang hal-hal program. Mulai dari itu, kami sering berjumpa untuk lunch, atau study group dengan rakan-rakan yang lain.

Setelah beberapa bulan, Ali meluahkan hasrat yang dia dah lama sukakan aku dan dia nak aku jadi girlfriend dia. Aku meminta masa untuk mengenal hati budi Ali sepenuhnya sebelum mengambil keputusan untuk ke hubungan yang lebih serious.

Ye lah, aku pernah dikecewakan oleh cinta monyet aku masa di sekolah, jadi aku taknak pisang berbuah dua kali.

Setelah mengenali Ali dengan makin dekat, aku mula sayangkan Ali. Kami pun declare untuk couple. Ali seorang yang baik, dia sentiasa bersama aku mendengar semua masalah aku. Tapi, Ali active dekat twitter.

Apa yang aku perasan, dia suka tweet dengan perempuan yang dia sendiri tak kenal. Kononnya kawan di twitter. Pada mulanya, aku cuba bersangka baik, tapi ada satu conversation Ali dengan perempuan tu buatkan aku rasa curiga.

Dari situ bermulalah pergaduhan kami untuk pertama sekali. Ali sehabis boleh pertahankan perempuan tu yang mengatakan perempuan tu hanya sebagai kawan di twitter. Tapi hati aku sakit melihatkan kemesraan mereka walau hanya di twitter.

Bukan kerana au cemburu buta, tapi kemesraan mereka melebihi seorang kawan. Dengan ucapan sayang/ rindu, tiap hari memuji masing-masing handsome/ cantik, siapa tak syak kan?

Ali tamat pengajian dan pulang ke kampung sementara menunggu tawaran kerja dan aku meneruskan pengajian aku. Kemudian, Ali mendapat pekerjaan berjawatan eksekutif di syarikat besar di negeri kelahirannya.

Kami sangat gembira dengan berita tu sebabkan kami merancang untuk bertunang ketika aku di semester akhir.

Disebabkan terpisah oleh jarak, kami jarang bertemu. Kami hanya berhubung melalui message atau call saja. Ali tetap sama seperti dulu, sangat sweet orangnya, tak pernah gagal untuk buatkan hati aku berbunga-bunga.

Setelah hampir setahun, hubungan kami masih sama. Gaduh-gaduh manja tu biasalah. Ali akan menelefon aku setelah dia selesai dengan kerja.

Ada satu masa, aku buat keputusan untuk melawat Ali di tempat dia bekerja. Masa tu sem break, jadi aku dan kawan-kawan pun merancang untuk bercuti bersama, sambil tu aku boleh melawat Ali.

Aku buat kejutan untuk Ali. Tidak menyangka aku akan muncul depannya, Ali melayan aku dan kawan-kawan dengan baik. Dia ambil cuti dan menjadi tourist guide untuk kami.

Semasa melawat ke tempat-tempat menarik di selatan tanah air, aku tergerak hati untuk check handphone Ali. Ali sentiasa share password phone dia dengan aku.

Pada mulanya, aku hanya ingin melihat gambar-gambar di gallery sebabkan banyak gambar aku dan kawan-kawan guna phone Ali. Selesai melihat gambar, aku terasa ingin membuka whatsapp Ali.

Aku terjumpa satu whatsapp conversation dengan seorang wanita. Wanita itu aku namakan dia Murni. Dari apa yang aku baca, Ali dan Murni saling berhubung hampir setiap hari. Conversation diorang pun sangat mesra.

Aku tanya Ali akan hal ini, Ali cuma memaklumkan yang Murni adalah adik angkatnya. Murni ni wanita lain dari wanita yang Ali pernah borak di twitter.

Sejak dari itu, aku mula berasa sangsi dengan Ali. Aku merasakan Ali telah curang denganku. Sejak pergaduhan aku dengan Ali sebab converstaion dia dengan Murni, Ali mula jarang menghubungi aku. Dia selalu bagi alasan yang dia sibuk, dan penat.

Aku meminta maaf dengan Ali jika aku buat dia terasa hati. Hubungan kami makin dingin. Aku mula mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian Ali.

Aku lebih care dengan Ali, aku sentiasa bertanya Ali akan pekerjaan dia, maksud aku apa yang dia lalui sehari-hari. Aku juga sering buat surprise hadiah untuk Ali. Namun, usaha aku langsung tak membantu untuk memulihkan hubungan kami.

Ali semakin menjauh dengan aku sampailah suatu hari, dia blocked aku. Yes!! Dia blocked aku di semua media sos**l, message dan call.

Aku menangis tak ingat dunia ketika itu sebab aku tak tahu dimana salah aku. Aku tak boleh berjumpa dengan Ali untuk penjelasan disebabkan faktor jarak.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk berhubung dengan rakan sekelas Ali (dia juga akak senior kelab yang aku join). Aku meminta tolong kawan Ali untuk menghubungi Ali.

Aku cuba untuk menggunakan nombor baru, tapi langsung tak ada respond dari Ali. Media sos**l dia semua private. Jadi, aku terpaksa meminta tlg kakak senior aku untuk menghubungi Ali.

Baik sahaja kawan Ali call Ali, Ali terus menghubungi aku. Ketika mendapat panggilan telefon dari Ali, aku sangat gembira. Tapi rupanya, sangkaan aku meleset. Sebaik saja aku menjawab panggilan, Ali terus menghamburkan kata-kata kesat terhadap aku.

‘B*tch’ ‘menyusahkan aku’ ‘anak har4m’ ‘whore’ semua kata-kata kesat Ali panggil aku. Ali sangat marah sebab aku hubungi kakak senior aku, Ali marah sebab kakak senior aku tu tahu yang Ali layan aku begini. Aku meminta maaf kepada Ali sambil menangis.

Ali minta untuk memutuskan hubungan kami. Aku menangis dan bertanya kepada Ali apa salah aku. Ali diam seribu bahasa, dan dia tamatkan panggilan telefon begitu saja.

Selepas itu, aku menerima message dari Ali mengatakan yang kami sudah tiada apa-apa, dan dia taknak aku kacau hidupnya lagi.

Bertahun-tahun kami menjalinkan hubungan sampai plan untuk bertunang dan berkahwin dalam masa setahun lagi, keluarga kami juga sudah restu, tapi Ali memutuskan hubungan kami tanpa penjelasan.

Berhari-hari aku menangis, tak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran. Aku sedih sebab hubungan kami terhenti tanpa sebab yang aku tahu. Aku sangat perlukan penjelasan dari Ali. Ali blocked aku di semua social media, call dan message.

Setelah 6 bulan berlalu, aku mula rasa terubat akan kisah percintaan aku dan Ali yang hanya separuh jalan.

Suatu hari, aku tergerak hati untuk mencari nama Ali di social media. Aku terjumpa akaun baru miliknya. Dengan menggunakan akaun kawan aku yang Ali tak tahu, aku add Ali.

Tak sampai sehari, Ali approved request kami. Aku stalked akaun Ali sehabis baik. Dari apa yang aku dapat tahu, Ali sudah ada wanita lain di sisinya.

Dan yang membuatkan aku sedih, Ali mengenali wanita itu semasa mula-mula dia bekerja. Wanita itu adalah sepupu kepada colleague Ali. Mereka sering keluar berdua ketika Ali masih dengan aku.

Aku stalked juga akaun wanita itu, ternyata wanita itu tahu hubungan aku & Ali sejak awal lagi. Dia pernah tulis “Rindu dia, dia sibuk dengan gf dia pulak’. Tergamak wanita itu merampas Ali walaupun dia tahu Ali sudah berpunya.

Dari akaun wanita itu, banyak dia mengutuk aku secara tak langsung. Dia pernah tulis ‘pempuan tu bukan lawa mana, biasa aje aku tengok’. Berkecai hati aku bila aku dapat tahu Ali curangi dan khianati hubungan kami.

M4ti-m4ti aku percayakan Ali bekerja keras untuk menghalalkan hubungan kami, namun Ali disana bermain cinta dengan wanita lain. Aku PM Ali memberitahu yang aku sudah tahu semuanya.

Ali meminta maaf tapi ketika aku meminta penjelasan ‘Mengapa’, Ali mula melenting dan menghamburkan kata-kata kesat kepada aku. Dari situ, aku tekad untuk buang Ali dari hidup aku. Aku belajar bersungguh-sungguh.

Selepas beberapa bulan, aku mendapat tahu Ali dan wanita tersebut berkahwin atas desakan wanita itu sebab dia takut Ali akan pergi ke wanita lain.

Aku mendoakan semoga rumah tangga mereka bahagia, walaupun jauh disudut hati aku, aku masih sakit dikhianati orang yang aku percaya.

Aku tamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan di ibu kota. Aku berjumpa dengan suami aku, dan aku berkahwin selepas 2 tahun mengenali suami aku.

Alhamdulillah, suami aku seorang yang sangat baik, bertanggungjawab, tidak pernah culas dalam memberi nafkah, malah aku dilayan bagaikan puteri oleh suami aku. Aku bersyukur kerana doa-doa yang aku panjatkan ketika aku bersedih akibat perbuatan Ali, Allah makbulkan.

Aku dikurniakan suami yang penyayang, keluarga mertua yang sangat baik. Bila aku kenangkan semula kisah aku dengan Ali, aku bersyukur yang aku tidak disatukan dengan Ali.

Apa jadi dengan Ali? Ingat tak kawan aku yang akaun dia aku guna untuk stalk Ali dan isteri Ali? Kawan aku masih dalam friend list mereka berdua. Ali dan isterinya sangat aktif di social media. Berdasarkan apa yang kawan aku cerita, Ali sekarang dikurniakan 3 cahaya mata. Alhamdulillah.

Tapi, wanita itu sering upload status sedih-sedih, meluahkan perasaan marah atau dirinya yang tidak dihargai. Mungkin perangai Ali yang panas baran itu masih ada walaupun sudah berkahwin.

Kepada wanita di luar sana, jangan b*d*hkan diri anda hanya sayangkan seseorang. Banyak lagi para lelaki yang baik jadi jangan habiskan masa, wang dan tenaga untuk lelaki yang tak tahu hargai anda.

Kepada para perampas, kita sesama wanita, tergamaknya hatimu menghancurkan kebahagiaan wanita lain.

Tidak pernah ke terlintas andai benda itu berbalik ke diri sendiri semula? Bahagiakah kamu membina kebahagiaan di atas derita wanita lain?

Kepada para lelaki, tolong hargai pasangan masing-masing. Jangan curangi pasangan kamu hanya disebabkan kamu bosan. Percayalah, kalau alasan kamu hanya sebab bosan, suatu hari nanti kamu akan menyesal dengan tindakan b*d*h tu.

Aku berdoa semoga kita terhindar dari sebarang khianat manusia, dijauhkan dari orang-orang yang cuba merampas kebahagiaan kita dan semoga kita semua dianugerahkan dengan kebahagiaan yang hakiki. Aamiin.

– Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *