Pelangi Selepas Hujan

Assalamualaikum. Nama samaran Lailerr.

Teringin nak berkongsi suka duka menjadi bukan anak kegemaran mak kandung, punya suami yang tak bertanggungjawab dan apa dan bagaimana perubahan yang berlaku selepas 31 tahun hidup ni dan baru 7 tahun usia berumah tangga.

Aku baca hampir semua cerita yang disiarkan dalam page IIUM Confession ni. Jadi aku cuba nak membantu serba sedikit dari segi pengalaman dan penyelesaian masalah. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin sekiranya coretan ini disiarkan.

Aku pun bukan anak kegemaran mak. Apa-apa keputusan dan tindakan mak untuk keluarga, nama aku paling terakhir disebut atau kadang-kadang tak ada langsung dalam sebutan mak.

Sedangkan dari kecik aku lah yang membuat kerja rumah. Dari cuci longkang, basuh dan sidai baju, pergi ke kedai yang kadang-kadang jalan kaki, kadang2 sahaja berbasikal.

Tugas cabut rumput, tebang pokok pun tugas aku ye seawal 6 tahun tapi seperti tidak dihargai ibu sendiri.

Aku 8 beradik, 6 perempuan dan 2 lelaki. Lelaki semua bawah aku. Sebab tu tugas tebang pokok pun jadi tugas orang perempuan iaitu aku sendiri. Ayah ada saja, tapi sibuk bekerja. Tak pa, yang tu aku faham dan tak ada isu pun pasal ayah aku tak bertanggungjawab ke apa.

Aku jadi hairan layanan mak pada adik beradik aku lagi 7 orang tu ok dan sangat baik. Pernah la mak aku merajuk dengan ayah sampai nak mintak cerai (biasa la perempuan.. asal gaduh saja mintak cerai.. haha)

Tapi yang buat aku ingat sampai sekarang bila mak aku cakap, “lailerr,lepas aku bercerai dengan ayah, kau tinggal dengan ayah..aku tak nak jaga kau”.

Padahal elok saja ha, hidup bersama dengan ayah aku sampai la ke akhir hayat ayah..Ayah kesayangan aku dah meninggal awal tahun lepas..

Walaupun aku bukan anak feberet mak, tapi mak tak pernah pulak halang aku makan minum dari masakan mak, tak juga aku abaikan mak.

Setiap kali mak ada appoinmment di klinik atau hospital, aku lah yang selalu teman mak, sebab aku saja yang bekerja sendiri. Boleh ikut masa aku sendiri la senang cakap.

Apa yang mak buat pada aku, tak terbalas dengan jasa mak melahirkan aku. Tak mengapa lah kalau hati terguris pun.

Mak pernah cakap aku anak derhaka, anak kurang ajar sebabnya aku tak setuju perkara yang mak aku buat. Adik beradik lain pun tak setuju tapi mereka lebih kepada tak nak masuk campur.

Cuma aku saja yang tunjuk bertegas dengan mak. Yelah bila jadi anak bukan kesayangan ni, automatik sikap berani nak melawan tu ada. Sedih sangat.

Aku fikir masa tu, neraka lah tempat aku bila sekali mak dah isyhtiharkan aku ni anak derhaka. Aku search google pasal anak derhaka ni.

Kita cuma tak nak tegakkan benang yang basah pun takkan la sampai di cop derhaka. Aku terjumpa lah pasal ceramah seorang ustaz ni.

Ustaz tu cakap, yang menilai baik buruk kita ni hanya Allah awt. Mak doakan kita anak derhaka sebab tegur kesilapan mak tu, adalah satu benda yang tak betul..

Ingat ibu2, jangan salah guna ‘syurga dibawah telapak kaki ibu’ tu dengan sewenang-wenangnya nak tunjuk kita lah yang paling betul tak ada salah. Hingga mendoakan dan berkata-kata perkara yang tak elok pada anak.

Aku yakin, Allah lebih tahu aku salah atau betul. Aku tak nak jadi anak derhaka..

Usia perkahwinan aku 7 tahun, tapi tahun ke 5 perkahwinan baru dikurniakan seorang anak yang comel selepas 2 kali keguguran. Alhamdulillah.

Owh ye, disebabkan aku bukan anak kesayangan tadi, jadi aku lebih selesa berpantang di rumah mak mertua. Rumah mak aku dan rumah mak mertua tak jauh pun.

Dalam 5 minit saja jaraknya tapi aku lebih selesa berpantang dirumah mak mertua. Hinggakan arwah ayah aku pun pelik kenapa tak berpantang dengan mak saja.

Alasan aku senang saja, tak nak menyusahkan mak. Ayah ajak juga aku berpantang di rumah mak, sebab ayah nak main dengan cucu baru..makanya aku akur jugak la.

Aku bersalin secara emegercy seacer tapi tak ada gaya orang berpantang sangat pun. Sebab aku cuba uruskan anak dan diri aku sediri, tak nak menyusahkan sesiapa.

Seperti yang aku jangka, tak sampai 2 minggu pun aku duduk rumah mak, aku balik semula ke rumah mak mertua.

Dalam berpantang aku boleh bergaduh dengan mak guys. Punca dia sebab.. tak pelah aku tak nak cerita tapi macam biase, mak aku sejenis yang tak boleh ditegur langsung. Aku tegur baik2 saja.

Ayah aku pun dah dapat agak, aku balik awal ke rumah mak mertua mesti sebab aku bergaduh dengan mak.

Selepas hujan, turunnya pelangi.

Macam tu lah hidup aku. Aku tak disayangi mak macam adik beradik aku yang lain, Allah kurniakan mak mertua yang saaaangat baik. Macam mak mertua aku tu pulak mak kandung.

2 tahun pertama perkahwinan aku, aku tinggal sebumbung dengan mak mertua bersama2 lagi 3 orang kakak ipar yang belum berkahwin. Aku bebas di rumah mak mertua.

Nak bangun tidur pukul berapa, nak masak ke tak, duk berkurung dalam bilik seharian pun tak pernah mak mertua aku bermasam muka, hentak-hentak periuk kat dapur ke, membebel atau mengarah-arah aku langsung tak pernah.

Aku memasak, mengemas rumah mak mertua ikut waktu aku sendiri.

Mak mertua dah pesan awal2 yang dia akan masak ala kadar saja macam biasa, kalau aku nak makan berdua dengan suami tak nak kongsi2 lauk terpulang lah.. Boleh masak sendiri.

Kalau mak mertua keluar berjalan-jalan tak pernah lupakan aku. Mesti ajak ikut sekali. Pergi pasar ke, pergi kedai ke pun ajak aku teman. Aku sangat ok duduk serumah dengan mak mertua.

Kalau suami aku outstation pun aku takkan balik rumah mak aku sampaikan mak mertua pulak yang suruh aku balik umah mak. Risau dia takut aku tak selasa.

Mungkin ini antara hadiah Allah swt untuk aku. Aku bersyukur sangat ya Allah, kau kurniakan mak mertua terbaik dari syurga.

Jangan pernah berputus asa dengan kasih sayang Allah. Kerana Dia lah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Dia tahu kalau kita bersedih, pasti dibalas dengan kebahagiaan.

Berkaitan suami yang tak bertanggungjawab jawab, aku tak nak cerita banyak-banyak sebab air mata selalu mengalir. Hikmah pandemik dan dikurniakan anak, suami semakin baik dan sentiasa untuk perbaiki diri.

Kot la ada yang berminat nak tahu macam mana aku handle suami kaki game, yang sentiasa culas bab tanggungjawab, malas nak bantu kerja rumah, ala macam kebanyakkan kisah suami2 yang selalu diceritakan dalam conference ni la.. nanti aku boleh share lagi.

Sekarang nak tidurkan anak dulu.. InsyaAllah kita bertemu lagi. Byeee.

– Lailerr (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *